6:10 PG

...HARI-HARI DALAM HIDUPKU..

hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2009..beberapa minit sahaja lagi akan bermulanya tahun baru..hurm tiba-tiba saya mengeluh sendirian memikirkan hari-hari yang telah berlalu..sepanjang berada dalam tahun 2009, sejauh manakah gerak kerja Islam yang telah saya lakukan??? aduuuuh, sukar untuk saya luahkan..


sejak akhir-akhir ini, saya telah didatangi penyakit malas..malas nak pergi meeting, malas nak buat usrah, malas nak buat gerak kerja untuk pilihanraya kampus sedangkan pilihanraya akan berlangsung tidak lama lagi, malas nak bangun tahajud, makna kata malas nak buat gerak kerja Islam ...semuanya menyebabkan fikiran saya terganggu dek perasaan bersalah kerana meremehkan perkara-perkara tersebut..di sini saya mula berfikir adakah semangat saya ini semakin luntur sepertimana yang dikatakan orang iman manusia ini akan bertambah dan berkurang????


Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini, sesungguhnya hambaMu ini adalah insan yang amat lemah..kuatkanlah semangat hambaMU ini supaya sentiasa istiqamah dalam menegakkan agama yang diredhaiMU..Ya Allah ikatkanlah hati ini di jalan dakwahMu..penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..lapangkan hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu..suburkan hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar tentangMu)..jika Engkau mentakdirkan diri ini mati, maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu..sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..


Ya Allah perkenankanlah permintaan hambaMU ini..amin ya Robb al- a'lamin




P/S: mengharapkan bantuan dari sahabat2 juga

7:49 PG

...PABILA UKHWAH ITU BERSEMI...


Alhamdulillah..pd hari ni dapat jugak saya dan teman-teman melawat sahabat seperjuangan yg sedang terlantar di hospital akibat tulang lutut yg patah..melihat keadaan beliau yg tidak dapat bergerak ke mana-mana menyedarkan diri ini bahawasanya dimanakah nilai kita sebagai sahabat????

adakah kita hanya melihat???

hurm...sesungguhnya Allah itu MAHA MENGETAHUI..pada masa nilah sahabat-sahabat akan membuktikan sejauh mana nilai persahabatan yg terjalin..susah senang sama-sama pikul..


di sinilah amiruddin di tempatkan, di tingkat 8





ukhwah bukan sekadar berpegangan tangan tp saling berganding bahu




ukhwah itu indah jika disulami dengan iman





p/s: sama-sama kita doakan semoga pembedahan kaki beliau pada esok hari berjaya tanpa sebarang kesulitan

9:19 PG

...CATATAN PERTAMA..


alhamdulillah..sempena sem baru ni, akhirnya dapat jugak buat blog sendiri..sebelum ni hanya duk menjelajah blog orang je..niatnya dah lama, tp Allah takdirkan hari ni baru dapat buat..kita hanya mampu merancang, segala-galanya Allah yang tentukan..


semoga blog ni dapat bagi manfaat kepada para pembaca sekalian...ape-ape pn ambil yang baik je ye, yang buruk tu jadikan sempadan..
p/s : first time mengarang blog...mesti tak best kan...huhuhu