Dalam arus perkembangan dunia yg semakin pesat, kita boleh lihat berapa ramai graduan yg masih lagi mengganggur dan masih lagi dalam fasa2 mencari kerja sedangkan mereka ini adalah golongan yg 'first class' dalam pencapaian akademiknya, seringkali mendapat pointer 3.5 ke atas..Namun pernahkah kita memikirkan kenapa n mengapa berlakunya sedemikian???
Apa yg selalu diperkatakan oleh kebanyakan orang adalah disebabkan terlalu kuatnya persaingan di antara graduan2..zaman telah pun berubah..remaja2 zaman sekarang adalah merupakan cerdik pandai dan amat mementingkan pendidikan bagi mendapatkan kerja yg bagus dan pangkat yg tinggi..
Disebabkan terlalu obses terhadap kecemerlangan dunia ini bagi mendapatkan kerjaya yg diingini sehinggakan ada di kalangan mahasiswa sanggup melakukan apa sahaja.. Sebagai contoh ada di kalangan mereka ini sanggup meniru semasa proses peperiksaan ataupun ujian sedang dijalankan..Memang perkara ini terlalu kecil pada pengamatan kasar kita, namun ianya adalah masalah besar yang perlu kita renungi..SOAL KEBERKATAN..
Sepertimana yang saya jelaskan tadi, memang perkara itu kita lakukan untuk kesenangan pada masa sekarang tetapi kesannya pada masa akan datang.
Kadang-kadang orang yang bukan dari golongan yang 'first class' dalam akademiknya mendapat kerja yang lebih cepat dari golongan yang 'first class' itu tadi..
Kadang2 orang yg kurang cemerlang dalam akademiknya mendapat kerja yg lebih baik dari golongan yg cemerlang dalam akademiknya..
Dan kadang2 orang yg kurang berjaya dalam hidup lebih banyak rezekinya berbanding orang yang berjaya mendapatkan Ph D...
Sudahkah kita sedar mengapa perkara ini berlaku????
Anda fikirlah sendiri...
Saya tidak bermaksud kita tidak perlu mendapatkan kejayaan dengan cemerlang...tidak sama sekali!!! Apapun kita perlu sentiasa berusaha n terus berusaha..Tapi kita perlu sentiasa beringat dalam melakukan sesuatu..
P/S: saya sedih melihat ada di kalangan mahasiswa yg sama kelas dengan saya yg sanggup meniru untuk mendapatkan markah yg tinggi..moga2 saya dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara seperti itu..Alhamdulillah saya telah diterima untuk menjalani Latihan Indstri di hospital UKM walaupun pointer saya taklah tinggi sangat berbanding sahabat2 yg lain..Kuasa Allah mengatasi segalanya..Moga2 saya mendapat keberkatan itu..amiiiiiin...
~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
0 ulasan:
Catat Ulasan