7:17 PG

...DUNIA YG BERBEZA...



Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang juga untuk meng'update' blog setelah seminggu ianya dibiarkan sepi tanpa perubahan..Tp mungkin entry kali ini sekadar perkongsian shj..


Berada dlm situasi bekerja amat meletihkan...Sungguh!! Berada dlm dunia yg berbeza dr sebelum ini...Saya cuba untuk menyesuaikan diri dgn keadaan itu..Namun hati ini tetap mengatakan berada dlm suasana belajar @ universiti lebih menyeronokkan...Patutla senior2 saya yg sudah bekerja seringkali memberi peringatan.."Hargailah waktu di Universiti"..hurm, nasib baik saya ni hanyalah praktikal, jd masih ada waktu sy menghabiskan sisa-sisa waktu di universiti..


Kalau di universiti, kita akan bergaul dengan shbt2 yg kebanyakannya sebaya dan tahap pemikiran yg hampir sama..


Berbeza pula dlm situasi kerja..Bergaul dengan pekerja2 yg kebanyakannya mempunyai pengalaman yg lebih berbanding diri ini...Bila perkara ini terjadi, maka yg kurang pengalaman ini pun terpaksalah mengikut rentak mereka walaupun kdg2 agak payah juga..


Ketika di universiti, perkara yg seringkali dibual dan dibincangkan berkisar tentang persatuan, pelajaran..


Tp, perkara-perkara itu tidak lg dibincangkan ketika bekerja..


Rumahtangga, jiran tetangga, anak-anak..itu yg seringkali diperdebatkan..maklumlah, kebanyakannya sudah berkahwin..Kita yg muda dan belum berkahwin ini pula dijadikan bahan gurauan dengan menggandingkan dengan pekerja-pekerja yg masih lg belum berkahwin...hurm, terpaksalah bersabar melayannya demi menjaga hati-hati mereka..


Namun, sy sedar itu semua adalah sesuatu yg berharga..Suatu pengalaman yg akan mematangkan diri...Nak tak nak terpaksa juga sy lalui..


Terasa seperti mahu putarkan masa..huhu..





~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

4:37 PG

...DISEBALIK ZAHRAH DE TIGRIS...

Bismillah walhamdulillah..

Seringkali ada orang bertanyakan saya, zahrahdetigris tu datangnya dari mana?? Jadi saya terpanggil untuk membongkar satu rahsia..Rahsia di sebalik Zahrah de Tigris ini..Bg sesiapa yang minat kepada membaca mungkin pernah terbaca ataupun mungkin pernah terlihat novel Zahrah de Tigris ni di mana- mana kedai..Bg saya novel ini sangat bagus dan mampu memberikan motivasi kepada pembacanya sehinggakan saya mengabadikan tajuk ini sebagai email dan blog saya..

Zahrah De Tigris adalah sebuah buku yang sangat menyentuh perasaan. Buku yg banyak menyemai semangat jihad dan menceritakan tentang semangat, pengorbanan, keberanian dan kisah pahit getir seorang gadis Malaysia yg bernama Khairunnisa dalam membantu saudara seagamanya di negara yang terkenal dengan cerita-cerita seribu satu malamnya...


Buku ini juga banyak menceritakan tentang keperitan masyarakat Islam di Baghdad menempuh kehidupan seharian di bumi yang saban hari, saban malam bertemankan bedilan bom dan mortar. Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dahulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib yg sedang berantakan..Cuba kita bayangkan, mana mungkin seorang gadis mampu bertahan dalam keadaan yg begitu..

Namun, bg Khairunnisa, dia adalah seorang sukarelawan yg perlu menabur baktinya di situ...
Membantu masyarakat di lembah itu tanpa mengenal erti putus asa. Hatinya cekal dalam mencari redha Illahi.

Khairunnisa digambarkan sebagai seorang yg degil, dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta, cinta yang paling hakiki iaitu cinta Rabbul Izzati.

Menjadi guru dan jurubahasa membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris dan membuatkannya begitu sukar untuk meninggalkan tempat itu sebelum segala baktinya belum habis dicurahkan..Melihat kesengsaraan dan kepahitan yang dialami rakyat Mesir hampir setiap hari telah membentuk dirinya menjadi insan yang cekal dan tabah biarpun hidup jauh daripada keluarga...

Buku ini banyak mengundang pelbagai rasa di hati saya. Cemas, risau, bimbang, takut, kasihan, sedih...semuanya bercampur baur..Bagi saya, penulis telah menyampaikannya dengan tulisan yang terbaik untuk kita sama-sama menghayati trauma perang di bumi Iraq yang sedang bergolak...



Suasana alam yang penuh dengan bedilan bom-bom pada awal waktu dan di petang hari memang mencemaskan. Apatah lagi apabila melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar mangsa-mangsa yang terkena bedilan, darah penuh bersimbah dengan badan yang sudah hancur luluh bersepai..

Ketika membaca novel ini, saya merasakan seperti menonton sebuah drama perang yang tidak berkesudahan. Keadaan yang tidak stabil di alam perang yang menggila ini turut menimbulkan pelbagai fenomena yang menakutkan semua orang. Kepercayaan pun sudah tiada lagi untuk dihargai...

Mungkin sukar untuk anda menghayati kisah ini jika tidak membacanya..Jadi bagi sesiapa yg belum pernah membacanya mungkin boleh mencuba .. menghayati sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat....

"Cerita pilu Kota Negeri Seribu Satu Malam yg menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam."



~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

10:30 PTG

...LATIHAN INDUSTRI..

Bismillah walhamdulillah..

Esok bermulanya Latihan Industri saya di Hospital UKM..Persiapan diri perlu dibuat..

Mungkin orang memandang praktikal sebagai permulaan  mempraktikkan diri dengan suasana kerja..Tp saya tidak memandang itu..LI merupakan satu medan untuk men"taaruf" dan mengenal..mengenal dunia, masyarakat, kehidupan dan suasana..


Mungkin saja pihak hospital akan menilai dari sudut kerja, potensi, bakat, dan pengurusan saya..namun saya memandang dari sudut pandang yg berbeza.. sebagai orang yg ditarbiyah, mana mungkin peluang di depan mata dibiarkan begitu saja tanpa ada hasil kepada Islam.

Jadi,.ruang harus dijadikan peluang!!..


8 minggu praktikal, saya kira ianya adalah waktu yg cukup panjang..Mengenal kerenah manusia adalah perkara yg cukup rumit...Kalau sebelum ini, nak memahamkan golongan yg berfikiran intelek pun terasa kesukarannya, apatah lagi golongan masyarakat yg pelbagai lapisan dan tahap pemikiran..hurm, strategi perlu disusun rapi..


Jadi, perkara pertama yg harus dilakukan adalah memahami teori adab bermasyarakat..


Islam amat menekankan umatnya menjaga hubungan dalam kehidupan bermasyarakat dan ia tidak terbatas kepada sesama masyarakat Islam, malah melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan bahasa pertuturan.



Dalam dunia yang penuh tohmah dan buruk sangka ini, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Ada segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia sehingga umat Islam sering bermusuhan sesama sendiri, sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama di mata bukan Islam. Ia juga menjadi sebab umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah dan silaturahim berasaskan takwa malah merenggangkan persaudaraan.
Sebagai penganut agama yang menganjurkan umatnya hidup rukun dan damai, kita dilarang melakukan perkara yang menjejas dan merosakkan hubungan baik sesama manusia. 
Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) yg bermaksud: 
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.





Ibnu Qayyim (rahimahullah) menghuraikan hadis itu dengan menjelaskan, sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain Allah akan berbuat baik kepada dirinya dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya.




Malah, sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaibannya dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah dengannya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat.
Sebagai seorang mahasiswa, perkara yg paling penting sekali yg perlu dijaga adalah sikap..kerana sikaplah yg akan menjadi nialaian utama masyarakat..Harus diingat, jika akhlak buruk, maka rosaklah imej kita sebagai seorang mahasiswa Islam..







4:09 PG

...DI MANA NILAI ISLAM??..

Bismillah walhamdulillah..
Kalau dulu, umat Islam seringkali ditekan oleh golongan2 kuffar..Ada sahaja perancangan jahat orang-orang Quraisy terhadap umat Islam terutamanya perancangan pembunuhan ke atas Nabi Muhammad s.a.w..setiap dakwah yg Nabi dan umat Islam jalankan seringkali disekat dan di halang..

Itu semasa zaman Nabi Muhammad..Tp kini????
Umat Islam sendiri pula yg cuba menjalankan perancangan jahat terhadap umat Islam..
buktinya....




Semoga Allah memelihara orang-orang yg berada di jalan yg benar..


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~