9:33 PG

...KEMBALI LAGI...

Bismillah walhamdulillah...


Seperti kebiasaannya, penghujung sem akan diakhiri dengan peperiksaan..Bermulalah fasa-fasa ke'tension'an..Oleh itu, pergantungan diri dengan sang Pencipta itu perlu diperkukuhkan agar segalanya dapat di atasi dengan baik..

Buat diri dan sahabat2..

Banyakkan berdoa..
Sentiasa mohon petunjuk dariNYA yang Maha Kuasa atas segala sesuatu..
dan jangan lupa sentiasa berusaha...
Apa2 hasil yg kita dapat di kemudian hari itu segalanya datang dari Allah..
Hendaklah kita sentiasa redha dgnnya..

Tp yang paling penting usaha terlebih dahulu..
ok????

Dan..tak lupa juga, sama2 doakan untuk kemenangan PAS di GALAS.....
Semoga Allah permudahkan segala-galanya..
Ameeen....

~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
::: 31 Oktober 2010 :::

9:38 PG

...SEKADAR BERKONGSI...







Bismillah walhamdulillah....





Sy seorg penggemar lagu..Itu hakikat mengenai diri ini..Tidak kisahlah lagu apa-apa pun, asalkan ianya boleh diterima baik oleh telinga dan tersirat penuh dgn pengajaran..

Maka dgn ini sy ingin kongsikan sedikit lagu kump Forheart..Mungkin ianya boleh menjadi teman berhibur ketika berada dlm tekanan...Semoga ianya memberi manfaat..

Ok,selamat mendengar...


Dilema cinta Ilahi

Cinta Abadi

Perlukah

~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com
::: 20 Oktober 2010 :::

9:11 PG

...KREATIFNYA SYAITAN...

Bismillah walhamdulillah..

Satu hari akibat keletihan yg amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.

Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujurlah waktu subuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci pada orang yang solat? "

" Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh, "

Kehairanan Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya lagi..
" Kenapa? "

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
" Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yg lain yg lebih serius, " kata syaitan.

Tambah syaitan itu lg,

" Kau akan bersedekah, kau akan membantu org lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yg sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah dan kerja kami akan bertambah susah. Kerja kami juga akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti, "

Dipetik dari: solusi


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com

8:49 PG

...KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA..

Bismillah walhamdulillah..

Tanpa berkat dan pertolongan dari Allah itu mana mungkin kita sebagai manusia mampu mengatasi sesuatu masalah/ ujian itu dengan kudrat yang lemah lagi terbatasnya kemampuan..segala-galanya datang dari Allah..

Seharusnya kita sebagai manusia perlu sentiasa meminta dan merayu akan pertolongan Allah itu..Kalau perlu merintih sekalipun,

rintihlah..
rayulah..

agar hati sentiasa mendapat ketenangan meskipun pada zahirnya tersiksa...

Alhamdulillah dan bersyukur kpd Allah di atas kemenangan yg dimiliki oleh mereka.... 

Semoga ianya menjadi perisai kepada kita semua untuk terus thabat dalam jalan yg kita lalui...amiiin...


Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.
Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.




C4, bini puaka, pembunuh Altantuya

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat atau cubaan melakukan khianat serta mempunyai niat bersama antara mereka.

"Tiada keterangan mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk melakukan khianat serta kerosakan dan kemusnahan daripada bahan api tersebut," kata Rozana.


Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan elemen niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan pencerobohan.

"Tiada keterangan bahawa mereka berada di kawasan tersebut dan melakukan pencerobohan di tempat perbuatan khianat yang didakwa berlaku," katanya lagi

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan yang digunakan adalah bahan petrol dan perbuatan contengan di dinding dilakukan oleh semua tertuduh.

"Untuk semua pertuduhan tiada keterangan langsung dibuktikan oleh pendakwaraya. Cuma mereka hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan tanpa bukti sokongan.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan (mereka) terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.

sumber dari malaysiakini...



~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com



5:21 PG

...MEMAKNAKAN PERSAHABATAN...


Bismillah walhamdulillah..

Teman tapi mesra..

Menyalahgunakannya boleh membawa padah..bagi sy kemesraan dalam bersahabat itu perlu..
Tapi seharusnya diletakkan pada tempatnya..

Kemesraan sahabat yg sama jenis itu tidak pelik, tp akan menjadi pelik bila berlainan jantina..

Tdk salah seorg lelaki itu bersahabat dgn seorang perempuan..
Namun batas syarak itu dijadikan panduan....

mungkin anda lebih memahaminya dari saya..

Jalinan persabatan itu manis jika dimaknakan erti ukhwah itu sebetul-betulnya..tidak pada teori semata-mata..namun harus difahami dr sudut praktikalnya..

Kalau tidak... 

retorik semata-mata....

Ukhwah itu ibarat pokok..Makin dijaga, makin banyak hasilnya (manisnya)..Jika tidak dijaga, pokok itu akan layu tanpa menghasilkan buah yg baik..

Dalam merealisasikan ukhuwah, kita mungkin bukan Abu Bakar r.a yg sanggup menahan kesakitan dipatuk ular semata-mata untuk menyelamatkan seorang sahabat (Nabi)..

Atau..

Kita mungkin bukan Saidina Ali yang tidak gentar menggantikan tempat tidur seorang sahabat (Nabi) demi menyelamatkan baginda dari dibunuh..

Tapi...

Untuk mencontohi mereka itu adalah sesuatu yg mampu kita lakukan... 

Mencontohi kesetiaan mereka dalam bersahabat..
Mencontohi keperibadian mereka dalam bersahabat..
seharusnya kita berusaha ke arah itu...berusaha ke arah terjalinnya ukhwah yg baik..


Semoga ianya menjadi salah satu marhalah ke arah terbentuknya ukhwah islamiah..
     
secebis harapan:~ 
semoga diri ini diizinkan Allah untuk menghadirinya setelah program sebelum2 ini seringkali gagal untuk menghadirkan diri..rindu untuk berjumpa dgn sahabat2 lama yg sama2 bersusah payah suatu ketika dahulu..

aduh!! kenangan suka dan duka itu terimbau kembali.....


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com   

8:01 PG

..IANYA AKAN BERAKHIR JUA...

Bismillah walhamdulillah..

Hari ini telah pun memasuki 30 Ramadhan, yakni hari terakhir umat Islam menjalani ibadah puasa pd tahun ini..


Bagi yg memanfaatkan Ramadhan ini dengan sebaiknya, berakhirnya Ramadhan dengan kemenangan..
Namun, bagi yg gagal mengisi Ramadhan dengan amalan2 kebaikan, maka Ramadhan akan berakhir dengan tangisan kehampaan..


Jadi, kita sendirilah yg boleh menilai diri kita tergolong dlm golongan yg mana...
Semoga kita tergolong dlm golongan yg akan meraih kemenangan..InsyaAllah..


Di kesempatan ini, sy ingin mengucapkan:-







~~~SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
HALALKAN SEGALA-GALANYA...~~~

kpd sesiapa sahaja yg mengenali diri ini secara langsung ataupun tidak langsung..
P/S: Jemputlah datang rumah ..

~~http://zahrahdetigris.blogspot.com
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com~~

5:52 PTG

...MATEMATIK VERSI AL-QURAN...

Bismillah walhamdulillah

Sebelum wujudnya operasi dalam matematik, al-Quran terlebih dahulu menceritakan mengenainya..Cuma kita sahaja yg mungkin kurang mengkajinya..Segala ilmu yg kita pelajari asasnya adalah yg terdapat dalam al-Quran..Tidak kira ilmu agama, sains dan sebagainya, semuanya terkandung dalam al-Quran, mukjizat yg dikurniakan Allah kpd Rasul terakhir Nabi Muhammad s.a.w..Seharusnya kita sebagai umat Islam mengambil manfaat dari apa yg Allah turunkan...


OPERASI TAMBAH
Dan sempurnakanlah ibadah haji dan `umrah karena Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau karena sakit), maka (sembelihlah) korban  yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu , sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfid-yah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan `umrah sebelum haji (di dalam bulan haji), (wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan (binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidil Haram (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya.
(AL-BAQARAH AYAT 196)





berpuasa tiga hari dalam masa haji + Tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali = Itulah sepuluh (hari) yang sempurna
3 hari dlm masa haji + 7 hari setelah pulang kembali  = 10 hari





Dan telah Kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), maka sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. Dan berkata Musa kepada saudaranya yaitu Harun: "Gantikanlah aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah , dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan".
(SURAH AL-A'RAF AYAT 142)

sesudah berlalu waktu tiga puluh malam + Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi) = 
sempurnalah waktu yang telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam

30 malam + 10 malam = 40 malam
dan boleh juga dilihat dalam surah-surah berikut:-
Al-An'am ayat 143-144
al-Ankabut ayat 14
Al-Taubah ayat 36

OPERASI TOLAK
Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh kepada kaumnya, maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun. Maka mereka ditimpa banjir besar, dan mereka adalah orang-orang yang zalim.
(AL-ANKABUT AYAT 14)

tinggal di antara mereka seribu tahun - lima puluh tahun = 950 tahun

1000 tahun - 50 tahun = 950 tahun

Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram . Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri  kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.
(AL-TAWBAH AYAT 36)

bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan - di antaranya empat bulan haram = 8 bulan halal peperangan

12 bulan - 4 bulan haram = 8 bulan halal
4 bulan haram = 12 bulan - 8 bulan halal

OPERASI DARAB

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah  adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(AL-BAQARAH AYAT 261)

1 butir = 100 butir
7 butir = ???
7 butir x 100 butir = 700 butir

OPERASI BAHAGI

Allah mensyari`atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bagahian dua orang anak perempuan ; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua , maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh separuh harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu-bapanya (saja), maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembagian-pembagian tersebut di atas) sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfa`atnya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
(AL-NISA' AYAT 11)

Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) seduah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris) . (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari`at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.
(AL-NISA' AYAT 12)


Sekadar perkongsian dari nikza.....semoga beroleh manfaat..


http://zahrahdetigris.blogspot.com
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com