10:30 PTG

...LATIHAN INDUSTRI..

Bismillah walhamdulillah..

Esok bermulanya Latihan Industri saya di Hospital UKM..Persiapan diri perlu dibuat..

Mungkin orang memandang praktikal sebagai permulaan  mempraktikkan diri dengan suasana kerja..Tp saya tidak memandang itu..LI merupakan satu medan untuk men"taaruf" dan mengenal..mengenal dunia, masyarakat, kehidupan dan suasana..


Mungkin saja pihak hospital akan menilai dari sudut kerja, potensi, bakat, dan pengurusan saya..namun saya memandang dari sudut pandang yg berbeza.. sebagai orang yg ditarbiyah, mana mungkin peluang di depan mata dibiarkan begitu saja tanpa ada hasil kepada Islam.

Jadi,.ruang harus dijadikan peluang!!..


8 minggu praktikal, saya kira ianya adalah waktu yg cukup panjang..Mengenal kerenah manusia adalah perkara yg cukup rumit...Kalau sebelum ini, nak memahamkan golongan yg berfikiran intelek pun terasa kesukarannya, apatah lagi golongan masyarakat yg pelbagai lapisan dan tahap pemikiran..hurm, strategi perlu disusun rapi..


Jadi, perkara pertama yg harus dilakukan adalah memahami teori adab bermasyarakat..


Islam amat menekankan umatnya menjaga hubungan dalam kehidupan bermasyarakat dan ia tidak terbatas kepada sesama masyarakat Islam, malah melepasi batas agama, bangsa, keturunan, warna kulit dan bahasa pertuturan.



Dalam dunia yang penuh tohmah dan buruk sangka ini, manusia sering bertelingkah kerana tidak mengetahui kebenaran. Ada segolongan kecil yang bijak melakukan fitnah kerana hasad dengki dan terlalu cintakan dunia sehingga umat Islam sering bermusuhan sesama sendiri, sekali gus merendahkan nilai dan maruah agama di mata bukan Islam. Ia juga menjadi sebab umat Islam semakin jauh daripada ukhuwah dan silaturahim berasaskan takwa malah merenggangkan persaudaraan.
Sebagai penganut agama yang menganjurkan umatnya hidup rukun dan damai, kita dilarang melakukan perkara yang menjejas dan merosakkan hubungan baik sesama manusia. 
Allah berfirman (Surah Al-Hujuraat: 12) yg bermaksud: 
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.





Ibnu Qayyim (rahimahullah) menghuraikan hadis itu dengan menjelaskan, sesiapa yang berbuat baik kepada orang lain Allah akan berbuat baik kepada dirinya dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya.




Malah, sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, Allah akan menutup keaibannya dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah dengannya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat.
Sebagai seorang mahasiswa, perkara yg paling penting sekali yg perlu dijaga adalah sikap..kerana sikaplah yg akan menjadi nialaian utama masyarakat..Harus diingat, jika akhlak buruk, maka rosaklah imej kita sebagai seorang mahasiswa Islam..







2 ulasan:

Unknown berkata...

nik. sy LI 24 minggu. lama sggh. tp best. hehe

nikza berkata...

urm..boleh tahan la lamanya..8 minggu ni pun saya rasa cam lama doh..