5:49 PTG

...APA ADA PADA NAMA...

Saya teringat dengan sejarah silam ketika sekolah dulu2..Macam2 nama yang saya dapat..ketika di SMA Sultan Ismail Dungun,  ada yang memanggil saya nik, ada yg memanggil saya bunga dan ada yg menggabungkannya menjadi nik bbunga..bila dah masuk SM Imtiaz Dungun, nama baru pula yg saya dapat antaranya nik z, nikza dan kadang2 dipanggil dengan nama penuh nik zaharah..mungkin ketika itu sahabat2 hendak membezakan saya dengan sahabat saya yg juga bernama Nik Nur Rashidah..jd mereka memanggil saya dengan Nik Z dan kawan saya Nik R..

Bila saya mula melangkah ke gerbang universiti ada sesetengah dari sahabat saya yg memanggil saya dengan nama nicky chan..saya hanya mampu tersenyum dengan panggilan itu..Biarlah asalkan mereka senang dengan saya..

Sebenarnya nama ini banyak memberi makna kepada seseorang..dengan nama kita boleh membezakan seseorang dengan seseorang yang lain..nama yg mempunyai maksud yg berbeza-beza dan indah juga mampu membentuk peribadi yg mulia..


Kita tengok kepada contoh insan yg mulia junjungan Nabi Muhammad s. a.w..Baginda di kenali di seluruh pelosok dunia sebagai Rasul kekasih Allah..Baginda juga menjadi role model dalam semua perkara hatta sehingga ke hari ini, waktu ini, saat ini dan ketika ini Baginda tetap di ingati walaupun telah lama wafat dan telah lama meniggalkan kita..

Kalau kita selongkar kembali sejarah kerasulan Baginda, selepas sahaja dilahirkan pada tanggal 12 Rabiul Awwal pada tahun gajah , Baginda di beri dengan nama yg paling indah dengan maksud yg indah juga..Apabila Rasulullah meningkat dewasa, Baginda digelar pula dengan gelaran al-amin berdasarkan peribadi Baginda yg sentiasa jujur dalam semua perkara menyebabkan masyarakat arab ketika itu amat senang dengan Baginda..

Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak dan sejurus itu penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya.

Mereka berjaya melaksanakan keputusan itu dengan baik. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya. Setiap  dari kabilah itu ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram ) sebagai hakim.

Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya.

Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang dan mereka mengangkatnya. Apabila Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda.

Dengan kecerdikan dan kebijaksanaan yg ada pada diri Rasulullah itu dapat memberi kepuasan kepada penduduk Makkah..

Cinta Rasulullah terhadap umatnya amat mendalam..Masakan tidak, sehinggakan menjelang ajal Baginda pun masih lagi menyebut UMMATI, UMMATI..tapi kita??dimana kita meletakkan cinta kita?? kdg2 kita tersalah memberi cinta kepada orang yg bukan sepatutnya..

Jadi, sama2 kita menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda cinta kita kepada Baginda..

0 ulasan: