Bismillah walhamdulillah..
Zahrah De Tigris adalah sebuah buku yang sangat menyentuh perasaan. Buku yg banyak menyemai semangat jihad dan menceritakan tentang semangat, pengorbanan, keberanian dan kisah pahit getir seorang gadis Malaysia yg bernama Khairunnisa dalam membantu saudara seagamanya di negara yang terkenal dengan cerita-cerita seribu satu malamnya...
Namun, bg Khairunnisa, dia adalah seorang sukarelawan yg perlu menabur baktinya di situ...
Membantu masyarakat di lembah itu tanpa mengenal erti putus asa. Hatinya cekal dalam mencari redha Illahi.
Khairunnisa digambarkan sebagai seorang yg degil, dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta, cinta yang paling hakiki iaitu cinta Rabbul Izzati.
Menjadi guru dan jurubahasa membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris dan membuatkannya begitu sukar untuk meninggalkan tempat itu sebelum segala baktinya belum habis dicurahkan..Melihat kesengsaraan dan kepahitan yang dialami rakyat Mesir hampir setiap hari telah membentuk dirinya menjadi insan yang cekal dan tabah biarpun hidup jauh daripada keluarga...
Buku ini banyak mengundang pelbagai rasa di hati saya. Cemas, risau, bimbang, takut, kasihan, sedih...semuanya bercampur baur..Bagi saya, penulis telah menyampaikannya dengan tulisan yang terbaik untuk kita sama-sama menghayati trauma perang di bumi Iraq yang sedang bergolak...
Suasana alam yang penuh dengan bedilan bom-bom pada awal waktu dan di petang hari memang mencemaskan. Apatah lagi apabila melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar mangsa-mangsa yang terkena bedilan, darah penuh bersimbah dengan badan yang sudah hancur luluh bersepai..
Ketika membaca novel ini, saya merasakan seperti menonton sebuah drama perang yang tidak berkesudahan. Keadaan yang tidak stabil di alam perang yang menggila ini turut menimbulkan pelbagai fenomena yang menakutkan semua orang. Kepercayaan pun sudah tiada lagi untuk dihargai...
Mungkin sukar untuk anda menghayati kisah ini jika tidak membacanya..Jadi bagi sesiapa yg belum pernah membacanya mungkin boleh mencuba .. menghayati sebuah novel adventure-spiritual daripada penulis yang pernah menjadi Wartawan Terbaik Bahasa Inggeris 2003. Sebuah cerita yang harus dihayati oleh siapa sahaja yang cintakan kemanusiaan sejagat....
"Cerita pilu Kota Negeri Seribu Satu Malam yg menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam."
~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
0 ulasan:
Catat Ulasan