Bismillah walhamdulillah...
Pernahkah anda terfikir, dgn bunga ini mampu merawat pelbagai penyakit??
Catharanthus roseus @ Madagascar periwinkle @ dikenali juga sbg Vinca rosea merupakan tanaman yg digunakan sebagai herba ubat ataupun dijadikan sbg hiasan. Kalau mengikut perubatan tradisional China, pokok ini digunakan untuk merawat pelbagai penyakit antaranya:-
1- Diabetes
2-Malaria
3-Hodgkin's disease (sejenis kanser yg disebabkan oleh sel darah putih iaitu limfosit)
4-Leukemia
5-dll
Pada tahun 1950-an, para saintis mendapati bahawa pokok ini menghasilkan beberapa alkaloid yang mana ianya digunakan dalam rawatan beberapa jenis kanser. Dan sehingga sekarang, banyak kajian yg dijalankan oleh para sainstis mengenai pokok ini termasuklah apa yg sedang sy lakukan sekarang ini...mengkaji tentang Madagascar periwinkle sebagai kajian tesis tahun akhir...Kaedahnya dengan menggunakan kultur tissue..
Pelbagai jenis warna
Dr Arthur J. Alison (kini Abdullah Alison) memeluk Islam setelah menyedari tentang hakikat saintifik yg ada pada Islam..
Mr Jacues Yves Cousteau pula memeluk Islam setelah menemui keajaiban mengenai terdapatnya kesan-kesan air tawar dari mata air yang berada di dalam air laut masin...Beliau begitu takjub dengan penemuan tersebut apabila mendapati air tawar tidak bercampur dengan air laut masin...
Prof Tajasen memeluk Islam setelah berjaya menemui beberapa kebenaran yg terdapat dalam al-Quran mengenai kajiannya tentang embriologi...Dan banyak lagi tokoh2 barat yg lain yg telahpun memeluk Islam..
Kesemua mereka ini mendapat hidayah oleh Allah berdasarkan kajian yg dijalankan.....
Subhanallah.....
Saya juga sedang mengkaji...Moga2 sy menemui hidayah dan petunjukagar keyakinan ini bertambah seperti mereka juga...
http://zahrahdetigris.blogspot.com
[ 11 JANUARI 2011/ 6 SAFAR 1432 H]
0 ulasan:
Catat Ulasan