8:24 PTG

...HEBAT SEORANG MANUSIA...

Bismillah walhamdulillah..

Hebat manusia kerana ujian..

Lemah manusia juga kerana ujian..

Bila di uji, kita merasakan itulah ujian yg berat dan sukar..

Sedangkan orang lain di uji lebih hebat..

Ingatlah..Ujian itu adalah tapisan..

Sebagaimana tentera Thalut...
Ujian demi ujian dilakukan....Tapisan demi tapisan..

Maka, terhasillah tentera-tentera yg benar-benar beriman..

وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ءَايَةَ مُلۡڪِهِۦۤ أَن يَأۡتِيَڪُمُ ٱلتَّابُوتُ فِيهِ سَڪِينَةٌ۬ مِّن رَّبِّڪُمۡ وَبَقِيَّةٌ۬ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسَىٰ وَءَالُ هَـٰرُونَ تَحۡمِلُهُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ لَّڪُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ (٢٤٨)  فَلَمَّا فَصَلَ طَالُوتُ بِٱلۡجُنُودِ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ مُبۡتَلِيڪُم بِنَهَرٍ۬ فَمَن شَرِبَ مِنۡهُ فَلَيۡسَ مِنِّى وَمَن لَّمۡ يَطۡعَمۡهُ فَإِنَّهُ ۥ مِنِّىٓ إِلَّا مَنِ ٱغۡتَرَفَ غُرۡفَةَۢ بِيَدِهِۦ‌ۚ فَشَرِبُواْ مِنۡهُ إِلَّا قَلِيلاً۬ مِّنۡهُمۡ‌ۚ فَلَمَّا جَاوَزَهُ ۥ هُوَ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَهُ ۥ قَالُواْ لَا طَاقَةَ لَنَا ٱلۡيَوۡمَ بِجَالُوتَ وَجُنُودِهِۦ‌ۚ قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُواْ ٱللَّهِ ڪَم مِّن فِئَةٍ۬ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةً۬ ڪَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (٢٤٩)



Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang-orang yang beriman. (248) 


Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang mencedok satu cedokan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.(249)


(al-Baqarah:248-249)

Ujian itu untuk melatih diri dengan SABAR...
Namun, sabar itu bukan perkara yg mudah..

Ianya SUKAR tp MANIS akan menyusul jika berjaya menghadapinya...



~~http://Zahrahdetigris.blogspot.com~~

12:54 PG

...HIKMAH HATI...



Bismillah walhamdulillah..

Subhanallah..
Sy begitu teruja..
Sy begitu kagum..
Sy begitu sedih..

Itulah gambaran perasaan sy ketika ini..
Perasaan setelah usai sahaja menghabiskan Novel Hikmah Hati hasil karangan Maszlee Malik ..
Kisah Ghulam yg sangat menyentuh hati...

Saya pasti mungkin anda semua pernah mendengar kisah seorang budak yg bernama Ghulam yg hanya mati selepas dipanah oleh Sang Raja yg zalim dengan menyebut kalimah agung setelah beberapa cubaan bunuh ke atasnya tidak berjaya..

Mungkin itu cerita yg biasa dan selalu di dengari..
Tp, Novel ini seolah-olah telah membawa sy kepada satu dimensi baru..
Ada kekuatannya yg tersendiri..

Kandungan kata-kata hikmahnya juga sangat menarik........

" Harta jgn dibiarkan mendiami hati, nanti ia akan hilang nikmatnya. Kita akan lupa diri dan kepuasan tidak akan dapat dikecapi. Letakkan harta di hujung jari, kita akan rasa berpuas hati. Nikmatnya akan sentiasa dirasai, hati akan sentiasa puas." 

" Apabila TUHAN yg kita letakkan di dalam hati, maka basirah akan memandu kehidupan kita. Pada waktu itu, dunia tiada ertinya lagi, hanya sebagai tempat tumpangan lalu sahaja. Akhirat yang lebih dikejarkan kerana ia akan kekal abadi." 

" Ramai pejuang yg boleh bertahan dengan ujian kesusahan dan kepayahan, tetapi ramai yg telah kecundang dengan ujian keduniaan, pangkat, kemewahan dan wanita. Takutilah kamu dgn ujian yg hebat ini, ia tidak menyakitkan tetapi kesannya amat mendalam."

Baru ku tahu, dunia yang ingin kurebut sudah ada pemiliknya....
Subhanallah...
Ku mendapat semangat yg baru...




~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[ 12 April 2011/ 8 Jamadil Awwal 1432H]

6:25 PTG

...BERI DAN TERIMA...

Bismillah walhamdulillah

Hari ini akan menjadi titik sejarah untuk hari esok..Lumrah alam, akan sentiasa silih berganti...Malam akan menjadi siang, siang menjadi malam..Roda kehidupan terus  berputar, sekejap di atas, sekejap di bawah..

Semakin hari, kita semakin menghampiriiiiiiiiiiiii...........................MATI !!!!!!!!
Itu hakikat...x mampu kita lari darinya


------------------xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx--------------------

Idea menulis datang mencurah-curah tp diri ini pula tidak dapat nk "concentrate" betul2 untuk menulis ditambah pula dgn kesihatan yg kurang mengizinkan..Jd, untuk post kali ini, sy sekadar ingin berkongsi beberapa link penulisan dari blog-blog yg dikunjungi..Semoga anda semua mendapat manfaat darinya....


  1. Kita Mampu Bersedekah
  2. Hikmah dari Sujud
  3. Hikmah Musibah
  4. Hebatnya kata 'TOLONG'
  5. Memilih Ibu untuk si Anak
  6. Ceritera 4 Lilin
  7. Buatmu si Gadis
  8. Booster Motivasi



~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[ 8 April 2011/ 4 Jamadil Awwal 1432H]