3:38 PTG

...DR. FISH...


Bismillah walhamdulillah
Ikan Garra Rufa adalah spesies ikan yg berasal dari Turki yg mana sejak dari Dinasti Omman, masyarakat daerah Kangaal (suatu daerah di Turki) memiliki kebiasaan unik dengan melakukan rendaman seluruh / sebagian badan mereka di dalam kolam berisi Ikan Garra Rufa ini. Ikan Garra Rufa berfungsi memakan sel kulit mati dalam tubuh manusia dimana ianya sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh.



Ikan yang terkenal dengan gelaran Dr. Fish ini mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema dan juga di katakan dapat menghilangkan stress dan tekanan.


Selain dipercayai boleh membersihkan sel-sel kulit mati dari kaki dan tangan, ikan ini juga boleh melancarkan aliran darah melalui gigitannya yang dirasakan seperti dipijat reflexi.


Selain itu, gigitan ikan kecil ini juga boleh melancarkan peredaran darah dengan mentimulus titik-titik akupuntur di telapak kaki. Sesiapa sahaja yang melakukan rawatan ikan ini juga mampu melepaskan kelelahan dan merasa lebih rileks.


INFO
Manfaat Ikan Garra Rufa / Doctor Fish:
1. Memakan sel kulit mati/kering
2. Melancarkan peredaran darah dalam tubuh
3. Terapi alam untuk lebih merangsang pertumbuhan sel kulit manusia
4. Mengubati penyakit dengan melakukan terapi Doctor Fish secara teratur
5. Menghilangkan penyakit kulit
6. Menghaluskan kulit sehingga lebih mulus

2 ulasan:

na-bi-lah berkata...

berapa ringgit satu session huhu..nak wat..ada eczema ni

nikza berkata...

alamak x tau plak bell..sng2 awak bela je ikan ni kt umah, tiap2 hari awk leh wat treatment..hehehe