6:42 PG

...HATI YG TERGANGGU...

Bismillah walhamdulillah...

Seringkali tibanya waktu peperiksaan, hati seringkali terganggu..ada sahaja perkara-perkara yg bertandang untuk difikirkan..Kadang-kadang terasa letih menghadapi ujian yg Engkau berikan kepadaku ya Allah...perit!!!..Namun diri ini sedar, itulah yg akan menjadi kemanisan dalam beriman..Ya Allah ampuni dosa hambaMu..

Saat diri ini dalam kegelisahan, maka tidak lain dan tidak bukan diriMu yg akan dicari..Merintih, merayu hanya kepadaMU sahaja yg layak...kembara diri ini mencari ketenangan..

Sekadar perkongsian bersama, jom hayati..










~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

4:28 PG

..JOM UBAH DUNIA..

Bismillah walhamdulillah


Tabiat Mengubah Dunia

Objektif:
Menjana kreativiti peserta dalam mempelbagaikan cara berbuat kebaikan.

Material:
-tiada-

Perlaksanaan:
Fasilitator bertanya,” Pernahkah anda mendengar tentang dua tabiat yang jika dibuat akan mengubah dunia?”

Minta respons peserta.

Fasilitator menambah, “Antara dua tabiat yang mengubah dunia ialah apabila anda melihat pili air menitiskan air, maka anda menutupnya. Jika anda melihat elektrik yang tidak digunakan, maka anda menutupnya. Kita tidak akan berbincang mengenai tabiat ini. Tetapi anda diberikan satu amanah. Setiap kali anda melihat air menitik dari pili atau elektrik yang tidak digunakan, maka anda perlu lakukan sesuatu.”

Peserta diberi masa seminggu untuk melakukan apa yang diamanahkan kepada mereka.
Selepas seminggu minta pendapat peserta.

Perbincangan:
Adakah anda rasa 2 tabiat yang mula anda lakukan ini akan mengubah dunia?
Jika semua orang di dunia mempunyai sikap seperti ini apa yang akan terjadi pada dunia?

Kesimpulan:
Kadang-kadang kita merasakan menutup pili air itu adalah satu perkara yg kecil sahaja..Namun tanpa kita sedari perkara itu sebenarnya boleh memberi kesan kepada dunia..Begitu juga kebaikan yg kita lakukan...Kita perlu ingat setiap perkara kebaikan dan keburukan itu akan dinilai oleh Allah kelak..Ianya menjadi penentu antara SYURGA dan NERAKA..

Firman Allah:-

(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿99:7

(وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ﴿99:8


7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
(surah al zalzalah ayat 7-8)





8:56 PG

...KITA SOMBONG...

Bismillah walhamdulillah

Ilmu agama merupakan satu aset kepada kita dalam memandu ke jalan yg lurus..Bukan bermakna ilmu yg lain itu tidak penting, penting..sangat-sangat penting..Namun sejauh mana usaha kita dalam mendapatkan ilmu agama itu yg perlu dititik beratkan..

Cuba kita selami situasi hari ini..Orang yg berlajar agama kurang berminat dengan ilmu agama..kita tengok berapa ramai siswa/ siswi Akademi Pengajian Islam (API) yg berminat menghadiri kuliah ilmu, ceramah, diskusi ilmiah yg di anjurkan mana-mana persatuan sekalipun..Kita merasakan ilmu kita sudah cukup di dalam kuliah2, kelas2 dan tutorial harian yg kita hadiri setiap hari..

Hari ini kita dapat menyaksikan siswa / siswi dari fakulti-fakulti lain yg lebih berminat dgn ceramah2, diskusi ilmiah..Mereka merasakan ketandusan ilmu agama..mereka merasakan dahaga ilmu agama..tidak hairanlah jika kita melihat situasi hari ini kebanyakan ceramah2, diskusi ilmiah, kuliah ilmu, tazkirah yg diadakan  adalah dihadiri oleh siswa/ siswi dari fakulti2 lain..

Tidakkah  kita sedar akan perkara ini???

Usrah..Tidak ramai di kalangan siswa /siswi API yg berminat untuk join..adakah kita merasakan apa yg dibincangkan dalam usrah itu adalah perkara basic yg sudah pun diketahui?? Ya saya tidak menafikan perkara itu..Kadang-kadang apa yg dibincangkan adalah perkara yg dipelajari dalam kuliah..Tapi kita adalah manusia..manusia yg seringkali lupa..Dengan usrahlah yg dapat mengingatkan kita..dengan usrahlah kita akan dilatih untuk menjadi seorang daie..Bukan mendapat ilmu semata-mata untuk diri sendiri...Tapi ilmu itu perlu dikongsi bersama..

Jadi, tidak hairanlah jika kita habis belajar nanti kita tidak mampu untuk berdakwah kepada masyarakat luar..bagaimana mungkin kita mampu melakukan demikian jika di peringkat universiti pun kita tidak dilatih...Kita perlu sedar bahawa universiti sebagai tempat latihan kita sebelum menuju kepada realiti..

Maka kutiplah seberapa banyak ilmu selagi masih diberi peluang!!!!

P/S: Ni sekadar muhasabah untuk diri saya sendiri selaku seorang mahasiswi Akademi Pengajian Islam...



~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

11:11 PG

...GODAAN, SUSAHNYA NAK LAWAN..

Bismillah walhamdulillah..

4:17 PG

...AGM..

Bismillah walhamdulillah

Alhamdulillah...setelah setahun berlalu, semalam telahpun menjadi sejarah  peralihan sesi kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dalam Annual Grand Meeting PMIUM '10(AGM PMIUM'10) atau dalam bahasa melayunya Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM '10..setahun juga PMIUM berada di bawah kepimpinan saudara Syazni Munir Mohd Ithnin selaku Presiden PMIUM sesi 09/10 yg bertemakan " Unggul Memimpin Generasi"..

Setiap sesi kepimpinan mempunyai cerita yg tersendiri..Dalam waktu setahun itu, telah banyak perkara yg berlaku..ditekan, ditekan dan ditekan..senantiasa ada sahaja pihak yg tidak akan senang dengan PMIUM..saya kira PMIUM merupakan persatuan yg paling menonjol dan paling diberi perhatian oleh kebanyakan pihak di UM tidak kira pihak HEP, pihak polis, pelajar sendiri dan tidak kurang juga pemimpin-pemimpin negara..Mana tidaknya saban tahun, PMIUM akan melahirkan pemimpin yg mampu menggegarkan Malaysia...

MANTAN PRESIDEN PMIUM

Bagi saya ada sesuatu perkara yg perlu dijadikan iktibar oleh sahabat2 dari apa yg berlaku sepnjang sesi kepimpinan Syazni Munir..

Mohd Syazni Munir merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pengajian Islam pengkhususan Bioteknologi yg seringkali dilihat sebagai seorang aktivis mahasiswa yg sentiasa lantang bersuara sehinggakan mampu menggugat ketenangan pemimpin negara..beliau begitu berani dalam menyuarakan ketidakadilan yg dilakukan oleh pemimpin2 negara..Sehinggakan berlakunya kes Rosmah yg membawa kepada kes polis..Beliau bersama-sama sahabat2 yg lain dihadapkan ke mahkamah dan sehingga sekarang peguam masih lagi tidak berjaya membuktikan beliau dan yg lain2 bersalah..

Allahuakbar, saya tidak dapat nak membayangkan betapa peritnya mereka ketika melalui saat itu..Alhamdulillah sehingga sekarang, mereka yg terlibat dengan kes Rosmah itu masih lagi berjaya meneruskan pengajian di UM walaupun ada ura-ura mengatakan beliau dan sahabat2 yg lain akan dibuang universiti..kuasa Allah mengatasi segalanya..

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong (agama) Allah, maka Dia akan menolong kamu serta meneguhkan kedudukanmu."

(Surah Muhammad : 7)

Sehingga kini PMIUM masih lagi mampu bertapak di bumi UM walaupun sentiasa diugut oleh pihak pentadbiran universiti untuk membubarkannya..Namun itu hanyalah sekadar ugutan..sekiranya PMIUM dibubarkan sekalipun, darah perjuangan masih lagi mengalir dalam salur darah mahasiswa yg cintakan UM untuk terus menegakkan kebenaran..

ALLAHUAKBAR!!!!!


Disini UCAPAN DASAR PRESIDEN

1:05 PG

...HATI KERING...

Bismillah walhamdulillah

Ahli gerakan Islam perlulah berhati kering!!! Itulah ungkapan yg sering didengari di kalangan ahli gerakan..Dan boleh dikatakan ungkapan itulah yg sering didoktrinkan kepada ahli2 selaku yg bergelar penggerak kepada perjuangan Islam..

Mungkin ada di kalangan sahabat2 yg tidak bersetuju dan mungkin ada yg bersetuju..Namun bagi saya selagimana ianya memberi kesan yg baik maka itulah yg terbaik..Cuba kita pandang dari sudut yg positif, sifat berhati kering ini perlu ada pada ahli gerakan agar segala gerak kerja Islam berjalan dengan baik agar tidak terganggu dek perasaan2 kecil hati, sakit hati, tidak berpuas hati, terasa hati, sensitif dan sebagainya...

Sifat berhati kering ini boleh dikatakan seolah2 seseorang itu tidak berperasaan sehinggakan walau ditohmah, dicaci, dikeji, dikata dan dihina oleh orang2 yg tidak sukakan kepada gerak kerja Islam pun masih tetap istiqamah dalam perjuangan..sedikit pun tidak merancang untuk futur..itu dari sudut ahli gerakan dengan orang yg sentiasa menentang Islam..

Bagaimana pula ahli gerakan sesama ahli gerakan???

Ya, itu lagi penting..Kita perlu ingat,  dengan hati, ahli gerakan boleh kecundang..Disebabkan tidak berpuas hati dgn seseorang dlm bergerak kerja membawa kpd bermasam muka yg berpanjangan sesama ahli..dengan rasa yg tidak berpuas hati sesama ahli boleh menyebabkan masing2 membawa haluan sendiri..tidak mahu lagi terlibat dengan jemaah..

Saya tidak nafikan perkara itu akan berlaku sesama ahli..Kadang-kadang perasaan tidak puas hati itu memang akan wujud..muslimin tidak berpuas hati dengan muslimat, muslimat tidak berpuas hati dengan muslimin, ahli tidak berpuas hati dengan pimpinan..tapi sejauh mana kita mengawal ketidakpuasan hati,  itu yang penting...

Jika ketidakpuasan hati kita itu adalah disebabkan perkara kecil, maka haruslah dielakkan..Tidak perlu diperbesar-besarkan..Jika ketidakpuasan itu adalah disebabkan perkara-perkara yg boleh memberi kesan kepada gerak kerja, cuba berbincang..bukannya masing2 membuat haluan dan kepala sendiri..
 itu lagi baik..

Tapi harus diingat, bila dinamakan hati maka ianya masih lagi berperasaan..Jadi seharusnya kita sentiasa menjaga hati dan perasaan sesama kita..mungkin sekali kita melukakan hati sahabat seperjuangan masih lagi boleh dimaafkan..tp jika banyak2 kali, tidakkah hati seseorang itu boleh terluka???

9:20 PTG

...MISI MENCARI JEJAK...

Bismillah walhamdulillah


Sedang asyik saya mengunjungi blog sahabat2, tercetus idea untuk menjejaki blog sahabat2 sekolah lama terutamanya sahabat2 IMTIAZ..rupanya ramai juga sahabat2 exSIM yg mempunyai blog..teringin untuk mengetahui perkembangan semasa mereka...almaklumlah sejak keluar dari IMTIAZ, saya tidak berkesempatan untuk menghadiri program2 yg telah dianjurkan oleh (ex-student IMTIAZ)  eXSIM..jadi melalui bloglah saya dapat mengetahui perkembangan mereka...bukan itu sahaja mungkin melalui blog juga saya boleh mengutip mutiara2 ilmu dari sahabat2..

Pada pandangan saya, ramai di kalangan sahabat2 IMTIAZ yg menjadi semakin hebat..hebat dari segi kepimpinan, hebat dari segi keilmuan dan hebat dalam pelbagai bidang..tapi saya tidaklah..apa2 pun saya doakan sahabat2 sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t..

Mungkin ada di kalangan sahabat2 yg tidak mengenali diri ini dan tidak perlu pun untuk mengenali barangkali...Namun, apa yg saya harapkan, sahabat2 semua sudi mengizinkan saya untuk link blog sahabat2 supaya senang untuk saya mengikuti blog dan perkembangan kalian...

Akhir kata semoga kalian sentiasa sukses dalam  apa jua bidang yg diceburi...

p/s: mungkin misi ini mengambil masa yg lama kerana saya terpaksa menjelajah jauh untuk menemui jejak sahabat2...



Crazy Text Generator - MySpace Layouts

9:58 PG

...KERANA BAJU KURUNG...

Bismillah walhamdulillah..

"...Hari tu saya nampak dia pakai baju kurung....x pernah2 dia pakai baju kurung..dah nak jadi baik dah ke?..."

Kata seorang perempuan kepada sahabatnya..Saya yg berada di sebelah mereka sempat memasang telinga seluas2nya...mencuri dengar titik percakapan yg mereka bualkan.. pada pengamatan saya mereka ini seolah2 kehairanan dan terasa pelik apabila melihat sahabat mereka mula berjinak-jinak untuk memakai baju kurung..bukan diberikan motivasi kepada riak2 perubahan sahabatnya itu, malah disindirnya pula...

persoalannya :-

pelik ke bila seseorang itu memakai baju kurung?????
pelik ke bila seseorang itu menutup aurat????
pelik ke bila seseorang itu menjaga akhlaknya?????
pelik ke bila seseorang itu menurut perintah Tuhannya???
pelik ke??????

Sabda Rasulullah s.a.w:-
“Islam datang dalam keadaan dagang dan berakhir dalam keadaan dagang“.
(Hadis sahih).

apa yg lebih menghairankan saya:-
orang yg tidak menutup aurat sepenuhnya tidak pula dirasakan pelik..

itu, lagi pelik pada pandangan saya..



Crazy Text Generator - MySpace Layouts