Bismillah walhamdulillah..
Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujurlah waktu subuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.
"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci pada orang yang solat? "
" Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh, "
Kehairanan Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya lagi..
" Kenapa? "
Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
" Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yg lain yg lebih serius, " kata syaitan.
Tambah syaitan itu lg,
" Kau akan bersedekah, kau akan membantu org lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yg sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah dan kerja kami akan bertambah susah. Kerja kami juga akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti, "
Dipetik dari: solusi
~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com
0 ulasan:
Catat Ulasan