9:30 PTG

KITA TIDAK SAMA..



Bismillah walhamdulillah...

Orang itu senang saja nak berjaya, sekali exam sudah dapat markah tinggi..Sdgkan aku, sudah 2 kali mengulang, masih tidak lulus juga...

Orang tu skali saja temuduga, terus boleh dapat kerja, saya ni dah banyak kali, smpai sekarang satupun tak dapat lagi..

Kawan saya tu sebulan kawin, terus dapat zuriat, sy ni dah 5 tahun kawin, masih tak dapat-dapat lagi anak..

Dia tu muda-muda lagi dah kawin, masih belajar pulak tu, aku ni dah habis belajar pun masih membujang lagi..Duit pun tak cukup-cukup lagi nak kawin..


UJIAN KITA BERBEZA

Manusia itu diciptakan berbeza-beza..

Ujian yang diterima juga berbeza-beza..

Mungkin keinginan kita sama, namun perjalanan untuk meraihnya berbeza..

Orang yang berjaya mendapat apa yang diingini hakikatnya juga telah menempuh berbagai-bagai dugaan dan rintangan..Mungkin lebih hebat ujiannya..


Orang yang berjaya dalam hidupnya siapa tahu dia diuji dengan masalah keluarga..

Orang yang kaya-raya siapa tahu dia diuji dengan kehidupan yang tidak membahagiakan..

Orang yang ramai anak siapa tahu  dia diuji dengan anak-anak yang kurang baik akhlaknya...


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah al-Baqarah: Ayat 286)

REDHA


Ubat terbaik bagi kita sebagai hamba adalah Redha..

Redha bukan sahaja dengan apa yang kita miliki, namun redha juga dengan apa yang dimiliki oleh orang lain..

Sentiasalah tanamkan dalam fikiran bahawa Allah pasti akan memakbulkan segala doa-doa kita, cuma mungkin saatnya belum tiba..

Jadi, bersabarlah menantikan saat itu..


Sabda Nabi:-


إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ


Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barang siapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” 
( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)



MUHASABAH









Bermuhasabahlah sentiasa..

Fikirkan sejauh mana usaha yang dilakukan, sebanyak mana doa dipanjatkan kepadaNYA..

Jika hanya secebis usaha dan doa sahaja yang dilakukan, maka hari ini cuba petingkatkan..

Jangan meletakkan 'keputus asaan' itu dihadapan..

Tapi letakkan kata-kata bahawa PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK APA YANG ALLAH BERIKAN...




wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com