4:41 PTG

...KRONOLOGI SEPANJANG PRK...


HARI PENGUNDIAN
KHAMIS, 28 JAN 2010
10.30 PAGI
~tempat pembuangan undi di kolej kediaman ke-8 terbuka dan terletak berhampiran dengan pegawai bertugas. Undi mahasiswa tidak lagi rahsia..

~ Tiada tanda arah yg jelas di tempat pengundian di fakulti untuk mahasiswa luar kampus cth fak pendidikan dan fak sains. Ada di antara mahasiswa yg terus balik tanpa mengundi lantaran tidak menjumpai tempat pengundian.

~Mahasiswa antarabangsa yg tidak mendapat maklumat yg jelas mengenai tempat pengundian mereka

11.00 PAGI
~Komputer undi di fak sains mengalami masalah, proses pengundian terganggu

~ Mahasiswa OKU di kolej kw-7 membuat aduan berlakunya paksaan untuk mengundi calon penggerak mahasiswa

~ Semasa hari pengundian berlakunya edaran dokumen terlarang di tempat-tempat pengundian antaranya di kolej kediaman pertama, ke-4, ke-8 dan ke-12. Edaran tersebut berbentuk nama-nama calom penggerak mahasiswa dan senarai calon tersebut di tampal, di edarkan dan di letak di tempat pembuangan undi tersebut.

12.00 TENGAH HARI
~ Mahasiswa luar kampus disusahkan untuk turun mengndi apabila operasi bas ternyata dikurangkan

~ Masalah komputer undi rosak di fak Ekonomi dan Pentadbiran

4.30 PETANG
~D i kolej ke-12 berlakunya masalah teknikal pada komputer undi selama 40 minit menybbkan proses pengundian tergendala. Dianggarkan lebih 10 org balik tanpa  mengundi di sebbkan masalah ini

~Berlakunya campurtangan yg tidak sepatutnya apabila SETIAUSAHA KOLEJ KE-12 iaitu En. Khairul Nizam mengambil alih tugas pengendalian komputer bukannya pihak dari PTM sendiri


MALAM PENGUMUMAN KEPUTUSAN
7.00 PETANG
~NC mengumumkan keputusan penuh PRK
~Penggerak Mahasiswa menang 21 kerusi (1 umum 20 fakulti)
~ Pro M menang 17 kerusi ( 8 umum 9 Fakulti)
~ Bebas menang 3 kerusi
~ Keputusan masih tidak muktamad kerana proses bantahan masih berlangsung

8.00 MALAM
~Bermula proses bantahan untuk keputusan penuh PRK
~ Pro Mahasiswa membuat bantahan terhadap sistem e-voting yg bermasalah sepanjang PRK. Bantahan Pro M ditolak.
~ Penggerak Mahasiswa membuat bantahan terhadap kemenangan calon umum Pro M
~ Para penyokong Pro M menuntut penjelasan drp pihak pentadbiran (NC dan TNC HEP) berkaitan segala permasalahan yg berlaku sepanjang PRK. Perlaksanaan e-voting mengalami masalah teknikal yg menjejaskan proses pengundian serta masalah penyelewengan dan manipulasi HEP sepanjang PRK

10.00 MALAM
~ Masih tidak ada jawapan diberikan kpd 300 mahasiswa yg masih menunggu di hadapan DTC
~Jawapan yg diterima: pengumuman rasmi PRK akan diketahui pada jam 10.00 pagi keesokan harinya.

11.00 MALAM
~ Mahasiswa mendesak pihak pentadbiran memberikan penjelasan

11.25 MALAM
~Mahasiswa mendapat makluman NC telah lama balik manakala TNC HEP telahpun melarikan diri mengikut pintu belakang canseleri dan tidak mahu berhadapan dengan mahasiswa memberi penjelasan


JUMAAT, 29 JAN 2010
SEPANJANG HARI BANTAHAN MAHASISWA
9.00 PAGI
~200 mahasiswa berkumpul di hadapan DTC. Mahasiswa inginkan penjelasan NC dan TNC HEP berkaitan 2 isu. Perlaksanaan e-voting mengalami masalah2 yg menjejaskan proses pengundian dan masalah penyelewengan dan manipulasi HEP sepanjang PRK.



11.00 PAGI
~Setelah menunggu sejam lebih di luar DTC, NC dan TNC HEP masih belum turun memberi penjelasan.


12.00 TENGAH HARI
~NC dan TNC HEP dtg ke canseleri  dan cuba menenangkan mahasiswa. NC meminta 10 org wakil mahasiswa untuk berbincang

12.00 HINGGA 6.00 PETANG
~Sesi perbincangan 10 wakil mahasiswa bersama NC, PTM, dan TNC HEP



6.00 PETANG
~ Perarakan mahasiswa mengelilingi kampus memberitahu tentang penagguhan keputusan PRK dan kejayaan suara mahasiswa mendesak siastan di jalankan mengenai perjalanan PRK yg korup dan tidak adil


APA YG ANDA PERLU TAHU..
pihak TNC HEP masih gagal memberikan penjelasan berkenaan beberapa isu:-
~Pertemuan rahsia pihak HEP dengan parti politik UMNO

~Penguasaan dan manipulasi kuasa oleh pihak HEP dan penggerak mahasiswa di kolej2 dan terlalu banyak salah guna kuasa yg telah dilakukan cthnya mengugut mahasiswa kolej kediaman, melarang calon Pro M berkempen walaupun telah mendapat borang kebenaran berkempen..

~Jawatankuasa pemilihan MPM ditubuhkan oleh pihak HEP sendiri sebelum tarikh PRK diumumkan tanpa pengetahuan NC dan MPMUM

JAMINAN NC KEPADA MAHASISWA
~Sekiranya sistem e-voting terbukti telah dimanipulasi beliau bersetuju untuk menjalankan PRK secara undi manual kembali

~Siasatan akan dijalankan berkaitan penyelewengan dan ketidakadilan yg dilakukan oleh pihak HEP, penyelia dan pengetua2 kolej kediaman

~Tiada pembentukan MPMUM sehingga penyiasatan selesai dilakukan. Keputusan PRK dibekukan buat sementara.

10:39 PTG

...GERAKAN MAHASISWA MENGGUGAT??...


Hari ini telah pun menjadi bukti kemarahan mahasiswa Uni Malaya kian kemuncak..Apa tidaknya, sistem e-voting atau e-undi yg julung-julung kali di adakan di Uni Malaya ini telah mencabuli hak mahasiswa..Nampaknya e-voting menjadi senjata terakhir TNC HEP untuk memenangkan PENGGERAK MAHASISWA untuk merampas kembali kerusi MPP setelah PRO M berjaya menguasainya pada sesi lepas..

Dalam keputusan yang diumumkan lewat petang semalam, Pro-M hanya mendapat 17 kerusi berbanding Penggerak Mahasiswa, 21 kerusi, manakala bebas pula berjaya memperoleh 3 kerusi..Situasi di UKM juga sama seperti di UM..layari blog ini..

Pro-M bagaimanapun mengemukan beberapa bantahan sewaktu tempoh bantahan dan rayuan dibuka selepas pengumuman dibuat...Antara bantahan tersebut termasuklah berkait gangguan sistem undian beberapa jam dan mengganggu sekurang-kurangnya keputusan di tiga kolej dan sistem e-voting ini juga telah didapati terdedah kepada manipulasi dan penyelewengan..Jika sebelum ini,undian secara manual itu sendiri telah banyak berlakunya penyelewengan, apatah lagi sistem e-voting yg dikawal penuh oleh pihak-pihak HEP itu sendiri yg sukar untuk dikesan..

Mahasiswa bangkit menyuarakan bantahan

Satu lagi kelemahan e-voting pengiraan semula undi tidak dapat dilakukan..Mahasiswa menuntut pengundian semula secara manual diadakan.. Dan hari ini, penyokong PRO MAHASISWA telah bangkit menentang segala ketidakadilan yg berlaku dan memohon supaya Naib Cancelor (NC) dan Timbalan NC memberi penjelasan..Namun apa yg berlaku adalah sebaliknya...NC dan TNC enggan mengemukakan penjelasan..Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampus yang diumumkan semalam..


Presiden PMIUM menyatakan kekesalan terhadap NC dan TNC HEP di atas apa yg berlaku

Bukan setakat itu sahaja, sebelum hari pengundian berlangsung, telah banyak ketidakadilan yg telah berlaku, antaranya pihak TNC HEP telah membayar kepada pihak PENGGERAK MAHASISWA RM 5000 khas untuk PRK, dan sebelum hari penamaan calon mereka ini ditempatkan di hotel kualiti (huh, sama macam UMNO),sedangkan PRO M hanyalah menggunakan duit hasil titik peluh mereka sendiri..calon PRO M juga telah disekat oleh pihak PENGGERAK untuk berkempen di sesetengah kolej dengan menutup pintu pagar kolej..


PENGGERAK MAHASISWA pada hari penamaan calon

Pintu pagar ditutup rapi

Banner yg diangkat tanpa cop rasmi

INFO E-VOTING
KOLEJ 8
# Skrin komputer boleh dilihat dari luar- undi kita boleh dilihat oleh orang yg lalu lalang
# Nombor pin diambil sendiri dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan sahaja-boleh ambil dua kali dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan rakan kita.

FAK EKONOMI & PENTADBIRAN
# Dua lagi 'server down' menyebabkan proses pengundian tersekat

FAK SAINS
# Masalah 'server down'

FAK PENDIDIKAN
# Pengundi tidak tahu di mana sepatutnya tempat mereka mengundi menyebabkan hampir 10 orang balik
sebelum mengundi

KOLEJ 12
# Masalah 'server down' menyebabkan hampir 30 orang tidak dapat mengundi

KOLEJ 7
# Pelajar OKU mendakwa mereka DIPAKSA undi PENGGERAK MAHASISWA


JAMINAN NC KITA!!!!!!
" KALAU SISTEM YG DIBANGUNKAN INI MERUPAKAN SATU PENYELEWENGAN, SAYA AKAN LETAK JAWATAN SEBAGAI NC. KALAU SISTEM ITU DIGODAM SEKALIPUN, SAYA AKAN LETAK JAWATAN."

Ingatlah, mahasiswa tidak akan membiarkan segala kebobrokan dan penyelewengan terus berlaku..Mahasiswa bukanlah boneka ataupun 'kuda' sepertimana PENGGERAK MAHASISWA yg mudah diperkotak-katikkan sesuka hati oleh mana-mana pihak..

DEDIKASI BUAT PRO MAHASISWA


P/S: Bukan kami tidak boleh menerima kekalahan,PRO M sbelum ini dah banyak kali menerima kekalahan, tp kekalahan yg disebabkan ketidakadilan tidak boleh dibiarkan..bukan senang untuk menegakkan kebenaran...orang tak kan paham apa yg kami bawa..kami ada 'hadaf' yg perlu dituju

3:06 PG

..ESOK ADALAH SATU PENENTUAN..


Dup..dap..dup..dap..begitulah irama jantung saya kini..esok merupakan penentu segala penat lelah bagi orang yang mahukan keadilan dan kebenaran tertegak di Uni Malaya tercinta..

Risau, bimbang, takut semuanya bercampur baur sekarang ini..tak dapat nak hilangkannya dengan mudah..takut segala usaha yg dilakukan tidak membuahkan hasil yg baik dek kerana terhijab oleh dosa-dosa hambaNYA ini..YA ALLAH AMPUNILAH HAMBAMU INI..

Namun, sekiranya esok adalah penentu kekalahan, saya akan terima dengan redhanya..mungkin itu adalah sebagai peringatan kepada kita, segala-galanya adalah ketentuanNYA semata-mata..tidak ada yg mampu MENGUBAHYA..

Sekiranya esok adalah penentu kepada sebuah kemenangan, sama-sama kita panjatkan KESYUKURAN..dan kita perlu ingat, KEMENANGAN itu adalah peringatan juga kepada kita supaya memakmurkan bumi Allah ini dengan menegakkan syariat ISLAM itu sendiri..itu adalah AMANAH yg paling berat yg perlu kita pikul...

9:37 PG

..MONTAJ PRO MAHASISWA UM..




4:49 PG

..LEBIH TERSUSUN..


erhm..erhm..mungkin sahabat tertanya2 kenapa tukar template baru?? jawapannya mudah..mungkin salah satunya tuk nampak lebih cantik..tapi yg paling penting sekali supaya ianya nampak lebih tersusun dan sedap mata memandang..

Kalau ikutkan hati nak buat warna hijau semuanya..maklumlah saya ni peminat warna hijau dan warna lembut2 seperti biru muda..tp kalau orang tanya warna yg paling digemari adalah warna hijau,sehinggakan sahabat saya pernah cakap, "nik ni tak habis2 dengan hijau."
tp takpelah..harap2 ianya dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri dan kepada anda semua..InsyaAllah..

3:14 PG

...PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) KIAN TERASA..



20 JANUARI 2010 = PEMBUBARAN MPMUM
25 JANUARI 2010 = PENAMAAN CALON
25-27 JANUARI 2010 = TEMPOH BERKEMPEN
28 JANUARI 2010 = PEMBUANGAN UNDI





" BERSAMA MENERUSKAN AGENDA PERUBAHAN "

11:52 PTG

...ISLAM vs KRISTIAN ????...


Sekarang ni saya tengah berusaha untuk habiskan buku ni..Tajuknya 9 MALAM DIALOG ISLAM KRISTIAN MENGENAI KETUHANAN..Isi kandungannya sangat menarik..Dialog di antara Kiai Bahauddin Mudhary dengan Antonius Widuri.. segala persoalan yg diajukan oleh pihak Kristian hanya dipatahkan dengan percanggahan dan perselisihan yg terdapat dalam Bible itu sendiri..

saya syorkan supaya sahabat2 baca buku ni yg mana pada pandangan saya ianya akan menambahkan lagi keyakinan kita terhadap agama yg kita anuti..

"Jadilah orang yg mencintai ilmu, dan menyampaikan ilmu "

penghargaan:- terima kasih buat k.Ida yg sudi bagi pinjam buku ni..nanti saya belanja akak makan nasi kat rumah ye..cakap je nak ape nanti saya masak..hehehe

6:01 PG

...SIAPA ALLAH????...


Alhamdulillah..dengan menghadiri kuliah Falsafah Sains Islam semalam, dapatlah sedikit ilmu baru..sedikit sebanyak ianya dapat membuka minda saya yg memang masih kekurangan dari segi itu..saya begitu berminat untuk berkongsi dengan para pembaca sekalian..ianya tidaklah terlalu banyak, harap2 ianya dapat bagi manfaat kepada kita semua..insyaAllah..

Dalam kelas semalam, ustaz Wan Zailan ada menimbulkan beberapa persoalan sebagai mukaddimah..
Begini persoalannya..

Bagaimana nak buktikan Allah itu Esa????

Macam mana nak kenal Allah????

Bagaimana kita nak terangkan tentang ayat "...tangan Allah di atas tangan mereka...." yg terdapat dalam surah Al-Fath ayat 10,adakah Allah itu mempunyai tangan????


pening jugak mencari jawapan..semua jawapan hendaklah diberi dalam bentuk logik supaya ianya dapat diterima akal.. hurm...mcm mn tu ye???
Begini jawapan yg diberikan oleh ustaz..


untuk soalan bagaimana nak buktikan Allah itu Esa, sudah jelas kepada kita bahawa perkataan Esa itu sendiri menunjukkan bahawa Allah itu tunggal, bukan 1, bukan 2 atau 3..tetapi sekiranya perkataan Esa itu kita tukar dengan Allah itu Satu, maka ianya boleh dipertikaikan..sebabnya, sebelum satu mesti sifar dan selepas 1 mesti 2, 3 dan seterusnya..kalau Esa, sebelum dan selepas Esa itu sendiri tidak ada sifar dan tidak ada 2, 3 dan seterusnya..di sini jelas kepada kita bahawa Allah itu tidak ada awal dan tidak ada akhirnya..jadi, jelas atau tidak Allah itu MAHA ESA????



Untuk soalan kedua, kebiasaan jawapan yg kita dengar adalah dengan melihat alam ciptaan Allah..jawapan yg diberikan itu betul kepada orang awwam tapi untuk orang yg berfikir ianya boleh dipertikaikan..bagaimana pula sekiranya alam ini tidak ada??? adakah Allah itu tidak wujud??? hurm bertubi-tubi soalan yg dikeluarkan oleh ustaz..jadi mcm mana kita nak kenal Allah??? Mengenal diri itu adalah "Anak Kunci" untuk Mengenal Allah. Hadis ada mengatakan;

'Siapa yang kenal dirinya akan mengenal Allah".

Firman Allah Taala;
"Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda Kami dalam dunia ini dan dalam diri mereka sendiri, supaya Hakikat itu boleh terzhohir kepada mereka" (Al-Fusilat:53)


Seterusnya untuk soalan ketiga, cuba kita perhatikan kepada kiasan kaki bangku yg diberikan kepada orang yg tidak pandai bermain bola sepak, adakah kaki kita ini seperti bangku atau terdapat bangku pada kaki??? tentunya tidak..Nah, di sini terbuktinya bahawa tangan yg dimaksudkan di sini bukannya tangan sebaliknya ianya hanyalah sebagai kiasan sahaja..itu jawapan mengikut logik akal la



Untuk kelas tutorial pagi tadi, Ustazah Fatimah Syarha memberikan sedikit penambahan, kalau ulama salaf memtakwilkan ayat tersebut sebagai tangan manakala ulama khalaf pula memberikan maksud kuasa..kita perlu faham bahawa tangan yg dimaksudkan oleh ulama salaf itu tidak sama dengan apa-apa pun yg mana ulama salaf ini menggunakan kaedah
"mempersoalkan bagaimana bentuk tangan tersebut adalah sesat dan beriman dengan ayat tersebut adalah wajib"

"....tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia...." (asy-Syuura ayat 11)

Suatu hari, orang Yahudi bertanya kepada Rasulullah s.a.w
Siapa Tuhan kamu??
Biasa orang akan menjawab Allahu Rabbi
tapi jawapan Nabi lain dari yg lain
"Hua laisa mimma (Dia yakni Allah itu bukan dari apa-apa)."

2:32 PG

...LEBAH..


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)


Hampir semua orang mengetahui bahawa madu adalah sumber makanan yg penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilnya, iaitu lebah madu.

Kehidupan lebah di sarang dan penghasilan madunya sangatlah menakjubkan. Lebah mempunyai ciri-ciri "kehidupan sosial" yg mana ianya harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua
ini dengan organisasi yang luar biasa.



Kelembapan sarang untuk penghasilan madu mempunyai kualiti perlindungan yg tinggi yg harus dijaga yg mana kelembapan yg melebihi had atau kurang daripada had yg sesuai akan menyebabkan madu akan rosak serta kehilangan kualiti perlindungan dan gizinya. Suhu sarang yg sesuai haruslah pada 35C selama sepuluh bulan dan untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada had tertentu, terdapat satu kelompok khusus yang bertugas menjaga ventilasi. Satu perkara yg perlu kita tahu bahawa sistem ventilasi ini sangat bermanfaat untuk melindungi sarang dari perubahan cuaca,asap dan pencemaran udara.

Penjagaan kualiti madu tidak hanya pada pengaturan kelembapan dan panas sahaja malahan di dalam sarang terdapat sistem pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan bakteria. Tujuan utama sistem ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria yg mana prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing yg memasuki sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang, maka lebah ini akan berusaha untuk mengusirnya.


Sarang yang dibangunkan oleh lebah ini dapat menampung sehingga 80 ribu lebah yang hidup dan bekerja bersama-sama, dengan menggunakan sedikit bahagian dari lilin lebah.Sarang tersebut tersusun di atas sarang madu berdinding lilin lebah, dengan ratusan sel-sel kecil pada kedua-dua permukaannya. Semua sel sarang madu berukuran sama saiz dan keajaiban teknik ini dicapai melalui kerja kolektif ribuan lebah.


Selama jutaan tahun, lebah telah menggunakan struktur segi enam untuk membangunkan sarangnya. (Sebuah fosil lebah yang berusia 100 juta tahun telah ditemukan). Ahli matematik memberikan alasannya: "struktur segi enam adalah bentuk geometris yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap bahagian unit secara maksimum". Jika sel-sel sarang madu dibangunkan dalam bentuk yg lain, akan terdapat bahagian yang tidak terpakai, dan menyebabkan lebih sedikit madu yang boleh disimpan dan lebih sedikit manfaatnya.Pada kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari semua bentuk geometris tersebut, segi enam memiliki panjang keliling yang paling pendek. Oleh itu, sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak.

Lebah tentu tidak akan mampu menghitung perkara ini, yang mana ianya hanya dapat dilakukan oleh manusia dengan perhitungan geometris yang rumit. Lebah juga tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang perkara ini akan tetapi ia menggunakan bentuk segi enam secara fitrah, hanya karena mereka diajari atau "diilhami" oleh Allah yg MAHA berkuasa.
ALLAHUAKBAR betapa hebatnya ALLAH S.W.T..

"Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir."
(QS. Al Jatsiyah, 45: 13)




PENGAJARAN:-untuk mendapatkan sesuatu yg manis/ kejayaan dalam sesuatu perkara itu bukannya senang, memerlukan pengorbanan yg besar sepertimana lebah ini yg terpaksa bekerja keras dalam menjaga kualiti madu yg akan dihasilkan..

walau sehebat manapun kita, untuk menjayakan sesuatu itu memerlukan kerjasama di antara satu sama lain dengan mewujudkan satu organisasi supaya sesuatu kerja itu akan lebih teratur dan terancang..

7:40 PG

...EKSPERIMEN..


10 minit sudah berlalu..saya tak dapat2 jugak selesaikan pengiraan tuk eksperimen hari ni..tak tau nak kira macam mana, lupa formula, hilang segala apa yg sudah dipelajari..


peringatan:-lain kali belajar niat kerana Allah
bukan niat tuk lulus exam je..
tgk kan dah jadi cmni...

8:44 PG

...PERTEMUAN..


Pertemuan saya dengan sahabat baru merupakan suatu yg amat bermakna..pertemuan antara 2 agama dan 2 bangsa yg berbeza..banyak perkara yg dipelajari..lagi-lagi saya sebagai umat Islam..peluang bagi saya untuk tonjolkan keistimewaan Islam itu sendiri..sedikit sebanyak ianya dapat hapuskan segala tanggapan negatif non-muslim terhadap Islam...Bukankah dalam Islam itu sendiri menggalakkan kita untuk saling kenal-mengenali di antara satu sama lain tidak kira bangsa, warna kulit ataupun agama sebagaimana ayat dalam al-Quran:-

mafhumnya:-
"Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal."
(al-Hujurat: 13)


Pertemuan saya dgn seorang non-muslim berbangsa Cina itu adalah pertemuan yg tak dirancang..tapi ianya memberi suatu pengalaman yg indah bg saya..bukan saya tak pernah kenal dengan non-muslim sebelum ni..pernah..Lagi-lagi saya yg belajar dalam 2 keadaan berbeza, di fakulti sains dan akademi pengajian Islam..kebanyakan sahabat-sahabat di fakulti sains adalah dari kalangan non-muslim..tp entah mengapa saya merasakan pertemuan ini adalah pertemuan yg sangat unik..

mungkin cara saya berjumpa dengannya..
ya, mungkin disebabkan itu..
semuanya gara-gara tertinggal bas..huhuhu


p/s: mungkin sahabat-sahabat tertanya-tanya orang yg saya jumpa tu lelaki ke perempuan..tp klu saya jawab lelaki mcmmane???? adakah anda percaya?????
yg pastinya cerita ni takda kaitan dgn gambar..itu sekadar hiasan semata-mata

8:30 PG

...SKIZOFRENIA..


Semalam kita di kejutkan dengan berita pembunuhan kejam empat sekeluarga yang berlaku di Gemencheh, Negeri Sembilan pada selasa lalu..
berita lanjut di akhbar kosmo 11 Januari 2010..

tp apakah puncanya?????

KECEDERAAN OTAK PUNCANYA????


Berdasarkan kajian Skizofrenia berarti “keperibadian yang terbelah”, iaitu hilangnya sebagian besar hubungan kesedaran yang logik antara tubuh dan jiwa (disintegrasi). Sehingga dalam beberapa keadaan perilakunya tidak sejalan dengan keadaan emosinya. Hal ini terjadi karana secara mental, keperibadian pesakit gangguan ini memang terbelah sehingga mempunyai kecenderungan tubuhnya hidup pada satu dunia tetapi jiwanya berada pada dunia yang lain yang menyebabkan pesakit Skizofrenia ini cenderung dianggap “gila”.




Namun secara umum skizofrenia mempunyai beberapa gejala yang seringkali tampak pada mangsa gangguan ini. Di antara gejala-gejala yang umumnya terjadi adalah:


o Realiti yang berbeza
Sebagaimana orang yang normal, setiap orang memiliki perspektif tersendiri dalam menghadapi hidup. Begitu juga pada pesakit skizofrenia. Tetapi pada pesakit skizofrenia, perbezaan perspektif tersebut dilihat terbalik daripada perspektif orang lain secara umum, yang tidak ada alasan yang logik terhadap perspektif-perspektif yang ada.


o Halusinasi
Pesakit skizofrenia seringkali terganggu oleh hal-hal yang sebenarnya tidak ada (halusinasi). Halusinasi ini meliputi halusinasi auditori atau halusinasi suara, pesakit ini mendengar suara-suara tanpa tahu dari mana datangnya. Biasanya, suara-suara yang didengarnya berasal dari luar kepalanya, peringatan akan bahaya-bahaya yang datang atau suara-suara yang memberitahu pesakit ini tentang suatu hal yang harus dilakukan. Halusinasi visual, iaitu pesakit seringkali melihat suatu objek yang tidak dilihat orang lain. Halusinasi peraba, iaitu pesakit merasakan sensasi-sensasi tanpa bentuk yang pasti.




o Delusi
Iaitu keyakinan yang salah pada pesakit terhadap suatu hal tanpa adanya alasan dan bukti yang logik. Pada gejala ini, pesakit seringkali merasa bahawa orang lain akan menangkap dan menyakitinya.


o Asosiasi yang tidak logik
Pesakit skizofrenia seringkali mengucapkan kata-kata yang tidak berhubungan sama sekali. Pemikirannya kacau, sehingga kata-kata yang diucapkan tidak boleh difahami oleh orang normal.



o Hilang perasaan
Pada gejala ini, pesakit dapat dikatakan mati rasa. Respon pesakit terhadap suasana di luar dirinya sangat buruk. Ia tidak merasa gembira pada suasana lingkungan yang gembira, dan dia tidak merasa sedih walaupun suasana lingkungannya sedang berduka.

# FAKTA

10:54 PTG

..CABARAN BERMULA..


Tak sanggup rasanya nak melalui hari- hari yg mendatang..hari-hari yg semakin mencabar..dengan kuliah yg semakin padat..dengan keadaan sekeliling yg semakin kritikal..
semoga saya dapat tempuhinya dengan penuh kesabaran..


teringat pula kata- kata ustaz saya..
alah..dunia je semua tu...


hurm terasa diri termotivasi la pula...
walaupun kata-kata itu nampak ringkas tapi memberi penuh makna..
Saya akan simpan kata-kata tu..

7:03 PG

..WARNA SEBUAH KEHIDUPAN..

Hari ini adalah hari yang cukup memenatkan bagi saya..Kalau ikutkan hati nak batalkan saja usrah bersama adik-adik hari ni..tapi terasa sayang pula..Bila difikirkan balik sejauh mana sangatlah penat saya kalau nak dibandingkan dengan orang-orang terdahulu..hurm, saya kuatkan kaki tuk melangkah..

Usai sahaja usrah, saya mendapat panggilan dari kakak ipar yang lebih selesa dipanggil kak long..Rindu katanya..Maklumlah, sayalah tempat kak long berkongsi kebahagian, kesedihan selain dari kak Ngah (kakak ipar) memandangkan saya ini anak sulung perempuan..dan saya pula terpaksa menjadi 'kakak' kepada 5 orang abang dan dua orang adik..Dapat berbual dengan anak sedara yang hampir mencecah 3 tahun, terubat rindu buat seketika..bukan main petah lagi dia..Hurm mungkin nak jadi seorang pensyarah agaknya..

anak sedara pertama Nik Nur Aqila bt Nik Zulkifli


Anak sedara kedua Nik Nur Alia Syamimi bt Nik Aziz

Kalau diizinkan Allah, bertambahlah seorang lagi anak sedara menjadikan 3 kesemuanya..hurm tak sabar menunggu saat itu..saya sudah membayangkan saat itu biarpun saya tahu ianya tidak akan sama seperti yang dibayangkan..terfikir sejenak, cara untuk mendidik anak-anak sedara saya ini supaya bila besar nanti tidak lari dari acuan Islam..hurm, harap-harap saya berjaya lakukannya..

Sepanjang perbualan, tercetus persoalan dari kak long:-

Bila nak balik rumah?

huh, soalan itulah yang seringkali bertandang setiap kali perbualan..tidak kira dengan mak atau dengan orang lain..soalan itulah yang sukar untuk dijawab..semuanya tidak pasti..kalau cutipun belum tentu boleh balik..kalau balik pun belum tentu boleh berlama-lama..itulah adat seorang yang hendak berjuang..kene sanggup berkorban masa, harta dan nyawa..

Namun pada hakikatnya, hati ni meronta-ronta untuk pulang..kalau boleh sepanjang cuti itu hendak berada di samping keluarga saja..

Namun apakan daya perjuangan di varsiti tercinta belum selesai.. masih banyak yang perlu di perbuat..Untuk semua ahli keluarga, IsyaAllah kalau diizinkan Allah saya akan pulang jua..huhuhu..

12:06 PG

...UNTUKMU BAKAL PEMIMPIN..



Umar Abd Aziz membersihkan kedua-dua tangannya. Dia berdiri di depan makam Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah Bani Umayyah sebelumnya. Berdasarkan wasiat almarhum, Umar bin Abdul Aziz memegang tahta khalifah. Baru sahaja Umar bangkit berdiri, tiba-tiba dia mendengar suara riuh.

" Ada apa? "tanya khalifah ke-8 Bani Umayyah itu kehairanan.

" Ini adalah kenderaan tuan, wahai Amirul Mukminin," ujar salah seorang sambil menunjukkan sebuah kenderaan mewah yang khusus disediakan untuk khalifah.

Dengan suara tersekat-sekat dan keletihan, Umar berkata:-

" Apa hubungannya denganku? Jauhkan kenderaan ini. Semoga Allah memberkati kalian." Lalu dia berjalan ke arah seekor keldai yang menjadi tunggangannya selama ini.



Baru sahaja dia duduk di belakang haiwan itu, serombongan pengawal datang berbaris di belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam tombak tajam. Mereka sedia menjaga khalifah dari bahaya. Melihat kehadiran pasukan itu, Umar berasa hairan dan berkata:-

" Aku tidak memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa daripada kalangan kaum muslimin. Aku berjalan pagi dan petang sama seperti rakyat biasa."

Ketika kelaparan memuncak, Umar pernah dihidangkan roti yang dicampurkan dengan minyak zaitun. Umar memanggil seorang Badwi dan mengajaknya makan bersama. Umar tidak menyuapkan makanan ke mulutnya sebelum Badwi itu melakukannya terlebih dahulu. Orang Badwi itu benar-benar menikmati makanan itu.

" Agaknya kamu tidak pernah menikmati lemak?"tanya Umar

" Benar, aku tidak pernah makan dengan minyak zaitun. aku juga sudah lama tidak menyaksikan orang-orang lain memakannya sehingga sekarang," kata Badwi itu
Mendengar kata-katanya Umar bersumpah tidak akan memakan lemak sehingga semua rakyatnya kembali hidup seperti biasa.

Kata-katanya diabadikan sehingga kini," Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir yang merasakannya.

Banyak pengajaran yg boleh di ambil dari kisah ni. Seseorang pemimpin itu perlu merasai sendiri bagaimana penderitaan rakyatnya barulah akan lahirnya sifat kecintaan terhadap rakyat sehingga seseorang pemimpin itu sanggup mengutamakan hak rakyat berbanding peribadi.



Cuba kita imbau kembali kisah Rasulullah, bagaimana mungkin rakyat tidak dekat dengannya kalau menjelang ajal pun masih lagi menyebut Ummati, Ummati, Ummati

Subhanallah, betapa kuatnya kecintaan Rasulullah S.A.W terhadap ummatnya...

P/S: kepada bakal pemimpin, tidak kira negara, mahasiswa atau sesebuah organisasi, ambillah teladan dari kisah ni dan aplikasikan dalam kepimpinan anda kelak

1:09 PG

...KOLEKSI KARYA TOK GURU NIK AZIZ..























"Jom sama-sama kita wujudkan budaya membaca"

P/S: buku yg saya dah baca Muhammad S.A.W & Belajar dari Dua Umar..yg lain tak baca lagi..sape-sape ada koleksi buku di atas, janganlah kedekut bagilah saya pinjam sementara saya masih rajin nak baca ni..hehehe