2:20 PG

NOTA HIDUP



Bismillah walhamdulillah..

Sudah lama tidak meng'update' blog..

Malas ke ape, atau mungkin sibuk atau memang tiada mood untuk meng'update'.

Rutin harian juga sudah lain..Mungkin faktor itu...


Hampir 10 bulan sudah saya bergelar guru pelatih di SK Seri Paka....

Banyak juga pengalaman suka duka yang di tempuh..Kenangan-kenangan yang sangat bermakna dalam diari hidup....


Awal tahun hadapan bermulalah fasa praktikal..

Mungkin juga tahun hadapan adalah hari-hari yang menyesakkan dan menyeksakan.

Kalau diikutkan hati masih belum bersedia untuk berpraktikal..

Ilmu dalam bidang perguruan masih cetek, hanya secebis sahaja berbanding guru-guru lain yang sudah berpengalaman berpuluh-puluh tahun..


Di sinilah tempat saya mengajar sekarang (SK Seri Paka)


Kini saya berada di IPG Kota Bharu.

Menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah.

Menuntut ilmu juga...


Tempat menimba ilmu (IPG Kampus Kota Bharu)


Masa hanya tinggal seminggu untuk berehat-rehat dan bersantai-santai..

Mungkin selepas ini sibuk menguruskan Alat Bantu Mengajar sebagai persediaan untuk praktikal..

Otak juga sentiasa berfikir apa yang hendak dilakukan selepas ini.

Tiada masa juga untuk berfikir perkara lain..

Ianya menjadi satu cabaran yang besar bagi saya..

Namun,di situlah medan untuk saya belajar, menimba ilmu, mendapatkan pengalaman dan mencuba juga..

Saya telah pun memilih jalan ini maka, saya perlu sentiasa bersikap optimis..

Bukan mudah menyerah kalah !

Anda juga seharusnya begitu...

Doakan saya !




wassalam..
nikza@zahrahdetigris 
IPG Kampus Kota Bharu
6.20 petang...

9:30 PTG

KITA TIDAK SAMA..



Bismillah walhamdulillah...

Orang itu senang saja nak berjaya, sekali exam sudah dapat markah tinggi..Sdgkan aku, sudah 2 kali mengulang, masih tidak lulus juga...

Orang tu skali saja temuduga, terus boleh dapat kerja, saya ni dah banyak kali, smpai sekarang satupun tak dapat lagi..

Kawan saya tu sebulan kawin, terus dapat zuriat, sy ni dah 5 tahun kawin, masih tak dapat-dapat lagi anak..

Dia tu muda-muda lagi dah kawin, masih belajar pulak tu, aku ni dah habis belajar pun masih membujang lagi..Duit pun tak cukup-cukup lagi nak kawin..


UJIAN KITA BERBEZA

Manusia itu diciptakan berbeza-beza..

Ujian yang diterima juga berbeza-beza..

Mungkin keinginan kita sama, namun perjalanan untuk meraihnya berbeza..

Orang yang berjaya mendapat apa yang diingini hakikatnya juga telah menempuh berbagai-bagai dugaan dan rintangan..Mungkin lebih hebat ujiannya..


Orang yang berjaya dalam hidupnya siapa tahu dia diuji dengan masalah keluarga..

Orang yang kaya-raya siapa tahu dia diuji dengan kehidupan yang tidak membahagiakan..

Orang yang ramai anak siapa tahu  dia diuji dengan anak-anak yang kurang baik akhlaknya...


لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡہَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡ‌ۗ
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah al-Baqarah: Ayat 286)

REDHA


Ubat terbaik bagi kita sebagai hamba adalah Redha..

Redha bukan sahaja dengan apa yang kita miliki, namun redha juga dengan apa yang dimiliki oleh orang lain..

Sentiasalah tanamkan dalam fikiran bahawa Allah pasti akan memakbulkan segala doa-doa kita, cuma mungkin saatnya belum tiba..

Jadi, bersabarlah menantikan saat itu..


Sabda Nabi:-


إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُ


Ertinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barang siapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” 
( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)



MUHASABAH









Bermuhasabahlah sentiasa..

Fikirkan sejauh mana usaha yang dilakukan, sebanyak mana doa dipanjatkan kepadaNYA..

Jika hanya secebis usaha dan doa sahaja yang dilakukan, maka hari ini cuba petingkatkan..

Jangan meletakkan 'keputus asaan' itu dihadapan..

Tapi letakkan kata-kata bahawa PASTI ADA HIKMAH DI SEBALIK APA YANG ALLAH BERIKAN...




wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com  




8:09 PTG

PEMARAH DAN PEMAAF

Bismillah walhamdulillah..


Kali ini saya ingin berkongsi satu cerita pendek..



ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِى ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡڪَـٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِ‌ۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ 
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. 
Surah Al-Imran ayat 134

wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

6:24 PG

BUKAN MILIK KITA...REDHALAH


Bismillah walhamdulillah..

Dalam melalui liku-liku kehidupan ini, seringkali didatangi dengan kekecewaan...Yang diingini tidak didapati, yang diharapkan tidak kunjung tiba malah apa yang diimpikan, lain pula yang terjadi...Lalu, apalagi yang akan lahir dari hati?? Kekecewaan bukan??

Allah..Sungguh! saat itu sangat sukar dan perit untuk dilalui..

Namun, sangat beruntung bagi orang-orang yang mampu menyembunyikan rasa kekecewaan itu..Dalam kecelaruan jiwa itu, masih mencari-cari kasih sayang Tuhan..Dalam hati itu masih ada sifat untuk mahu redha...Malah, rasa penghambaan diri kepadaNYA itu semakin menggunung tinggi...

Seringkali kita rasakan apa yg kita ada itulah milik kita..Namun kita tersilap..Hakikatnya apa yang kita ada itu bukan milik kita..Pinjaman semata-mata..

Jadi, belajarlah untuk redha..

HAKIKAT REDHA

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.
2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :
* Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.
* Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :
Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.
Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

” Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh – sungguh “. ( Surah An-Nisaa’ : Ayat 65 )
Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

” Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ‘ Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju “.
( Surah At Taubah : Ayat 59 )
Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada .
Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. ‘Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ‘,Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 )
Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq.
Redha Dengan Qada’ :
Redha dengan qada’ iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.
Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata :

"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ".
Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan :

"Segala puji bagi Allah atas segala perkara ".
Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud :
"Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! ” Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata… itu memberi peluang pada syaitan ” . (Riwayat Muslim)
Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :
Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.
Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
"Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya".
( Riwayat Muslim )

wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

6:11 PG

...TAZKIRAH RINGKAS...




Bismillah walhamdulillah...

Suatu hari, berkata Abu Dzar kepada Rasulullah :
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku mencintai 3 perkara..

Rasulullah bertanya:
Apakah 3 perkara itu, wahai Abu Dzar?

Maka Abu Dzar menjawab:
  1. Lapar
  2. Sakit
  3. Mati
Rasulullah bertanya lagi:
Mengapa demikian??

Jawab Abu Dzar:
1-Saya cintakan lapar, kerana dengan lapar dapat menjernihkan hati.
2-Saya cintakan sakit kerana dapat mengurangkan dosa saya.
3-Saya cintakan mati kerana melalui mati saya dapat menemui Allah SWT.


Perjalanan cerita yang sangat ringkas, namun ianya sangat berkesan untuk menghidupkan hati-hati kita yang ketandusan pengisian rohani..

Semoga beroleh manfaat~~


wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com

1:48 PG

MASA:CEPAT ATAU LAMBAT??





Bismillah walhamdulillah..

Tinggal hanya 2 bulan sahaja lagi akan meninggalkan tahun 2011..2012 pula bakal menyusul..Allah...terasa masa itu begitu pantas berlalu pergi...

Sesungguhnya, kita telah berada dlm kesuntukan masa..Masa untuk kita membuat amal itu semakin singkat..Malah, masa untuk kita kembali kpd Allah pula semakin menghampiri...

Allahurobbi...


اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس
Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling  sempurna akalnya. 
الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والعاجز من اتبع نفسه هواها ، وتمنى على الله  
Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan  bercita-cita untuk mendapat  keredaan  Allah tanpa beramal


Mengingati mati adalah motivasi paling berkesan untuk kita sentiasa istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan amal-amal soleh sebagai bekal di akhirat kelak...
Pada ketika itu tiada apa yang mampu membantu kita melainkan segala amal soleh yang kita lakukan di dunia...


Sama-samalah kita muhasabah diri...




wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com


6:53 PG

...PERJALANAN HIDUP...



Bismillah walhamdulillah...

Di saat sedih melanda diri, perjalanan hidup itu dirasakan amat payah dan perit untuk di lalui..Berat untuk melangkah..Seolah-olah merasakan ingin memutarkan masa meninggalkan segala keperitan yang dilalui..Namun apakan daya, kita hanyalah manusia ciptaanNya yang banyak kelemahan berbanding DIA yang MAHA kuasa atas segala sesuatu..
.
Dan seharusnya kita ingat:-

Sesuatu yang diimpikan tidak selalunya menjadi kenyataan..

Tetapi, apa yang tidak diduga selalunya berlaku dengan tiba-tiba..

Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam..

Tetapi, usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selam-lamanya..

Maka,

Teruskan perjalanan walaupun banyak rintangan kerana DIA sentiasa bersama orang yang beriman..

Dan bersyukurlah kita kerana dengan kesedihan yang dialami itulah membuatkan kita kembali kepada Allah..

Semoga kesedihan itu akan berlalu pergi...

Dan insyaAllah sang pelangi itu akan muncul selepas gerimis..




wassalam..
nikza@zahrahdetigris
http://Zahrahdetigris.blogspot.com