6:46 PTG

...JOM BERDISKUSI LAGI...


"SESUNGGUHNYA ILMU ITU TIDAK AKAN DIDATANGI TETAPI PERLU DICARI"




Crazy Text Generator - MySpace Layouts

8:16 PTG

...MALAYSIA HARI INI...



Tentera Israel Bina Sistem Maklumat PDRM

Malaysia kini berhadapan dengan risiko bahawa segala maklumat dan rahsia negara kini berada dalam risikan asing yang turut menyusup dalam pentadbiran Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin dalam laman web beliau.

Menurut Badrul, Bekas tentera Israel, Izhak David Naskar dipercayai bertanggungjawab membina sistem komunikasi yang bernilai RM42 juta untuk PDRM.

Izhak merupakan bekas tentera Zionis yang berkhidmat sebagai programmer Israel dan memegang pasport Israel bernomber 10902695. Beliau juga masih merupakan warganegera Israel.

"Paling membimbangkan ialah Izhak bukan sahaja merupakan tentera atau 'programmer' biasa, malah beliau adalah pakar sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel," jelas Badrul.

"Izhak juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987," dakwanya lagi.
SELANJUTNYA..

Umno Gadai Keselamatan Negara Kepada Zionis

Akar umbi Umno dikatakan semakin resah dengan pendedahan terbaru yang menunjukkan hubungan semakin “selesa’ antara kerajaan pimpinan Najib Razak dan rejim Israel.
Selain menggunakan khidmat syarkat perunding APCO Worldwide yang dimiliki oleh orang Yahudi, kerajaan Umno-Barisan Nasional kini dilaporkan mengguna khidmat seorang bekas pegawai tentera Israel untuk merombak sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia.

Pegawai berkenaan yang dipercayai menjalankan tugas itu menerusi syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang mendapat tender berkenaan yang bernilai RM42 juta.
Syarikat itu adalah milik penuh dari syarikat tunggalnya, Asiasoft Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura.

Dakwaan terbaru ini pasti menambah kecurigaan ahli Umno dan rakyat yang selama ini mahukan Malaysia kekal menolak sebarang hubungan diplomatik dan perniagaan dengan Israel atau syarikat-syarikat Yahudi.

Dasar itu sebagai menzahirkan sokongan dunia Islam terhadap penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel sekian lama.
SETERUSNYA..




Crazy Text Generator - MySpace Layouts

9:47 PTG

...MAKAN MENGIKUT JENIS DARAH...


Didapati tindakbalas jenis darah terhadap/kepada tekanan (stess) mempengaruhi fungsi hormon thyroid pada peringkat selular. Tahap atau amaun hormon ini sangat kritikal bagi mengawal tahap lemak dalam badan.

Struktur protein pengalihlektin, yg terdapat dalam makanan mempunyai tindakbalas spesifik dalam sel-sel,tisu-tisu dan sistem imun yg mana ianya bergantung kepada jenis darah.


Jenis A dan AB adalah dua kumpulan yang tahan dengan diet vegan: vegetarian.

Oleh yg demikian adalah disyorkan bagi sesiapa yg mempunyai darah:-

Jenis O :
mengambil lebih protein dari sumber haiwan
fokus dalam menangani dan menguruskan perasaan marah
mengambil bahagian dalam riadah berat

Untuk menggemukkan badan:-
Gluten gandum
Jagung manis
Kacang buah pinggang
kobis

untuk menguruskan badan:-

Kelp
makanan laut
Garam beriodin
Hati
Daging merah
bayam
brokoli



Jenis A :
mengambil makanan dari sumber sayur dan ulam
menumpukan menguruskan tekanan (stress)
melibatkan riadah ringan bagi menangani stress
rehat antara tugasan harian bagi mendapat tumpuan kerja/tugas.
Anda adalah seorang vegetarian, jadi hendaklah mengambil banyak kabohidrat dan kurangkan lemak. hendaklah sentiasa mengamalkan riadah ringan seperti bermain golf dan berdusun. Risiko kanser dan penyakit kardiovaskular sangat rendah jika anda pandai dalam menjaga nutrisi

Jenis B :
pelbagaikan diet
tumpukan kepada minda yang kreatif
melibatkan dalam meditasi bagi menangani stress
elakkan tindakbalas emosi berlebihan.

Jika anda adalah seorang yg kurus dan bercita-cita untuk menggemukkan badan anda disyorkan untuk memakan:-


Jagung
kacang tanah
biji lenga
gandum
buckwheat

Jika anda ingin menguruskan badan anda perlu memakan banyak:-

Sayur hijau
daging, telur
susu rendah lemak
hati


Jenis AB:
Makan sedikit tetapi lebih kerap
tumpukan dalam membaiki kecenderungan spiritual
riadah ringkas tetapi berulang-ulang dalam sehari bagi mendapatkan tenaga

nasihat saya:-
"JAGALAH KESIHATAN ANDA BAGI MENERUSKAN PERJUANGAN YG BELUM SELESAI"







Crazy Text Generator - MySpace Layouts

7:34 PG

...HARI INI DAN SEMALAM..

Tiada apa yg ingin dicoretkan dalam penulisan kali ni.. sekadar nak mengabadikan kenangan sepanjang 2 hari cuti hujung minggu..semalam berziarah mesra ke rumah mak angkat kepada sahabat satu rumah..beruntung dapat berkenal-kenalan dengan Cik Ain yg baik hati..satu pengalaman yg baik..

Kalau nak tahu saya ni memang suka berjalan2 n meronda- ronda..InsyaAllah meronda-ronda untuk kebaikan yakni mengeratkan tali persaudaraan..Dalam Islam sendiri menyuruh kita bersilaturrahim sesama manusia sebagaimana yg diterangkan dalam entri sebelum ini..

Namun, penulisan saya kali ini bukannya berkisar tentang silaturrahim, sebaliknya mengenai nikmat-nikmat yg Allah kurniakan..Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah yg masih lagi memberikan saya nikmat deria rasa dan penglihatan yg sempurna..kalau tidak, maka keenakan makanan2  dan pemandangan yg indah di sekitar KL sepertimana di bawah ini tidak dapat dinikmati dengan sebaiknya..





 
nilah pulut durian..lama dah x makan..terubat rindu masakan ma saya..huhu



ni pencuci mulut..memang sedap

pemandangan dari atas...



suasana malam yg amat indah
tempat kediaman Cik Ain berhampiran dengan masjid as-syaakirin dan KLCC


Dalam al-Quran ada menyebut:-


"Sekiranya kamu cuba nak menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tak akan mampu mengiranya..."
Surah an-Nahl 14:18.

Kalau kita renungkan kepada ayat tersebut, kita tidak mampu untuk menghitung segala apa yg dikurniakan oleh Allah kepada kita..terlalu banyak nikmat yg Allah berikan..segala2nya diberikan tanpa bayaran dan cagaran..subhanallah..Insaf..

"Wahai jin dan manusia, nikmat Tuhan manakah lagi yang kamu nak dustakan?"......
Ar-Rahman


Dan hari ini saya masih lagi diberi peluang tuk menikmati hidup di dunia ini..maka dapatlah saya berkunjung ke pesta buku...Alhamdulillah dengan rezeki yg Allah kurniakan dapatlah saya membeli 2 buah buku karangan Us Hasrizal..


pakej: 2 biji buku ni RM 40 kira ok la ni

sempat mendapatkan tandatangan dari Us Hasrizal



segala2nya adalah nikmat dari Allah...

P/S: saya bercadang tuk mengadakan satu bilik khusus sebagai perpustakaan mini di rumah..tp bukan sekarangla..nnti bila saya dah ada rumah sendiri..hehehe..


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

5:23 PG

...GAME ISLAMIK...



Arabic Alphabet Memory Game

Islamic crossword puzzle 1


Ramadan Wordsearch puzzle / game



Madina jigsaw puzzle 25 piece



Fix The Letter - Arabic Alphabet Puzzle


Islamic Word Scramble Game



Kreatif...bagi sesiapa yg mempunyai adik/ anak saudara/ anak sendiri mungkin bolehlah syorkan kepada mereka permainan ini..ianya sedikit sebanyak boleh membantu dari sudut proses berfikir...orang dewasa pun boleh jugak main sebagai pengisian dikala kebosanan......



~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

10:08 PG

...PABILA NIKZA KENA 'PRESENT'...

gambar sekadar hiasan..

pabila nikza kena present..
sehari sebelum tu mulalah jadi x keruan..
seminggu sebelum tu mulalah hati terasa risau..
malam sebelum present mulalah x dapat tidur lena..
bimbang tahap tertinggi..
hati berdebar2 x usah cakap la...

tp..
makan masih lagi berselera..
mandi masih lagi basah..
solat cukup 5 waktu..kewajipan tu mana boleh tinggal..
sentiasa berdoa mohon pertolongan Allah..ingat Allahlah tempat pergantungan..

esok kena present tuk Plant biotechnology...esok mulalah lidah saya ni terbelit-belit nak bercakap dalam bahasa inggeris..saya x pandai cakap BI...ini betul2 bukan main2...huhuhu..



 
~http://zahrahdetigris.blogspot.com~


2:43 PG

...JOM BERDISKUSI...




Jom beramai2 kita ke surau akademi pengajian islam..
Diskusi yang akan disampaikan oleh Us Khairul Naim bin Che Nordin tutor Jabatan aqidah dan pemikiran Islam..



~http://zahrahdetigris.blogspot.com~



1:30 PG

...KEBERKATAN...

Seringkali kita mengejar perkara dunia, namun sejauh mana kita memikirkan akan keberkatan terhadap apa yg kita kejari..Seringkali kita lakukan sesuatu pada masa sekarang tanpa memikirkan kesannya pada masa akan datang..Tidak salah mengejar perkara dunia, tetapi kita perlu mengambil berat terhadap cara kita dalam mendapatkan perkara2 dunia tidak kira harta kekayaan, pangkat, kejayaan dalam pelajaran hatta dalam melakukan ibadah sekalipun..

Dalam arus perkembangan dunia yg semakin pesat, kita boleh lihat berapa ramai graduan yg masih lagi mengganggur dan masih lagi dalam fasa2 mencari kerja sedangkan mereka ini  adalah golongan yg 'first class' dalam pencapaian akademiknya, seringkali mendapat pointer 3.5 ke atas..Namun pernahkah kita memikirkan kenapa n mengapa berlakunya sedemikian???

Apa yg selalu diperkatakan oleh kebanyakan orang adalah disebabkan terlalu kuatnya persaingan di antara graduan2..zaman telah pun berubah..remaja2 zaman sekarang adalah merupakan cerdik pandai dan amat mementingkan pendidikan bagi mendapatkan kerja yg bagus dan pangkat yg tinggi..

Disebabkan terlalu obses terhadap kecemerlangan dunia ini bagi mendapatkan kerjaya yg diingini sehinggakan ada di kalangan mahasiswa sanggup melakukan apa sahaja.. Sebagai contoh ada di kalangan mereka ini sanggup meniru semasa proses peperiksaan ataupun ujian sedang dijalankan..Memang perkara ini terlalu kecil pada pengamatan kasar kita, namun ianya adalah masalah besar yang perlu kita renungi..SOAL KEBERKATAN..

Sepertimana yang saya jelaskan tadi, memang perkara itu kita lakukan untuk kesenangan pada masa sekarang tetapi kesannya pada masa akan datang.

Kadang-kadang orang yang bukan dari golongan yang 'first class' dalam akademiknya mendapat kerja yang lebih cepat dari golongan yang 'first class' itu tadi..  

Kadang2 orang yg kurang cemerlang dalam akademiknya mendapat kerja yg lebih baik dari golongan yg cemerlang dalam akademiknya..

Dan kadang2 orang yg kurang berjaya dalam hidup lebih banyak rezekinya berbanding orang yang berjaya mendapatkan Ph D...

Sudahkah kita sedar mengapa perkara ini berlaku????
Anda fikirlah sendiri...

Saya tidak bermaksud kita tidak perlu mendapatkan kejayaan dengan cemerlang...tidak sama sekali!!! Apapun kita perlu sentiasa berusaha n terus berusaha..Tapi kita perlu sentiasa beringat dalam melakukan sesuatu..

P/S: saya sedih melihat ada di kalangan mahasiswa yg sama kelas dengan saya yg sanggup meniru untuk mendapatkan markah yg tinggi..moga2 saya dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara seperti itu..Alhamdulillah saya telah diterima untuk menjalani Latihan Indstri di hospital UKM walaupun pointer saya taklah tinggi sangat berbanding sahabat2 yg lain..Kuasa Allah mengatasi segalanya..Moga2 saya mendapat keberkatan itu..amiiiiiin...


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

12:13 PG

...IKLAN...

EKSPO HALAL 2010


TARIKH : 13 – 14 Mac 2010 (Sabtu- Ahad)
TEMPAT : Dewan Kuliah 1, Fakulti Perniagaan &
Perakaunan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
ANJURAN : Persatuan Mahasiswa Islam Universiti
Malaya (PMIUM)

"PRODUK HALAL PILIHAN TERBAIK"


KONGRES GERAKAN MAHASISWA NASIONAL



TARIKH: 20 Mac 2010
TEMPAT: Kuala Lumpur Selangor Assembly Hall (KLSCAH)
ANJURAN: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

"MENJANA GERAKAN BARU MAHASISWA"


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

10:57 PG

...BERAKHIRNYA PENCARIAN...

Sudah lama saya berada dalam fasa2 pencarian..dan akhirnya ianya telah tamat..Alhamdulillah dapat juga saya memilikinya..


Bukan senang tuk dapatkannya..dah banyak tempat dan kedai yg telah saya kunjungi namun tidak juga saya temui sehinggalah sekarang ini..


Aduuuuhhhh!!! Susah juga bila dah jatuh cinta ni ye..Entah sejak bila pula saya mula mencintai buku ..Kalau dulu bukan main malas nak baca buku..beli bukunya banyak, tp sekadar jadi perhiasan sahaja di atas rak..tapi sekarang pantang tengok buku aje terus nak beli n baca..


Sekarang baru saya mengerti mengapa orang boleh angau bila terkena  penangan  cinta di antara lelaki dgn perempuan...Mungkin lebih hebat dari cinta saya terhadap buku.. betul ke andaian saya ni??? entahlah saya pun tak pernah pulak bercinta dan berada dalam situasi itu ..itu sekadar andaian saya, mungkin betul dan mungkin tidak..tp kalau tengok kepada realiti, perkara  itu yg sering berlaku..Bila dah terkena susah nak hapuskannya..


ubat terbaik adalah KAHWIN!!!! habis cerita!!!!


SEDIKIT INFO MENGENAI BUKU INI...



Tajuk : Untukmu Umat
Terbitan : Karya Bestari Sdn Bhd
Penulis : Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Halaman : 304
ISBN : 978-967-86-0331-7
Kategori : Islam / Amalan & Panduan
Harga : RM 11.00
Berat : 290 g


P/S:  x sabar rasanya nak pergi pesta buku Antarabangsa Kuala Lumpur yg akan berlangsung  xlama lagi..xdapat beli banyak buku, tengok2 saje pun jadilah..huhu





~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

4:05 PG

...ZAHIRKAN SENYUMANMU...

Senyum seindah suria

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
senyum umpama titian dalam kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum
senyum…kepada semua
senyumanmu amat la berharga
senyum…membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah
ikatan….
Hati saya sering berbunga-bunga saat mendengar lagu ini didendangkan di corong-corong radio..Masakan tidak, lirik lagu ini benar2 menambat hati saya..Lagu yg sering membuatkan saya tersenyum..Kadang2 membuatkan saya tersenyum seorang diri seperti orang tengah angau..hehehe


Kalau dulu, setiap kali mengikuti program motivasi, motivator selalu mengingatkan supaya bangkit sahaja dari tidur, lihat cermin sambil tersenyum..dengan ini kita akan sentiasa ceria sepanjang hari..Itu berdasarkan kepada pengkajian dan pengamalan barat yg percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup bahkan memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. .
bukan susah untuk senyum

Dari sudut SAINS, para saintis mendapati senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Selain itu, senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Menurut ilmu medik, hormon ini memiliki khasiat yang boleh mengurangi rasa sakit secara fizik dan secara psikis. Begitu pula, otot yang berkontraksi ketika kita tersenyum jauh lebih sedikit daripada otot yang berkontraksi kita marah. Jadi elakkan marah, nanti cepat tua pula..


Bukan itu sahaja, kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik  dan yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan berlakunya sakit jantung.

comel dop?? kalau manusia senyum lagi comel.....


Senyum yang dianjurkan Nabi adalah senyum yang tulus dan ikhlas. Ketulusan dan ikhlas itu penting kerana di situlah nilai pahala itu tersimpan. Senyum yang tulus hukumnya sunnah namun jika senyum itu diungkapkan secara terpaksa, maka  nilainya adalah tidak sama sepertimana senyuman yg tulus dan ikhlas.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu sebagai satu sedekah dan mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Satu senyuman tidak memerlukan modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan yg lain dan mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah ataupun mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu"
(HR. Iman Ahmad)



Satu lagi fakta yg tidak boleh di sangkal lagi iaitu senyum boleh membuatkan kita awet muda..Jadi, senyumlah sokmo...tapi jangan tersalah senyum kepada orang yg bukan sepatutnya pula...hehehe

10:36 PG

...SEDU...


Pernahkah anda mengalami masalah seperti gambar di atas??? Tersedu dengan tiba2 tanpa henti???

Di sini saya sediakan sedikit info mengenai masalah ini hasil dari pembelajaran dalam kelas Fisiologi pagi tadi..

'Hiccups' atau dalam bahasa Melayunya adalah 'sedu' merupakan satu pergerakan tidak sengaja (kekejangan) pada diafragma di mana kekejangan itu diikuti oleh penutupan pitasuara yg akan mengeluarkan satu bunyi yg tersendiri

penyebab boleh berlakunya sedu:-
  • wasap beracun / asap yg berbahaya  
  • makanan / cecair panas dan pedas 
  • sebarang penyakit / gangguan saraf yg mengawal diafragma (cth radang paru-paru)  
  • stroke / ketumbuhan yang mempengaruhi pusat sedu di otak
  • pembedahan perut



cadangan penjagaan:-
  • menahan nafas
  • bernafas secara berulang-ulang ke dalam beg kertas
  • minum segelas air sejuk
  • makan sesudu gula