3:14 PG

...DOA DARI SAHABAT...

Bismillah walhamdulillah..

Dikisahkan ada sebuah kapal telah pun karam di tengah laut akibat badai dan ombak hebat.
Daripada peristiwa itu, hanya dua orang lelaki yang dapat menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang terselamat itu tidak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.
Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membahagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal bersendirian di sisi-sisi pulau tersebut.
Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan. Esok harinya, lelaki pertama melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki yang kedua tetap kosong.
Seminggu kemudian, lelaki yang pertama merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sebelah tempat lelaki pertama itu tinggal. Sedangkan di sebelah tempat tinggal lelaki ke dua tetap tidak ada apa-apa.
Kemudian, lelaki pertama ini terus berdoa memohon rumah, pakaian, dan makanan. Pada keesokan harinya,seperti keajaiban, semua yang diminta itu hadir untuknya. Sedangkan lelaki yang kedua tetap tidak mendapat apa pun. Akhirnya, lelaki pertama ini berdoa meminta kapal agar ia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat di sisi pantainya. Segera lelaki pertama dan isterinya naik ke atas kapal dan bersiap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Dia memutuskan untuk meninggalkan lelaki kedua itu tadi. Menurutnya, memang lelaki kedua itu tidak layak menerima berkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah dikabulkan.
Setelah kapal itu siap berangkat, lelaki pertama tadi terdengar suara dari langit bergema


“Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu?”
“Berkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doakulah yang dikabulkan,” jawab lelaki pertama.
“Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan. Maka,ia tak perlu mendapat apa-apa,” sambungnya lagi.
“Kau salah! Tahukah kau bahawa rakanmu itu hanya memiliki satu doa dan semua doanya dikabulkan. jikalau tidak, maka kau takkan mendapat apa-apa.”suara itu membentak.
“Katakan padaku, doa apa yang dia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang budi atas semua ini padanya?”tanya lelaki pertama itu.
“Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan!”


::++::++::++::++::++::++::++::

P/S: Sabahat2 doakan diri ini diberi kemudahan untuk menghadapi peperiksaan kali ini...Mungkin saja doa dari sahabat2 sekalian akan dimakbulkan Allah sepertimana kisah ini..


~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
::::: 24 November 2010/ 17 Zulhijjah 1431 H ::::

4:13 PG

...KECINTAAN..

Bismillah walhamdulillah..


Sebuah perpisahan amat memeritkan....Perit yg dirasakan dalam diam..Luaran sukar untuk kelihatan..Amat jarang orang yg bergembira dengan sebuah perpisahan..Kalau adapun mungkin orang itu tersilap dalam memahami erti sebuah perpisahan..

Perpisahan bukanlah perkara baru yg berlaku..Org terdahulu juga sudah mengenal erti perpisahan..

Siti Hajar sebagai contoh...
apa yg berlaku padanya????
Bukankah 'beliau' juga terkena dengan panahan sebuah perpisahan??

Kalau kita soroti kembali akan sejarahnya, Siti Hajar telah dibawa oleh suaminya Ibrahim a.s ke sebuah kawasan yang kering kontang dan di tinggalkannya di situ..Satu tempat yg boleh diatakan jauh dari kehidupan manusia yg lain..Hanya berdua..Siti Hajar dan anaknya Ismail..

Namun apa yg menyebabkannya tegar dan reda???



Itulah dia kuasa 'KECINTAAN'..
kecintaan terhadap sang Pencipta..
Demi cinta Khalik kecintaan selainnya dijadikan selepasnya..
Bertemu kerana Allah, berpisah pun kerana Allah..

Kecintaannya terus teruji bilamana anaknya Ismail diperintahkan untuk disembelih dan dikorbankan..Namun perkara itu sedikitpun tidak menjejaskan kecintaannya kepadaNYA..keyakinan terhadap sebuah CINTA..

Hebat!!!!..Sungguh hebat!!!!

Jadi, ibadah Qurban juga adalah satu bukti kecintaan kita kepada Allah..
Bukti cinta seseorang yang mengaku beriman kepada Rabbnya...
InsyaAllah...

Secebis ucapan di bulan Zulhijjah..
Selamat Menjalani Ibadah Haji
Selamat Hari Raya Aidiladha
Selamat Menjalani Ibadah Qurban..



~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~
::: 13 November 2010/ 6 Zulhijjah 1431H ::::

9:33 PG

...KEMBALI LAGI...

Bismillah walhamdulillah...


Seperti kebiasaannya, penghujung sem akan diakhiri dengan peperiksaan..Bermulalah fasa-fasa ke'tension'an..Oleh itu, pergantungan diri dengan sang Pencipta itu perlu diperkukuhkan agar segalanya dapat di atasi dengan baik..

Buat diri dan sahabat2..

Banyakkan berdoa..
Sentiasa mohon petunjuk dariNYA yang Maha Kuasa atas segala sesuatu..
dan jangan lupa sentiasa berusaha...
Apa2 hasil yg kita dapat di kemudian hari itu segalanya datang dari Allah..
Hendaklah kita sentiasa redha dgnnya..

Tp yang paling penting usaha terlebih dahulu..
ok????

Dan..tak lupa juga, sama2 doakan untuk kemenangan PAS di GALAS.....
Semoga Allah permudahkan segala-galanya..
Ameeen....

~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
::: 31 Oktober 2010 :::

9:38 PG

...SEKADAR BERKONGSI...







Bismillah walhamdulillah....





Sy seorg penggemar lagu..Itu hakikat mengenai diri ini..Tidak kisahlah lagu apa-apa pun, asalkan ianya boleh diterima baik oleh telinga dan tersirat penuh dgn pengajaran..

Maka dgn ini sy ingin kongsikan sedikit lagu kump Forheart..Mungkin ianya boleh menjadi teman berhibur ketika berada dlm tekanan...Semoga ianya memberi manfaat..

Ok,selamat mendengar...


Dilema cinta Ilahi

Cinta Abadi

Perlukah

~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com
::: 20 Oktober 2010 :::

9:11 PG

...KREATIFNYA SYAITAN...

Bismillah walhamdulillah..

Satu hari akibat keletihan yg amat sangat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani hampir terlewat bangun tidur walaupun waktu subuh hampir tiba.

Melihat keadaan itu, syaitan telah menyamar menjadi seekor kucing dan menggigit ibu jari kaki Syeikh Abdul Qadir. Syeikh Abdul Qadir pun terbangun. Mujurlah waktu subuh baru sahaja masuk.Dalam pandangan mata hatinya Syeikh dapat melihat syaitan yang berupa seekor kucing itu.

"Mengapa kau kejutkan aku untuk solat subuh, padahal kau amat benci pada orang yang solat? "

" Aku bimbang sekiranya kau terlewat bangun subuh, "

Kehairanan Syeikh Abdul Qadir lalu bertanya lagi..
" Kenapa? "

Syaitan terpaksa menjawab kerana dia takut kepada orang yang takutkan Allah.
" Aku takut jika kau terlewat untuk solat subuh, kau akan menampung kelewatan itu dengan amalan-amalan yg lain yg lebih serius, " kata syaitan.

Tambah syaitan itu lg,

" Kau akan bersedekah, kau akan membantu org lain, kau akan mengajar lebih lama, kau akan membaca al-Quran untuk menampung kesalahanmu yg sedikit. Dengan itu nanti, aku dan kawan-kawanku pula akan bertambah susah dan kerja kami akan bertambah susah. Kerja kami juga akan bertambah banyak dan sukar. Jadi lebih baik kamu solat subuh tepat pada waktunya, dan kami tidak akan terpaksa menghadapi banyak kerja untuk menyekat amalan-amalan baikmu itu nanti, "

Dipetik dari: solusi


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com

8:49 PG

...KUASA ALLAH MENGATASI SEGALANYA..

Bismillah walhamdulillah..

Tanpa berkat dan pertolongan dari Allah itu mana mungkin kita sebagai manusia mampu mengatasi sesuatu masalah/ ujian itu dengan kudrat yang lemah lagi terbatasnya kemampuan..segala-galanya datang dari Allah..

Seharusnya kita sebagai manusia perlu sentiasa meminta dan merayu akan pertolongan Allah itu..Kalau perlu merintih sekalipun,

rintihlah..
rayulah..

agar hati sentiasa mendapat ketenangan meskipun pada zahirnya tersiksa...

Alhamdulillah dan bersyukur kpd Allah di atas kemenangan yg dimiliki oleh mereka.... 

Semoga ianya menjadi perisai kepada kita semua untuk terus thabat dalam jalan yg kita lalui...amiiin...


Kes Rosmah 'bini puaka': Semua tertuduh dibebaskan
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memutuskan tiada prima facie dalam kes Rosmah 'bini puaka' terhadap lima mahasiswa Universiti Malaya (UM).

Sehubungan itu, Hakim Rozana Ali Yusoff mengarahkan mereka - yang berdepan dengan tuduhan cubaan melakukan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah - dibebaskan.

Rozana membuat keputusan tersebut di Mahkamah Sesyen 2, di Kompleks Jalan Duta Kuala Lumpur.
Lima mahasiswa berkenaan - Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya - dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.




C4, bini puaka, pembunuh Altantuya

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat atau cubaan melakukan khianat serta mempunyai niat bersama antara mereka.

"Tiada keterangan mengenal pasti bahan api yang digunakan untuk melakukan khianat serta kerosakan dan kemusnahan daripada bahan api tersebut," kata Rozana.


Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan elemen niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan pencerobohan.

"Tiada keterangan bahawa mereka berada di kawasan tersebut dan melakukan pencerobohan di tempat perbuatan khianat yang didakwa berlaku," katanya lagi

Sementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan yang digunakan adalah bahan petrol dan perbuatan contengan di dinding dilakukan oleh semua tertuduh.

"Untuk semua pertuduhan tiada keterangan langsung dibuktikan oleh pendakwaraya. Cuma mereka hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan tanpa bukti sokongan.

"Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan (mereka) terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.

sumber dari malaysiakini...



~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com



5:21 PG

...MEMAKNAKAN PERSAHABATAN...


Bismillah walhamdulillah..

Teman tapi mesra..

Menyalahgunakannya boleh membawa padah..bagi sy kemesraan dalam bersahabat itu perlu..
Tapi seharusnya diletakkan pada tempatnya..

Kemesraan sahabat yg sama jenis itu tidak pelik, tp akan menjadi pelik bila berlainan jantina..

Tdk salah seorg lelaki itu bersahabat dgn seorang perempuan..
Namun batas syarak itu dijadikan panduan....

mungkin anda lebih memahaminya dari saya..

Jalinan persabatan itu manis jika dimaknakan erti ukhwah itu sebetul-betulnya..tidak pada teori semata-mata..namun harus difahami dr sudut praktikalnya..

Kalau tidak... 

retorik semata-mata....

Ukhwah itu ibarat pokok..Makin dijaga, makin banyak hasilnya (manisnya)..Jika tidak dijaga, pokok itu akan layu tanpa menghasilkan buah yg baik..

Dalam merealisasikan ukhuwah, kita mungkin bukan Abu Bakar r.a yg sanggup menahan kesakitan dipatuk ular semata-mata untuk menyelamatkan seorang sahabat (Nabi)..

Atau..

Kita mungkin bukan Saidina Ali yang tidak gentar menggantikan tempat tidur seorang sahabat (Nabi) demi menyelamatkan baginda dari dibunuh..

Tapi...

Untuk mencontohi mereka itu adalah sesuatu yg mampu kita lakukan... 

Mencontohi kesetiaan mereka dalam bersahabat..
Mencontohi keperibadian mereka dalam bersahabat..
seharusnya kita berusaha ke arah itu...berusaha ke arah terjalinnya ukhwah yg baik..


Semoga ianya menjadi salah satu marhalah ke arah terbentuknya ukhwah islamiah..
     
secebis harapan:~ 
semoga diri ini diizinkan Allah untuk menghadirinya setelah program sebelum2 ini seringkali gagal untuk menghadirkan diri..rindu untuk berjumpa dgn sahabat2 lama yg sama2 bersusah payah suatu ketika dahulu..

aduh!! kenangan suka dan duka itu terimbau kembali.....


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
zahrahdetigris@yahoo.com
bahterahamba@gmail.com