6:11 PG

...TAZKIRAH RINGKAS...




Bismillah walhamdulillah...

Suatu hari, berkata Abu Dzar kepada Rasulullah :
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintai 3 perkara..

Rasulullah bertanya:
Apakah 3 perkara itu, wahai Abu Dzar?

Maka Abu Dzar menjawab:
  1. Lapar
  2. Sakit
  3. Mati
Rasulullah bertanya lagi:
Mengapa demikian??

Jawab Abu Dzar:
1-Saya cintakan lapar, kerana dengan lapar dapat menjernihkan hati.
2-Saya cintakan sakit kerana dapat mengurangkan dosa saya.
3-Saya cintakan mati kerana melalui mati saya dapat menemui Allah SWT.


Perjalanan cerita yang sangat ringkas, namun ianya sangat berkesan untuk menghidupkan hati-hati kita yang ketandusan pengisian rohani..

Semoga beroleh manfaat~~


wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

1:48 PG

MASA:CEPAT ATAU LAMBAT??





Bismillah walhamdulillah..

Tinggal hanya 2 bulan sahaja lagi akan meninggalkan tahun 2011..2012 pula bakal menyusul..Allah...terasa masa itu begitu pantas berlalu pergi...

Sesungguhnya, kita telah berada dlm kesuntukan masa..Masa untuk kita membuat amal itu semakin singkat..Malah, masa untuk kita kembali kpd Allah pula semakin menghampiri...

Allahurobbi...


اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس
Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling  sempurna akalnya. 
الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله  
Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan  bercita-cita untuk mendapat  keredaan  Allah tanpa beramal


Mengingati mati adalah motivasi paling berkesan untuk kita sentiasa istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan amal-amal soleh sebagai bekal di akhirat kelak...
Pada ketika itu tiada apa yang mampu membantu kita melainkan segala amal soleh yang kita lakukan di dunia...


Sama-samalah kita muhasabah diri...




wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com


6:53 PG

...PERJALANAN HIDUP...



Bismillah walhamdulillah...

Di saat sedih melanda diri, perjalanan hidup itu dirasakan amat payah dan perit untuk di lalui..Berat untuk melangkah..Seolah-olah merasakan ingin memutarkan masa meninggalkan segala keperitan yang dilalui..Namun apakan daya, kita hanyalah manusia ciptaanNya yang banyak kelemahan berbanding DIA yang MAHA kuasa atas segala sesuatu..
.
Dan seharusnya kita ingat:-

Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan..

Tetapi, apa yang tidak diduga selalunya berlaku dengan tiba-tiba..

Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam..

Tetapi, usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selam-lamanya..

Maka,

Teruskan perjalanan walaupun banyak rintangan kerana DIA sentiasa bersama orang yang beriman..

Dan bersyukurlah kita kerana dengan kesedihan yang dialami itulah membuatkan kita kembali kepada Allah..

Semoga kesedihan itu akan berlalu pergi...

Dan insyaAllah sang pelangi itu akan muncul selepas gerimis..




wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

6:42 PG

...WAKTU BERBAKI...



Bismillah walhamdulillah...

Ramadhan kali ini dirasakan begitu pantas berlalu..Namun, dalam waktu yg  berbaki ini, kita masih berpeluang untuk mengumpul pahala yg berganda-ganda..


Mengamalkan sunnah ini juga boleh mendatangkan pahala yg tidak terkira..

Apa yang penting, dalam waktu yg berbaki ini, hendaklah kita tanamkan azam untuk terus istiqamah dalam melaksanakan ibadah-ibadah sunat dan berqiyamullail..

Mudah-mudahan malam Lailatulqadar yang dicari akan ditemui..insyaAllah..


Lailatulqadar...Let's search for it!!!!

wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

6:59 PG

...HADIAH BERHARGA BUAT IBU...


Bismillah walhamdulillah..

Lagu ini mampu membuatkan saya menangis..

Sungguh besar pengorbanan seorang ibu..

Seseorang anak itu tidak mampu membalas jasa seorang ibu..

Lantas saya terfikir, apakah yang harus kita lakukan untuk memberikan yang terbaik buat ibu kita??

Saya berfikir dan terus berfikir..

Akhirnya saya menemui satu jawapan..Jawapan yang saya fikir cukup akan membuatkan ibu kita bergembira dengannya...Menjadi seorang anak yang mampu memberikan keuntungan kepadanya di akhirat kelak..

“Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya“.
[Hadis Riwayat Imam Muslim]

Allahuakbar..semoga kita semua mampu memberikan tiket ke syurga buat ibu kita..itulah sebaik-baik balasan..

semoga diri ini mampu menjadi anak yang solehah


wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

10:29 PG

...INSAN BERJAYA ADALAH INSAN YANG SENTIASA MEMINTA...


Bismillah walhamdulillah...

Seseorang yang berjaya itu adalah insan yang sentiasa meminta..

Anda percaya dengan 'statement' ini?

Ya..Kita berjaya dalam peperiksaan adalah hasil dari kita meminta..

Kita memperoleh pekerjaan yang baik juga hasil dari meminta..

Malah kebahagiaan hidup yang kita kecapi ini juga hasil dari permintaan yang kita buat..

Tanpa rahmat dan kasih sayangNYA kita mungkin tidak mampu untuk mengecapi kehidupan di dunia ini..

Kerana...kita hanyalah insan yang lemah!! Terlalu lemah!!!

Tidak mampu untuk mencipta kejayaan dengan sendirinya..Apa yang mampu adalah hanya dengan berusaha..


Allah menjadikan DOA sebagai penghubung antara kita dan DIA..

Allah juga menjadikan DOA itu sebagai perantara untuk kita merayu dan meminta pertolongan..

Jadi, tidak hairanlah kalau kita katakan seseorang yg berjaya itu adalah insan yang sentiasa meminta..

Itulah dia insan yang mengaku akan kelemahan diri sendiri dan hanya bergantung harap kepada Tuhannya semata-mata..

Jadi, jangan malu untuk meminta..Memintalah selagi kita mampu untuk meminta..Jangan pula kita menjadi orang yang ingkar kerana terlalu sombong untuk meminta...

Kerana, dengan meminta itu kita pasti akan berjaya...

Kalaupun tidak berjaya di dunia, mungkin akan berjaya di akhirat..

Itulah sebaik-baik kejayaan...


wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

6:14 PG

...EMPAT PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIRAIH KEMBALI...




Bismillah walhamdulillah..

Ada empat perkara yg tidak dapat diraih kembali:-

  1. Batu....setelah ianya dilempar!
  2. Kata-kata....setelah ianya diucapkan!
  3. Kesempatan...setelah ianya berlalu pergi!
  4. Waktu...setelah ianya beranjak pergi!
Renung-renungkan bersama..

wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com