6:14 PG

...EMPAT PERKARA YANG TIDAK DAPAT DIRAIH KEMBALI...




Bismillah walhamdulillah..

Ada empat perkara yg tidak dapat diraih kembali:-

  1. Batu....setelah ianya dilempar!
  2. Kata-kata....setelah ianya diucapkan!
  3. Kesempatan...setelah ianya berlalu pergi!
  4. Waktu...setelah ianya beranjak pergi!
Renung-renungkan bersama..

wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

5:49 PG

...PANDUAN BAGI SEORANG ISTERI...



Bismillah walhamdulillah...

Sejak akhir-akhir ini, ramai pula sahabat yang ingin dan baru sahaja melangsungkan perkahwinan..Almaklumlah, ramai dikalangan mereka sudah menamatkan pengajian dan tidak kurang juga mereka yg masih lagi belajar tapi sudah mengambil keputusan untuk berumahtangga..Itu semua jodoh..Apa-apa pun saya mendoakan supaya mereka semua berbahagia sehingga ke syurga dan semoga sentiasa dalam rahmat Allah hendaknya..

Baru-baru ini saya ada terbaca satu artikel dari iluvislam.com yg bertajuk Adab-adab berhadapan dengan suami..Isinya sangat bagus dan sesuai untuk dijadikan panduan dan rujukan bagi mereka-mereka yg sudah bergelar seorang isteri ataupun bakal bergelar seorang isteri..Jadi saya muatkan isi kandungan artikel tersebut di ruangan blog saya yg tidak seberapa ini..Semoga anda semua beroleh manfaat darinya..

*****************************

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.

Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

1:41 PG

...MAKE A CHANGE...



Bismillah walhamdulillah..


PERUBAHAN seringkali berlaku dalam roda kehidupan seseorang manusia..

Ianya mencakupi pelbagai aspek kehidupan termasuklah sikap, cara hidup, pergaulan dan sebagainya..

Bagi seorang yang bergelar muslim, perubahan seharusnya dijadikan sebagai pemangkin untuk terus berusaha menjadi seorang yang lebih baik di samping memperbaiki diri dari semasa ke semasa..


Untuk berubah tidak perlu tunggu hari esok..Sekarang juga kita boleh lakukannya...

Jadi, jom sama-sama lakukan perubahan untuk menikmati kehidupan yang lebih baik..


wassalam..
nikza@zahrahdetigris
~~http://Zahrahdetigris.blogspot.com~~

6:39 PTG

...SENANDUNG AL-FATIHAH...



Bismillah walhamdulillah...

Allah...

KepadaNYA sahaja kita menyembah..

KepadaNYA sahaja kita memohon pertolongan..

Dan DIAlah..

Yang menguasai hari pembalasan..

Yang berkuasa untuk menunjukkan hamba-hambaNYA jalan yg lurus..

Yang akan memberikan nikmat kepada sesiapa sahaja yg dikehendakiNYA..

Dengan sifatnya yg Maha PENGASIH dan PENYAYANG...

Hayati dan fahami.....[Senandung al-Fatihah]..


Wassalam,
nikza@zahrahdetigris
~~http://Zahrahdetigris.blogspot.com~~

1:08 PG

...SESEKALI...



Bismillah walhamdulillah..

Sejak dua tiga hari ini, perasaan resah dan gelisah mula meracuni hati.

Nafas dirasakan tersekat-sekat..Sakit rasanya..

Apa yg saya fikirkan pd saat ini, sy perlu memotivasikan diri selain dari melakukan perkara-perkara yg mendekatkan diri kepada Allah supaya jiwa dan fikiran menjadi tenang..

Kadang-kadang, lagu juga mampu membuatkan diri saya termotivasi...Apa yg penting, memahami mesej lagu yg ingin disampaikan..

Jom sama-sama hayati lagu ini [sesekali diuji]..




Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa..



Dan janganlah kamu merasa lemah, 
dan jangan pula kamu bersedih hati,  
kerana kamu paling tinggi darjatnya,  
jika kamu orang yang beriman.. 
Al-Imran: 139


Wassalam,
nikza@zahrahdetigris..
~~http://Zahrahdetigris.blogspot.com~~

2:55 PG

...IMPIAN...


Bismillah walhamdulillah..


"CITA-CITA SAYA"..."IMPIAN SAYA"..

Teringat pula masa kecik-kecik dulu..Itulah tajuk karangan yg sering ditulis..Masa dulu-dulu cikgu juga sering bertanya, bila besar nak jadi ape?? Saya dengan bangganya menjawab nak jd cikgu..Itu dulu-dulu..

Bila dah meningkat dewasa, masuk universiti, impian dan cita-cita tu sedikit berubah..tapi mempunyai matlamat yg sama, menjadi seorang PENDIDIK..Yelah bila dah masuk universiti, nak jadi seorang pensyarah la pula..Itu hanyalah cita-cita dan impian yg entah tercapai ataupun tidak..semuanya atas ketentuan Allah..

******

Terimbau pula kenangan sy dan beberapa orang sahabat ketika membantu guru di sebuah sekolah di petaling jaya..Waktu itu mmg sangat mencabar..Macam-macam ragam..Teringat pula apa yg dikatakan oleh pelajar-pelajar tu:-

"Ustazah ni selalu senyum, marah pun senyum.."


"Ustazah, ustazah..ustazah ni baiklah, ceria sy belajar dengan ustazah.."


"Ustazah, ustazah garang la sikit..tengok budak-budak laki ni selalu saje usik budak perempuan.."


Tersenyum sy sendirian bila teringatkan perkara itu..Kata sy dalam hati, mereka belum lihat lagi ke'garang'an dan ke'bekeng'an sy, kalau sy marah, siaplah mereka..Sy sebenarnya tidaklah berniat untuk memarahi mereka, tp jika sudah keterlaluan kenakalan mereka, mungkin kesabaran sy juga sampai ke kemuncaknya..

Namun, ada sesuatu yg berharga yg sy perolehi..Pengalaman dan memori itulah yg membuatkan sy bersemangat dikala lemah, ceria dikala kesedihan melanda diri..

Kata sahabat saya, menjadi seorang guru itu perlukan kesabaran..Setiap apa yg guru lakukan itu yg akan menjadi contoh kepada anak murid..Jadi, untuk menjadi seorang guru itu perlukan persediaan yg teliti..Ya, saya sgt setuju dgn perkara itu..Bagi saya, menjadi seorang guru itu mengajar diri dengan sifat sabar dalam mendepani masalah hidup..


 *********

Bila dah smpai ke peringkat ini, sy mula menimbang tara kesemua impian sy..Berpandukan kepada minat, kebolehan dan keserasian, sy mula untuk membuat keputusan..Mungkin menjadi seorang guru itu adalah yg terbaik..Bukan tak mahu menjadi pensyarah, tp setelah menimbang pelbagai faktor luaran dan dalaman, ada sesuatu perkara yg menyebabkan sy tak boleh merealisasikan impian itu..

Perancangan sy, sy ingin sambung belajar dengan mengambil kursus perguruan..Selepas ini, mungkin sy akan tumpukan sepenuhnya kepada matlamat yg ingin sy tuju dan mengenepikan perkara-perkara lain..

Namun, itu hanyalah perancangan, dan akan terjadi dgn izinNYA.. Siapa sy pada masa akan datang , sy akan terima dengan redha..Moga-moga impian dan cita-cita sy itu tercapai..Apa yg penting menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat adalah yg utama...itulah perjalanan seorang daie..

Doakan sy..


~~http://Zahrahdetigris.blogspot.com~~

7:49 PG

...HARGAI APA YANG ADA...



Bismillah walhamdulillah..

Saya ada satu kisah yg ingin dikongsikan..

*******

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya..

Ketika itu, ibunya asyik membicarakan tentang kasih sayang..

Bertanya si anak:-

"Ibu, macamana kita nak memilih seseorang yg terbaik sebagai orang yang paling kita sayang agar kasih sayang itu sentiasa berkekalan???"

Kata si ibu:-

"Ohh, ikut sahaja apa yg ibu suruh..Pergi ke taman di hadapn sana dan petik sekuntum bunga yang kamu rasakan PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali..Dah petik yang PALING cantik bawa bunga tu ke sini.."

Apabila si anak kembali kepada ibunya, tiada satu pun bunga di tangannya, lalu si ibu bertanya:-

"Mana bunga yang kamu pilih??"

Jawab si anak:-

"Tadi masa saya berjalan, saya carilah bunga yang paling cantik..Mmg banyak yang cantik..tp...td ibu kata petik yg paling cantik..Jd, sy terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg..Bila sampai di penghujung, saya tak jumpa pun yang paling cantik..Mungkin ada di antara yg di belakang td bunga yang paling cantik..tp disebabkan ibu cakap tidak boleh menoleh ke belakang semula, jd tidak adalah bunga yang saya boleh petik lagi."

Si ibu berkata:-

"Ya, itulah jawapannya..Bila kita dah berjumpa dgn seseorang yg kita sayang, jgnlah kita mencari lg yang lebih baik dari itu..Hargai orang yg berada di depan kita sebaik-baiknya..Jgn menoleh ke belakang lg kerana yang berlaku tetap berlaku..Semoga yg berlalu itu tidak berulang lagi..Dan ingatlah orang yg paling sayang itulah yg paling cantik dan paling baik bagi kita, walaupun pada hakikatnya banyak lagi yang paling cantik dan baik seperti bunga tadi."

Sekadar kisah sebagai renungan..Di sini saya titipkan sebuah lagu sebagai kesimpulan...

Semoga beroleh manfaat...


~~http://Zahrahdetigris.blogspot.com~~