8:53 PG

...KEYAKINAN..

Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah, diri ini masih lg berpeluang untuk meng'update' blog yg sudah berminggu-minggu dibiarkan sepi tanpa perubahan..2 minggu pertama kuliah terasa amat2 memenatkan..Bukan penat belajar, tp penat menguruskan pendaftaran subjek yg agak bercelaru...Selesai satu masalah. masalah lain pula yg timbul..

Bak kata pendekar bujang lapok..Cobaan..Cobaan..

Sepanjang minggu lepas sahaja, banyak pengalaman yg sy lalui..Diuji dengan masalah pendaftaran subjek, masalah laporan Latihan Industri, masalah yuran, masalah persatuan, masalah projek dan paling memberi kesan kpd diri ini adalah diuji sementara dengan kehilangan beg duit dan hanset...Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dan diselesaikan dengan baik..

Ujian itu adalah untuk menguji tahap keyakinan dan keimanan..Kadang2 kita diuji, tp belum tentu 100% keyakinan terhadap pertolongan Allah itu terbit dlm diri kita..Apa yg boleh sy katakan agak payah..Tp nak x nak , kita harus mengajar diri kita ke arah itu..Yakin dengan kuasa Allah..Kerana, dengan keyakinan itu membuatkan diri kita tenang dan sabar..

KEYAKINAN membawa kepada berfikiran positif..Pakar motivasi selalu mengatakan KUNCI KEPADA KEJAYAAN ADALAH DENGAN BERFIKIRAN POSITIF!!!!!!...Dengan berfikiran positif, segala perkara dapat dijalani tanpa dibebani seribu fikiran buruk..Perasaan takut dengan kegagalan akan berlalu pergi..Jalan penyelesaian dirasakan lapang..Itulah dia kuasa KEYAKINAN...

YAKIN dengan kuasa Allah
YAKIN dengan pertolongan Allah..
INSYA ALLAH akan ada jalan keluarnya..
Cuma perlu sabar dengan masa..



CARA MENGATASI MASALAH

1.Sandarkan Harapan Pada Allah
Setiap ujian yang datang sebenarnya mempunyai banyak hikmah di sebaliknya. Yakinlah bahawa setiap kesusahan yang kita tempuhi pasti akan diganti dengan kesenangan. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Nasyrah ayat 1hingga 8 yang antara lain maksudnya “ …Sesungguhnya selepas kesulitan itu pasti ada kemudahan….”

"Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)

2.Minta Pertolongan Dari Allah
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." ( al-Baqarah: 45) 

3.Jangan Sedih dan Kecewa
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)

Yakinlah dengan janji Allah itu dan jangan cepat putus asa dengan masalah yang dihadapi sebaliknya tingkatkan usaha dan kuatkan semangat untuk mengatasinya, lihat maksud firman Allah di bawah:

“ ...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”( Yusuf : 12)

4.Luahkan masalah tersebut pada teman-teman yang dipercayai, walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

5.Bandingkan masalah kita dengan masalah orang lain, mungkin masalah orang lebih besar dari masalah kita, perkara ini juga boleh membuatkan kita lebih tenang ketika menyelesaikan masalah...


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~




3:57 PG

...SEBAB MUSABAB...

Bismillah walhamdulillah


Baru-baru ini, kita dikhabarkan dengan kes kematian berpunca daripada masalah denggi yg semakin meningkat..Menurut kenyataan akhbar sehingga 3 Julai lepas, sebanyak 24,240 kes dilaporkan dengan 81 kematian, iaitu turun empat peratus berbanding 25,234 kes bagi tempoh yang sama pada tahun lepas...Kes kematian akibat demam denggi juga meningkat sebanyak 31 peratus atau 19 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 81 kematian berbanding 62 kematian dalam tempoh yang sama pada tahun sebelum ini..


Apa yg ada di sebalik kes ini???



Perjalanan kehidupan makhluk di muka bumi ini tidak boleh lari dari hukum alam/ sunnatullah..Itu falsafah hidup yg perlu difahami..Hukum alam bergantung kpd ketaatan, jika dipatuhi dan diikuti hidup akan sentiasa diselubungi kebahagian..Jika dilanggari, tunggulah perkara2 pelik yg mana kadang2 tidak terjangkau oleh akal fikiran yg terbatas perkara itu akan berlaku..


Hukum alam didasari oleh sebab dan musabab (cause and effect) yg mana alam diciptakan dengan keteraturan..Ianya bersangkut paut pula pada sistem..Sepertimana kita ketahui, Islam mengajar kita menjaga kebersihan...Kebersihan yg tidak dijaga mengundang kepada pelbagai penyakit..Itu yg saya cuba sampaikan melalui video tadi..Sistem alam akan berubah dan mengundang kepada pelbagai kesan..


Segala peristiwa yang berlaku mengandungi hikmah yg tersembunyi..Cuma mungkin kita sahaja yg tidak menemui hikmah itu..Jikalau sebelum2 ini kita digemparkan dengan tanah runtuh,tsunami, dan yg terbaru virus H1N1 yg membawa kepada banyak kematian..Allah Maha Adil dalam setiap perbuatanNya..Keadilan dilaksanakan kepada semua makhluk..Dengan sifat adilNya, Allah melakukan segala sesuatu samada umum (kulliyyah) mahupun khusus (juz'iyyah) dengan hikmah, maslahah dan rahmat dan tanpa sebarang unsur sia-sia dan main-main..


Perbuatan Allah berhubung dengan perbuatan manusia terbahagi kepada 2:-

  1. perbuatan- diciptakan Allah dan manusia diberikan kebebasan dan pilihan
  2. perbuatan- diciptakan Allah dan manusia tidak diberikan kebebasan dan pilihan. Ia bersifat mutlak dan hakiki..



Jadi, tugas kita sebagai seorang hambaNya, mencari hikmah itu di samping sentiasa menanamkan kesabaran dan sentiasa bersyukur di atas perkara yg berlaku..




~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

11:16 PG

...ILMU DAN REALITI...

Bismillah walhamdulillah..

Setiap perkara yang ingin dilakukan ilmu adalah asasnya..Namun, ilmu sahaja selalunya tidak memadai.

Begitu juga dalam hendak menilai atau hendak mengukur sesuatu perkara, tidak memadai kita mengukur sesuatu itu hanya dengan ilmu atau secara ilmiah semata-mata. Secara ilmiah, hanya akan tercetus ilmul yakin atau keyakinan yang berdasarkan kepada ilmu sahaja. Ilmul yakin masih terdedah kepada berbagai-bagai keraguan dan faktor-faktor yang belum tentu. Mungkin ilmu kita tidak tepat atau tidak cukup atau tidak mengikut dan tidak mengambil kira perubahan yang berlaku atau variasi yang wujud dalam satu-satu hal, perkara atau situasi itu.


Mendasarkan sesuatu kepada ilmu semata-mata tidak semestinya akan menghasilkan kepastian atau ketentuan yang nyata.

Justeru itu, ilmu itu perlu dikahwinkan dengan realiti. Realiti membuahkan kepastian dan ketentuan. Realiti mampu mencetuskan ainul yakin atau yakin yang berdasarkan realiti yang kita lihat yang tentunya lebih kuat dari ilmul yakin.


Contohnya, kita hendak mencipta suatu alat untuk membuat tali. Berdasarkan kepada ilmu dan kepakaran yang ada, mungkin kita akan dapat membuat lakaran teknikal atau 'technical drawing' untuk membuat alat tersebut. Berikutan itu, kita mungkin juga akan dapat membuat alat tersebut di dalam workshop tepat dengan kehendak lakaran teknikal yang kita buat itu. Tetapi sama ada alat tersebut boleh berfungsi seperti mana yang kita kehendaki tidak dapat kita tentukan. Hasil ilmu dan kepakaran kita itu perlu dipastikan dengan ujian-ujian praktikal untuk menentukan ia benar-benar boleh berfungsi. Ujian praktikal ini sebenarnya ialah ukuran realiti. Kalau secara realitinya alat tersebut boleh digunakan untuk membuat tali, maka barulah ia dianggap berjaya. Kalau tidak, pembetulan, ubah suai dan pelarasan perlu dibuat terhadap alat tersebut sehingga segala masalah dapat diatasi.


Begitu juga kalau kita mencipta suatu resipi masakan. Memang kita boleh memasak mengikut resipi yang kita cipta itu, akan tetapi, berjaya atau tidak, sedap atau tidak resipi tersebut perlu ditentukan dengan ujian cita rasa. Baru kita tahu ianya baik atau tidak. Merasa masakan inilah yang dinamakan ukuran berdasarkan realiti seperti dalam peribahasa Inggeris, " the proof of the pudding is in the eating".

Begitulah juga dengan ciptaan kereta, kapal atau pesawat terbang. Setakat mana hebat pun ilmu dan kepakaran yang digunakan, prototaipnya mesti melalui berbagai-bagai ujian realiti sebelum ianya diluluskan untuk kegunaan umum.
Kalau tidak, akan terjadilah apa yang telah berlaku kepada kapal Titanic yang tenggelam di Lautan Atlantik pada pelayaran sulungnya. Kapal yang dikatakan hebat, sink proof (tidak boleh karam) dan termoden itu, nyata pada realitinya adalah kapal yang tidak selamat. Keluli yang digunakan untuk membuat badan kapal itu tidak tahan suhu sejuk. la menjadi rapuh dan mudah pecah apabila terlanggar bongkah ais (ice-berg).

Pernah berlaku di bandar raya Kuala Lumpur, pihak yang merancang pengawalan lalu lintas dengan menggunakan sistem berkomputer terlalu yakin dengan ilmu mereka. Mereka berkata sistem berkomputer mereka cukup canggih tetapi keberkesanannya telah diganggu oleh polis trafik yang mengawal lalu lintas secara manual. Lantas pihak polis trafik menarik semua anggota-anggota kawalan trafik mereka supaya tidak keluar mengawal lalu lintas.

Maka berlakulah huru-hara jalan raya yang terbesar yang pernah dialami oleh bandar raya Kuala Lumpur. Ibarat peri-bahasa Inggeris, " All hell broke loose" . Ramai yang lambat sampai ke pejabat. Ramai yang lambat balik ke rumah dari pejabat. Ramai yang tidak dapat ke masjid, kerana peristiwa itu berlaku pada hari Jumaat. Selepas polis trafik dirayu agar bertugas semula, barulah keadaan menjadi reda dan kembali normal. Inilah kesan buruk menilai sesuatu dengan ilmu semata-mata tanpa diukur dengan realiti.

Perkara ini ada juga relevannya dengan kaedah mentafsir atau memahami ayat-ayat Quran atau Hadis. Kita bawa beberapa contoh.

Firman Allah SWT:
Maksudnya:
"Berpeganglah kamu pada tali-tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah." (Ali Imran: 103)


Kebanyakan ulama mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Islam. Mereka mentafsirkan, kalau semua orang Islam sama-sama berpegang dan mengamalkan syariat Islam maka mereka akan bersatu padu. Itu ilmunya. Tetapi, realiti yang kita lihat tidak begitu. Ramai orang-orang Islam yang sama-sama sembahyang, berpuasa, berzakat dan pergi menunaikan haji tidak bersatu padu.

Malahan dalam satu masjid pun mereka bergaduh. Masjid dan surau sekarang ini bukan lagi tempat berkasih sayang dan bermasyarakat tetapi telah menjadi tempat pergaduhan, perbalahan, perebutan pengaruh dan jawatan dan pecah belah. Sesama ahli jawatankuasa masjid pun berlaku perbalahan dan rebutan kuasa. Tidak kurang juga umat Islam bergaduh semasa menunaikan haji. Yang bunuh membunuh pun ada.

Tafsiran seperti ini tidak meyakinkan sebab ia 
bercanggah dengan realiti. Namun ada tafsiran ulama-ulama lain yang lebih meyakinkan dan lebih hampir kepada realiti. Mereka mentafsirkan tali-tali Allah itu bukan setakat syariat Islam tetapi ialah rasa cinta dan rasa takut kepada Allah. Kalau semua umat Islam sama-sama cinta dan takut kepada Allah, maka Allah akan ikat hati-hati mereka dan mereka akan berkasih sayang di antara satu sama lain.

Dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
"Yang paling bertaqwa di kalangan hamba-hamba-Ku ialah ulama." (Al Fathir: 28)


Tetapi kita lihat ini terlalu jauh dari realiti. Ramai ulama yang tidak bertaqwa. Ada yang terang-terangan terlibat dengan maksiat. Ramai yang terpengaruh dan tertambat hati dengan dunia dan kepentingan peribadi. Ramai yang akhlak mereka menjadi tanda tanya. Ramai pula yang menjual ayat-ayat Allah dengan nilai dunia yang sedikit.

Lebih hampir kepada realiti kalau istilah "ulama" di dalam ayat ini dimaksudkan kepada "ulama ul amilin" atau ulama yang beramal dengan ilmu mereka dan bukan semua atau sebarang ulama. Ini dikuatkan lagi dengan Hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang wujudnya "ulama` suuk" atau ulama jahat yang kerja mereka ialah merosakkan manusia. Jadi, bukan semua ulama itu bertaqwa.

Rumusannya, kita perlu jadikan realiti itu sebagai satu bentuk ukuran yang patut diguna pakai di mana boleh, dalam kita menilai sesuatu perkara. Ini kerana ia lebih hampir kepada kebenaran. Justeru itu, kita akan lebih yakin dan lebih adil dalam kita membuat penilaian. Penilaian dengan ilmu tidak salah. Tetapi di mana realiti boleh digunakan, kita patut bersandar kepada realiti lebih daripada kita bersandar kepada ilmu semata-mata.





~http://zahrahdetigris.blogspot.com~