11:18 PG

...KUDAMBA FIRDAUSI...


Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan

Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan

Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki

Album : Haikal 2008
Munsyid : Haikal
http://liriknasyid.com


~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[ 18 Mac 2011/ 13 Rabiul Akhir 1432H]

5:57 PG

...KEMBARA BUKU...

Bismillah walhamdulillah..


Sekian lama diri ini menyepi..Menyepi dari menulis..Entah mengapa daya untuk menulis itu hilang tiba-tiba..Idea menulis juga tidak kunjung menyapa..Bila Allah mengurniakan kehidupan kpd kita sehingga hr ini, itu bermakna tggungjawab sebagai khalifah itu masih tertanggung di atas bahu kita selaku hambaNYA..



''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Al-Baqarah:30



------------------xxxxxxxxxxxxxxxx------------------



Hari ini sy sgt teruja dgn satu rancangan di televisyen..KEMBARA BUKU...satu rancangan yg menarik bg sy.. Satu rancangan travelog yang memaparkan senario-senario menarik dalam industri perbukuan dan kesannya terhadap amalan membaca masyarakat di Malaysia, Arab Saudi, Mesir dan Indonesia. Rancangan ini telahpun diterbitkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Perpustakan Negara Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia yg akan bersiaran selama 13 episod. Dan hari ini, kembara diteruskan di bumi Mesir..



Rancangan ini sangat terkesan dengan menampilkan pelbagai khazanah  dan sejarah buku bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia..Bagi pencinta buku, rancangan ini memberi satu impak yg bermakna dalam mengangkat martabat buku dan ini merupakan satu peluang keemasan dlm mengenali sasterawan-saterawan dan tokoh-tokoh besar dalam dunia buku dari seluruh dunia..Rancangan ini juga turut memaparkan kpd masyarakat betapa pentingnya ilmu dalam mempengaruhi satu-satu tamadun..Betapa besarnya pengaruh ilmu itu sendiri..


Dan sy kira, ini adalah salah satu usaha dalam meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia..


Ohhh!!!! tiba-tiba saya begitu teruja pula untuk mengembara....


p/s: Bagi sesiapa yg berminat untuk menonton rancangan Travelog Kembara Buku bolehlah menontonnya pada hari Ahad, jam 12 tengahari di TV 1 ataupun bolehlah melayari link ini yg memaparkan episod2 terdahulu..


~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[ 6 Mac 2011/ 2 Rabiul Akhir 1432H]