12:54 PG

...HIKMAH HATI...



Bismillah walhamdulillah..

Subhanallah..
Sy begitu teruja..
Sy begitu kagum..
Sy begitu sedih..

Itulah gambaran perasaan sy ketika ini..
Perasaan setelah usai sahaja menghabiskan Novel Hikmah Hati hasil karangan Maszlee Malik ..
Kisah Ghulam yg sangat menyentuh hati...

Saya pasti mungkin anda semua pernah mendengar kisah seorang budak yg bernama Ghulam yg hanya mati selepas dipanah oleh Sang Raja yg zalim dengan menyebut kalimah agung setelah beberapa cubaan bunuh ke atasnya tidak berjaya..

Mungkin itu cerita yg biasa dan selalu di dengari..
Tp, Novel ini seolah-olah telah membawa sy kepada satu dimensi baru..
Ada kekuatannya yg tersendiri..

Kandungan kata-kata hikmahnya juga sangat menarik........

" Harta jgn dibiarkan mendiami hati, nanti ia akan hilang nikmatnya. Kita akan lupa diri dan kepuasan tidak akan dapat dikecapi. Letakkan harta di hujung jari, kita akan rasa berpuas hati. Nikmatnya akan sentiasa dirasai, hati akan sentiasa puas." 

" Apabila TUHAN yg kita letakkan di dalam hati, maka basirah akan memandu kehidupan kita. Pada waktu itu, dunia tiada ertinya lagi, hanya sebagai tempat tumpangan lalu sahaja. Akhirat yang lebih dikejarkan kerana ia akan kekal abadi." 

" Ramai pejuang yg boleh bertahan dengan ujian kesusahan dan kepayahan, tetapi ramai yg telah kecundang dengan ujian keduniaan, pangkat, kemewahan dan wanita. Takutilah kamu dgn ujian yg hebat ini, ia tidak menyakitkan tetapi kesannya amat mendalam."

Baru ku tahu, dunia yang ingin kurebut sudah ada pemiliknya....
Subhanallah...
Ku mendapat semangat yg baru...




~~~http://zahrahdetigris.blogspot.com~~~
[ 12 April 2011/ 8 Jamadil Awwal 1432H]

0 ulasan: