Label: RAMADHAN
Bak kata pendekar bujang lapok..Cobaan..Cobaan..
Sepanjang minggu lepas sahaja, banyak pengalaman yg sy lalui..Diuji dengan masalah pendaftaran subjek, masalah laporan Latihan Industri, masalah yuran, masalah persatuan, masalah projek dan paling memberi kesan kpd diri ini adalah diuji sementara dengan kehilangan beg duit dan hanset...Alhamdulillah, semuanya dapat diatasi dan diselesaikan dengan baik..
Ujian itu adalah untuk menguji tahap keyakinan dan keimanan..Kadang2 kita diuji, tp belum tentu 100% keyakinan terhadap pertolongan Allah itu terbit dlm diri kita..Apa yg boleh sy katakan agak payah..Tp nak x nak , kita harus mengajar diri kita ke arah itu..Yakin dengan kuasa Allah..Kerana, dengan keyakinan itu membuatkan diri kita tenang dan sabar..
KEYAKINAN membawa kepada berfikiran positif..Pakar motivasi selalu mengatakan KUNCI KEPADA KEJAYAAN ADALAH DENGAN BERFIKIRAN POSITIF!!!!!!...Dengan berfikiran positif, segala perkara dapat dijalani tanpa dibebani seribu fikiran buruk..Perasaan takut dengan kegagalan akan berlalu pergi..Jalan penyelesaian dirasakan lapang..Itulah dia kuasa KEYAKINAN...
YAKIN dengan kuasa Allah
YAKIN dengan pertolongan Allah..
INSYA ALLAH akan ada jalan keluarnya..
Cuma perlu sabar dengan masa..
kepada-Nya aku bertawakal."( At-Taubah: 129)
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman." ( al-Imran:139)
Label: PERKONGSIAN, TAZKIRAH
Apa yg ada di sebalik kes ini???
Hukum alam didasari oleh sebab dan musabab (cause and effect) yg mana alam diciptakan dengan keteraturan..Ianya bersangkut paut pula pada sistem..Sepertimana kita ketahui, Islam mengajar kita menjaga kebersihan...Kebersihan yg tidak dijaga mengundang kepada pelbagai penyakit..Itu yg saya cuba sampaikan melalui video tadi..Sistem alam akan berubah dan mengundang kepada pelbagai kesan..
Segala peristiwa yang berlaku mengandungi hikmah yg tersembunyi..Cuma mungkin kita sahaja yg tidak menemui hikmah itu..Jikalau sebelum2 ini kita digemparkan dengan tanah runtuh,tsunami, dan yg terbaru virus H1N1 yg membawa kepada banyak kematian..Allah Maha Adil dalam setiap perbuatanNya..Keadilan dilaksanakan kepada semua makhluk..Dengan sifat adilNya, Allah melakukan segala sesuatu samada umum (kulliyyah) mahupun khusus (juz'iyyah) dengan hikmah, maslahah dan rahmat dan tanpa sebarang unsur sia-sia dan main-main..
Perbuatan Allah berhubung dengan perbuatan manusia terbahagi kepada 2:-
- perbuatan- diciptakan Allah dan manusia diberikan kebebasan dan pilihan
- perbuatan- diciptakan Allah dan manusia tidak diberikan kebebasan dan pilihan. Ia bersifat mutlak dan hakiki..
Jadi, tugas kita sebagai seorang hambaNya, mencari hikmah itu di samping sentiasa menanamkan kesabaran dan sentiasa bersyukur di atas perkara yg berlaku..
Mendasarkan sesuatu kepada ilmu semata-mata tidak semestinya akan menghasilkan kepastian atau ketentuan yang nyata.
Justeru itu, ilmu itu perlu dikahwinkan dengan realiti. Realiti membuahkan kepastian dan ketentuan. Realiti mampu mencetuskan ainul yakin atau yakin yang berdasarkan realiti yang kita lihat yang tentunya lebih kuat dari ilmul yakin.
Contohnya, kita hendak mencipta suatu alat untuk membuat tali. Berdasarkan kepada ilmu dan kepakaran yang ada, mungkin kita akan dapat membuat lakaran teknikal atau 'technical drawing' untuk membuat alat tersebut. Berikutan itu, kita mungkin juga akan dapat membuat alat tersebut di dalam workshop tepat dengan kehendak lakaran teknikal yang kita buat itu. Tetapi sama ada alat tersebut boleh berfungsi seperti mana yang kita kehendaki tidak dapat kita tentukan. Hasil ilmu dan kepakaran kita itu perlu dipastikan dengan ujian-ujian praktikal untuk menentukan ia benar-benar boleh berfungsi. Ujian praktikal ini sebenarnya ialah ukuran realiti. Kalau secara realitinya alat tersebut boleh digunakan untuk membuat tali, maka barulah ia dianggap berjaya. Kalau tidak, pembetulan, ubah suai dan pelarasan perlu dibuat terhadap alat tersebut sehingga segala masalah dapat diatasi.
Begitu juga kalau kita mencipta suatu resipi masakan. Memang kita boleh memasak mengikut resipi yang kita cipta itu, akan tetapi, berjaya atau tidak, sedap atau tidak resipi tersebut perlu ditentukan dengan ujian cita rasa. Baru kita tahu ianya baik atau tidak. Merasa masakan inilah yang dinamakan ukuran berdasarkan realiti seperti dalam peribahasa Inggeris, " the proof of the pudding is in the eating".
Begitulah juga dengan ciptaan kereta, kapal atau pesawat terbang. Setakat mana hebat pun ilmu dan kepakaran yang digunakan, prototaipnya mesti melalui berbagai-bagai ujian realiti sebelum ianya diluluskan untuk kegunaan umum.
Pernah berlaku di bandar raya Kuala Lumpur, pihak yang merancang pengawalan lalu lintas dengan menggunakan sistem berkomputer terlalu yakin dengan ilmu mereka. Mereka berkata sistem berkomputer mereka cukup canggih tetapi keberkesanannya telah diganggu oleh polis trafik yang mengawal lalu lintas secara manual. Lantas pihak polis trafik menarik semua anggota-anggota kawalan trafik mereka supaya tidak keluar mengawal lalu lintas.
Maka berlakulah huru-hara jalan raya yang terbesar yang pernah dialami oleh bandar raya Kuala Lumpur. Ibarat peri-bahasa Inggeris, " All hell broke loose" . Ramai yang lambat sampai ke pejabat. Ramai yang lambat balik ke rumah dari pejabat. Ramai yang tidak dapat ke masjid, kerana peristiwa itu berlaku pada hari Jumaat. Selepas polis trafik dirayu agar bertugas semula, barulah keadaan menjadi reda dan kembali normal. Inilah kesan buruk menilai sesuatu dengan ilmu semata-mata tanpa diukur dengan realiti.
Perkara ini ada juga relevannya dengan kaedah mentafsir atau memahami ayat-ayat Quran atau Hadis. Kita bawa beberapa contoh.
Firman Allah SWT:
Maksudnya:
"Berpeganglah kamu pada tali-tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah." (Ali Imran: 103)
Kebanyakan ulama mentafsirkan tali-tali Allah itu sebagai syariat Islam. Mereka mentafsirkan, kalau semua orang Islam sama-sama berpegang dan mengamalkan syariat Islam maka mereka akan bersatu padu. Itu ilmunya. Tetapi, realiti yang kita lihat tidak begitu. Ramai orang-orang Islam yang sama-sama sembahyang, berpuasa, berzakat dan pergi menunaikan haji tidak bersatu padu.
Malahan dalam satu masjid pun mereka bergaduh. Masjid dan surau sekarang ini bukan lagi tempat berkasih sayang dan bermasyarakat tetapi telah menjadi tempat pergaduhan, perbalahan, perebutan pengaruh dan jawatan dan pecah belah. Sesama ahli jawatankuasa masjid pun berlaku perbalahan dan rebutan kuasa. Tidak kurang juga umat Islam bergaduh semasa menunaikan haji. Yang bunuh membunuh pun ada.
bercanggah dengan realiti. Namun ada tafsiran ulama-ulama lain yang lebih meyakinkan dan lebih hampir kepada realiti. Mereka mentafsirkan tali-tali Allah itu bukan setakat syariat Islam tetapi ialah rasa cinta dan rasa takut kepada Allah. Kalau semua umat Islam sama-sama cinta dan takut kepada Allah, maka Allah akan ikat hati-hati mereka dan mereka akan berkasih sayang di antara satu sama lain.
Dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
"Yang paling bertaqwa di kalangan hamba-hamba-Ku ialah ulama." (Al Fathir: 28)
Tetapi kita lihat ini terlalu jauh dari realiti. Ramai ulama yang tidak bertaqwa. Ada yang terang-terangan terlibat dengan maksiat. Ramai yang terpengaruh dan tertambat hati dengan dunia dan kepentingan peribadi. Ramai yang akhlak mereka menjadi tanda tanya. Ramai pula yang menjual ayat-ayat Allah dengan nilai dunia yang sedikit.
Lebih hampir kepada realiti kalau istilah "ulama" di dalam ayat ini dimaksudkan kepada "ulama ul amilin" atau ulama yang beramal dengan ilmu mereka dan bukan semua atau sebarang ulama. Ini dikuatkan lagi dengan Hadis Rasulullah SAW yang menyatakan tentang wujudnya "ulama` suuk" atau ulama jahat yang kerja mereka ialah merosakkan manusia. Jadi, bukan semua ulama itu bertaqwa.
Rumusannya, kita perlu jadikan realiti itu sebagai satu bentuk ukuran yang patut diguna pakai di mana boleh, dalam kita menilai sesuatu perkara. Ini kerana ia lebih hampir kepada kebenaran. Justeru itu, kita akan lebih yakin dan lebih adil dalam kita membuat penilaian. Penilaian dengan ilmu tidak salah. Tetapi di mana realiti boleh digunakan, kita patut bersandar kepada realiti lebih daripada kita bersandar kepada ilmu semata-mata.
Label: PERKONGSIAN
Label: PERKONGSIAN
Semangat tuk terus meniti liku2 kehidupan..
Semangat tuk terus belajar...
Semangat tuk membina keazaman..
dan yg paling penting...semangat tuk terus thabat dalam perjuangan...
Segala peristiwa yg lepas sy perlu tinggalkan ia di belakang..
Saya ingin meneroka jauh meninggalkan segala pahit manis, suka duka dan segala kekecewaan yg pernah sy alami...
Namun bukan kesemuanya, kata orang "apa yg baik dijadikan teladan dan apa yg buruk itu perlu dijadikan sempadan"..
Saya tahu perkara itu bukan mudah, tp ianya tidak mustahil..
Bagi saya, ada satu 'medan' yg boleh membina kembali semangat sy yg kian pudar ini...
Saya harus melalui medan itu..
Ya, harus melaluinya dengan secepat yg mungkin sebelum bahtera yg sy naiki terus hanyut dibuai arus..
Terima kasih kepada sahabat2, kerana kalian diriku masih tetap di jalan ini..
Terima kasih PMIUM kerana telah banyak mengajar diriku erti kehidupan..
Terima kasih semuanya..
Syukur pdMU ya Allah..
Teman-teman jgn lupa doakan sy ya..
Label: PERIBADI
Ikan yang terkenal dengan gelaran Dr. Fish ini mempunyai manfaat yang besar kepada kesihatan kulit seperti melancarkan aliran darah, menghilangkan sel-sel kulit yang mati, mengurangkan parut-parut kecil termasuk penyakit kulit psoriasis dan ekzema dan juga di katakan dapat menghilangkan stress dan tekanan.
Selain dipercayai boleh membersihkan sel-sel kulit mati dari kaki dan tangan, ikan ini juga boleh melancarkan aliran darah melalui gigitannya yang dirasakan seperti dipijat reflexi.
Selain itu, gigitan ikan kecil ini juga boleh melancarkan peredaran darah dengan mentimulus titik-titik akupuntur di telapak kaki. Sesiapa sahaja yang melakukan rawatan ikan ini juga mampu melepaskan kelelahan dan merasa lebih rileks.
3. Terapi alam untuk lebih merangsang pertumbuhan sel kulit manusia
4. Mengubati penyakit dengan melakukan terapi Doctor Fish secara teratur
5. Menghilangkan penyakit kulit
6. Menghaluskan kulit sehingga lebih mulus
Label: INFO












