5:53 PG

...TERENGGANU DARUL????...

Cuti baru-baru ini saya berpeluang ke Kelantan..Dari Kelantan terus pulang ke Terengganu..Disebabkan ketiadaan tiket terus ke Paka, saya terpaksa menaiki bas ke Kuala Terengganu, dan dari Kuala Terengganu ke Paka..Memang tidak dapat dinafikan, itu adalah perjalanan yg amat memenatkan..


Tapi, benarlah apa yg orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..Saya begitu sedih mengenangkan negeri kelahiran saya ini tidak lagi selamat..


kenapa saya berkata sedemikian??


Sewaktu saya asyik menunggu bas di hentian bas KT berlakunya satu kecurian..yg menyedihkan lagi, ianya berlaku di depan khalayak ramai..alangkah beraninya si pencuri itu...


Kalau sebelum ini, si pencuri masih lagi berpada-pada untuk mencuri..tp apa yg berlaku sekarang seolah2 perkara itu biasa baginya..sedikit pun tidak rasa takut sekiranya di tangkap..


Itu kes yg berlaku di hentian bas yg sememangnya kebarangkalian tuk berlakunya kecurian agak tinggi..tp apa yg menyebabkan saya lebih terkilan, sehinggakan di tempat beribadah pun kita perlu berwaspada dan berhati-hati..hurm..di mana iman manusia sampaikan tempat beribadah pun di jadikan tempat mencuri..lagi mengenai kes kecurian di Terengganu

Bukan setakat kes kecurian sahaja, malah banyak perkara yg tidak enak di dengar telah berlaku di Terengganu..kes rogol, penyalahgunaan dadah, khalwat , culik, ragut dan banyak lagi kes2 jenayah yg mana sehingga sekarang ini masih lagi tidak berjaya di banteras..

Masalahnya sekarang ini, kenapa dan mengapa perkara ini berlaku??
Adakah golongan2 pendakwah tidak menjalankan dakwah untuk memberi kesedaran??
Atau disebabkan pemimpin yg kurang mengambil perhatian tentang perkara itu???

Apa yg saya boleh katakan di sini, kembalikan semula Iman kepada Darul supaya dapat membentuk Darul Iman yg sempurna..

0 ulasan: