9:33 PG

...KEMBALI LAGI...

Bismillah walhamdulillah...


Seperti kebiasaannya, penghujung sem akan diakhiri dengan peperiksaan..Bermulalah fasa-fasa ke'tension'an..Oleh itu, pergantungan diri dengan sang Pencipta itu perlu diperkukuhkan agar segalanya dapat di atasi dengan baik..

Buat diri dan sahabat2..

Banyakkan berdoa..
Sentiasa mohon petunjuk dariNYA yang Maha Kuasa atas segala sesuatu..
dan jangan lupa sentiasa berusaha...
Apa2 hasil yg kita dapat di kemudian hari itu segalanya datang dari Allah..
Hendaklah kita sentiasa redha dgnnya..

Tp yang paling penting usaha terlebih dahulu..
ok????

Dan..tak lupa juga, sama2 doakan untuk kemenangan PAS di GALAS.....
Semoga Allah permudahkan segala-galanya..
Ameeen....

~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
::: 31 Oktober 2010 :::

9:38 PG

...SEKADAR BERKONGSI...







Bismillah walhamdulillah....





Sy seorg penggemar lagu..Itu hakikat mengenai diri ini..Tidak kisahlah lagu apa-apa pun, asalkan ianya boleh diterima baik oleh telinga dan tersirat penuh dgn pengajaran..

Maka dgn ini sy ingin kongsikan sedikit lagu kump Forheart..Mungkin ianya boleh menjadi teman berhibur ketika berada dlm tekanan...Semoga ianya memberi manfaat..

Ok,selamat mendengar...


Dilema cinta Ilahi

Cinta Abadi

Perlukah

~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com
::: 20 Oktober 2010 :::

9:11 PG

...KREATIFNYA SYAITAN...

Bismillah walhamdulillah..

Satu hari akibat keletihan yg amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.

Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujurlah waktu subuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci pada orang yang solat? "

" Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh, "

Kehairanan Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya lagi..
" Kenapa? "

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
" Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yg lain yg lebih serius, " kata syaitan.

Tambah syaitan itu lg,

" Kau akan bersedekah, kau akan membantu org lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yg sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah dan kerja kami akan bertambah susah. Kerja kami juga akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti, "

Dipetik dari: solusi


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com