5:57 PG

...KEMBARA BUKU...

Bismillah walhamdulillah..


Sekian lama diri ini menyepi..Menyepi dari menulis..Entah mengapa daya untuk menulis itu hilang tiba-tiba..Idea menulis juga tidak kunjung menyapa..Bila Allah mengurniakan kehidupan kpd kita sehingga hr ini, itu bermakna tggungjawab sebagai khalifah itu masih tertanggung di atas bahu kita selaku hambaNYA..



''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Al-Baqarah:30



------------------xxxxxxxxxxxxxxxx------------------



Hari ini sy sgt teruja dgn satu rancangan di televisyen..KEMBARA BUKU...satu rancangan yg menarik bg sy.. Satu rancangan travelog yang memaparkan senario-senario menarik dalam industri perbukuan dan kesannya terhadap amalan membaca masyarakat di Malaysia, Arab Saudi, Mesir dan Indonesia. Rancangan ini telahpun diterbitkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Perpustakan Negara Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia yg akan bersiaran selama 13 episod. Dan hari ini, kembara diteruskan di bumi Mesir..



Rancangan ini sangat terkesan dengan menampilkan pelbagai khazanah  dan sejarah buku bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia..Bagi pencinta buku, rancangan ini memberi satu impak yg bermakna dalam mengangkat martabat buku dan ini merupakan satu peluang keemasan dlm mengenali sasterawan-saterawan dan tokoh-tokoh besar dalam dunia buku dari seluruh dunia..Rancangan ini juga turut memaparkan kpd masyarakat betapa pentingnya ilmu dalam mempengaruhi satu-satu tamadun..Betapa besarnya pengaruh ilmu itu sendiri..


Dan sy kira, ini adalah salah satu usaha dalam meningkatkan minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia..


Ohhh!!!! tiba-tiba saya begitu teruja pula untuk mengembara....


p/s: Bagi sesiapa yg berminat untuk menonton rancangan Travelog Kembara Buku bolehlah menontonnya pada hari Ahad, jam 12 tengahari di TV 1 ataupun bolehlah melayari link ini yg memaparkan episod2 terdahulu..


~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[ 6 Mac 2011/ 2 Rabiul Akhir 1432H]

8:36 PTG

...LANGKAH DEMI LANGKAH...

Bismillah walhamdulillah..

Pilihanraya Kampus UM:-

17 Februari 2011- Penamaan Calon
19-20 Februari 2011- Tempoh berkempen
21 Februari 2011- Pembuangan undi

Sejarah mungkin berulang..
Mengharapkan pilihanraya kampus kali ini ADIL & TELUS.....


~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[ 12 Februari 2011/ 9 Rabiul Awwal 1432H]

9:25 PTG

....KAJIAN...

Bismillah walhamdulillah...


Pernahkah anda melihat bunga ini??


Pernahkah anda terfikir, dgn bunga ini mampu merawat pelbagai penyakit??


Catharanthus roseus @ Madagascar periwinkle @ dikenali juga sbg Vinca rosea merupakan tanaman yg digunakan sebagai herba ubat ataupun dijadikan sbg hiasan. Kalau mengikut perubatan tradisional China, pokok ini digunakan untuk merawat pelbagai penyakit antaranya:-


1- Diabetes
2-Malaria
3-Hodgkin's disease (sejenis kanser yg disebabkan oleh sel darah putih iaitu limfosit)
4-Leukemia
5-dll


Pada tahun 1950-an, para saintis mendapati bahawa pokok ini menghasilkan beberapa alkaloid yang mana ianya digunakan dalam rawatan beberapa jenis kanser. Dan sehingga sekarang, banyak kajian yg dijalankan oleh para sainstis mengenai pokok ini termasuklah apa yg sedang sy lakukan sekarang ini...mengkaji tentang Madagascar periwinkle sebagai kajian tesis tahun akhir...Kaedahnya dengan menggunakan kultur tissue..







Pelbagai jenis warna

Setiap yg Allah cipta itu ada kegunaannya yg tersendiri..Cuma, manusia itu seharusnya mengkaji dan memahami hakikat kejadian...Itulah pentingnya kajian...Semakin mendalam sesuatu kajian itu seharusnya semakin bertambah keyakinan dan keimanan terhadap Allah s.w.t..Berapa ramai para saintis terdahulu yg memeluk Islam setelah taajub dengan penemuan mereka..


Dr Arthur J. Alison (kini Abdullah Alison) memeluk Islam setelah menyedari tentang hakikat saintifik yg ada pada Islam..


Mr Jacues Yves Cousteau pula memeluk Islam setelah menemui keajaiban mengenai terdapatnya kesan-kesan air tawar dari mata air yang berada di dalam air laut masin...Beliau begitu takjub dengan penemuan tersebut apabila mendapati air tawar tidak bercampur dengan air laut masin...


Prof Tajasen memeluk Islam setelah berjaya menemui beberapa kebenaran yg terdapat dalam al-Quran mengenai kajiannya tentang embriologi...Dan banyak lagi tokoh2 barat yg lain yg telahpun memeluk Islam..


Kesemua mereka ini mendapat hidayah oleh Allah berdasarkan kajian yg dijalankan.....


Subhanallah.....


Saya juga sedang mengkaji...Moga2 sy menemui hidayah dan petunjukagar keyakinan ini bertambah seperti mereka juga...



http://zahrahdetigris.blogspot.com
[ 11 JANUARI 2011/ 6 SAFAR 1432 H]

10:42 PTG

...TUJUH KALIMAH...

Bismillah walhamdulillah...


Sabda Rasulullah S.A.W:-


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia dipandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

Tujuh kalimah itu adalah:-

1. Mengucap Bismillah setiap kali hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah setelah selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap mengatakan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merancang berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illabillah jika menghadapi sesuatu tidak disukai dan tidak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.



~~ Selamat beramal....


~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[ 24 Disember 2010/ 18 Muharram 1432H]


2:30 PG

...CAHAYA...

Bismillah walhamdulillah...


Tiga cahaya di hari kiamat:-
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya 
"cahaya apakah ini ?" 

Lalu dijawab:

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."


~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[21 Disember 2010/ 15 Muharram 1432H]

8:09 PTG

...UBAT KEPADA SEGALA PENYAKIT...

Bismillah walhamdulillah...


Nasihat Ibnu Quyyim:

  1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  3. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  4. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  5. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta senantiasa sabar sehingga menemuiNya
  6. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
  7. Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. 

Dalam apa jua masalah yg dihadapi, hendaklah kita kembali kepada Allah...
Kerana......................................................................................................

DIA adalah ubat kepada segala penyakit.......

~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[20 Disember 2010/14 Muharram 1432H]

2:33 PG

...PENAWAR DUKA...



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut.Dengan murung lelaki itu mengadu,


"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, 



"Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." 


Lelaki itu tertunduk.

Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat.

Rupa mukanya berseri. Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri.

Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang....



>>>koleksi tazkirah..


~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[18 Disember 2010/ 12 Muharam 1432H]