5:49 PTG

...APA ADA PADA NAMA...

Saya teringat dengan sejarah silam ketika sekolah dulu2..Macam2 nama yang saya dapat..ketika di SMA Sultan Ismail Dungun,  ada yang memanggil saya nik, ada yg memanggil saya bunga dan ada yg menggabungkannya menjadi nik bbunga..bila dah masuk SM Imtiaz Dungun, nama baru pula yg saya dapat antaranya nik z, nikza dan kadang2 dipanggil dengan nama penuh nik zaharah..mungkin ketika itu sahabat2 hendak membezakan saya dengan sahabat saya yg juga bernama Nik Nur Rashidah..jd mereka memanggil saya dengan Nik Z dan kawan saya Nik R..

Bila saya mula melangkah ke gerbang universiti ada sesetengah dari sahabat saya yg memanggil saya dengan nama nicky chan..saya hanya mampu tersenyum dengan panggilan itu..Biarlah asalkan mereka senang dengan saya..

Sebenarnya nama ini banyak memberi makna kepada seseorang..dengan nama kita boleh membezakan seseorang dengan seseorang yang lain..nama yg mempunyai maksud yg berbeza-beza dan indah juga mampu membentuk peribadi yg mulia..


Kita tengok kepada contoh insan yg mulia junjungan Nabi Muhammad s. a.w..Baginda di kenali di seluruh pelosok dunia sebagai Rasul kekasih Allah..Baginda juga menjadi role model dalam semua perkara hatta sehingga ke hari ini, waktu ini, saat ini dan ketika ini Baginda tetap di ingati walaupun telah lama wafat dan telah lama meniggalkan kita..

Kalau kita selongkar kembali sejarah kerasulan Baginda, selepas sahaja dilahirkan pada tanggal 12 Rabiul Awwal pada tahun gajah , Baginda di beri dengan nama yg paling indah dengan maksud yg indah juga..Apabila Rasulullah meningkat dewasa, Baginda digelar pula dengan gelaran al-amin berdasarkan peribadi Baginda yg sentiasa jujur dalam semua perkara menyebabkan masyarakat arab ketika itu amat senang dengan Baginda..

Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak dan sejurus itu penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya.

Mereka berjaya melaksanakan keputusan itu dengan baik. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya. Setiap  dari kabilah itu ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram ) sebagai hakim.

Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya.

Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda kemudiannya menyuruh setiap kabilah memegang hujung selendang dan mereka mengangkatnya. Apabila Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda.

Dengan kecerdikan dan kebijaksanaan yg ada pada diri Rasulullah itu dapat memberi kepuasan kepada penduduk Makkah..

Cinta Rasulullah terhadap umatnya amat mendalam..Masakan tidak, sehinggakan menjelang ajal Baginda pun masih lagi menyebut UMMATI, UMMATI..tapi kita??dimana kita meletakkan cinta kita?? kdg2 kita tersalah memberi cinta kepada orang yg bukan sepatutnya..

Jadi, sama2 kita menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda cinta kita kepada Baginda..

5:53 PG

...TERENGGANU DARUL????...

Cuti baru-baru ini saya berpeluang ke Kelantan..Dari Kelantan terus pulang ke Terengganu..Disebabkan ketiadaan tiket terus ke Paka, saya terpaksa menaiki bas ke Kuala Terengganu, dan dari Kuala Terengganu ke Paka..Memang tidak dapat dinafikan, itu adalah perjalanan yg amat memenatkan..


Tapi, benarlah apa yg orang kata jauh perjalanan luas pemandangan..Saya begitu sedih mengenangkan negeri kelahiran saya ini tidak lagi selamat..


kenapa saya berkata sedemikian??


Sewaktu saya asyik menunggu bas di hentian bas KT berlakunya satu kecurian..yg menyedihkan lagi, ianya berlaku di depan khalayak ramai..alangkah beraninya si pencuri itu...


Kalau sebelum ini, si pencuri masih lagi berpada-pada untuk mencuri..tp apa yg berlaku sekarang seolah2 perkara itu biasa baginya..sedikit pun tidak rasa takut sekiranya di tangkap..


Itu kes yg berlaku di hentian bas yg sememangnya kebarangkalian tuk berlakunya kecurian agak tinggi..tp apa yg menyebabkan saya lebih terkilan, sehinggakan di tempat beribadah pun kita perlu berwaspada dan berhati-hati..hurm..di mana iman manusia sampaikan tempat beribadah pun di jadikan tempat mencuri..lagi mengenai kes kecurian di Terengganu

Bukan setakat kes kecurian sahaja, malah banyak perkara yg tidak enak di dengar telah berlaku di Terengganu..kes rogol, penyalahgunaan dadah, khalwat , culik, ragut dan banyak lagi kes2 jenayah yg mana sehingga sekarang ini masih lagi tidak berjaya di banteras..

Masalahnya sekarang ini, kenapa dan mengapa perkara ini berlaku??
Adakah golongan2 pendakwah tidak menjalankan dakwah untuk memberi kesedaran??
Atau disebabkan pemimpin yg kurang mengambil perhatian tentang perkara itu???

Apa yg saya boleh katakan di sini, kembalikan semula Iman kepada Darul supaya dapat membentuk Darul Iman yg sempurna..

2:35 PG

...CUTI MID SEM...


Hari Sabtu ini bermulanya cuti mid sem..argh, tak sabar rasanya nak balik..walaupun jasad masih lg berada di KL tp hati dah jauh menerawang di rumah...Alhamdulillah, cuti ni bolehla saya balik kampung memandangkan tiada apa2 program sepanjang cuti..itu berdasarkan pemerhatian saya, tp tak taulah...huhu

Doh, raye cina ni balik ghumoh ke dok??? cuti 9 hr kang, dok kang dok balik???

Jawapan yg saya berikan kepada persoalan ayah saya itu amat2 mengembirakannya..saya akan balik cuti ni..

Sebelum balik, byk perkara yg  perlu saya 'settle'kan..assgment, lab report, slide pembentgn, surat dan borang permohonan untuk latihan industri...semuanya boleh memeningkan kepala kalau tak di'settle'kan dgn baik..

Masa nilah saya perlu mempraktikkan segala apa yg telah saya dapat dalam proses tarbiyah...iaitu belajar tuk serap tekanan..Bila dah berlaku begini, ianya bukan lg retorik semata-mata, tp benar2 berlaku..hurm, begitu bermaknanya tarbiyah rohaniah dan jasadiah bg saya..tp bukan semua org yg boleh menerima pertarbiyahan yg 'syadid' sebegitu..

Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih lagi mampu berpijak di bumi nyata..menikmati keindahan alam ciptaan Allah..Malah  pentarbiyahan itu banyak mematangkan saya...

Setakat ini saya tidak merancang apa2 aktiviti untuk mengisi ruang cuti saya..Biarlah cuti ini saya penuhi dengan berkhidmat kepada kedua ibu bapa saya dan keluarga selain menyiapkan segala assigment yg tidak sempat disiapkan...

Buat sahabat2 yg tidak pulang ke kampung cuti ni, teruskan perjuangan kalian...Semoga Allah memberkati di atas segala pengorbanan kalian..

P/S : terlalu excited nak balik rumah sampaikan penulisan kali ni diselitkan  sedikit dgn loghat terengganu..maaf kalau ada yg x paham..huhu

2:32 PG

...U-TURN KE JALAN LURUS...


Ramai di kalangan sahabat2 saya mengatakan buku ini sangat menarik..Bukan sahaja menarik dari sudut isinya, malah berjaya menarik diri saya untuk membacanya..

Agak sukar untuk saya berkongsi di sini kerana bentuk penulisan yg di mainkan oleh penulis adalah dalam bentuk pelbagai kisah pendek yg banyak memberi teladan..

Jadi, saya hanya mampu mem'promote'kan buku ini sahaja..Bagi sape2 yg berminat bolehla dapatkan buku ni @ boleh la pinjam dgn saya..sape cepat dia dapat pinjam dulu..huhu

"PENGAJARAN HEBAT DALAM PERUBAHAN DIRI"

6:34 PG

...KESEIMBANGAN = EQUILIBRIUM...


Begitu teraturnya alam ini diciptakan..setiap sesuatu itu ada kesimbangannya ...ada siang diciptakan malam, ada lelaki diciptakan perempuan, setiap makhluk yg diciptakan menjadi pelengkap antara satu sama lain...

Tetapi ada satu perkara yg sering kita lupa untuk menyeimbangkannya..

Apa dia????

Kadang-kadang kita lupa untuk berterima kasih dan bersyukur  atas segala pemberian Allah s.w.t...bila perkara ini  kita tidak cuba untuk menyeimbangkannya kembali, maka tunggulah saat kehancuran akan berlaku..


Organ dalam badan seperti ginjal kita sendiri pun perlu mencapai keseimbangan, kalau tidak penyakitlah yg kita dapat...itulah ibaratnya sekiranya kita tidak bersyukur di atas segala nikmat yg Allah berikan malah akan berlaku lebih dahsyat dari itu..

sama-sama kita muhasabah kembali...

P/S: sekadar peringatan kita bersama yg sering lupa dan alpa..

6:31 PG

...KONGSI FILEM...

PART 1

PART 2


Filem ni bukannya filem baru...Mungkin ada di kalangan sahabat2 yg sudah menonton filem ini..Bagi sahabat2 yg belum tonton filem ni dan berminat boleh la tonton jika ada masa lapang...Sama-sama kita ambil iktibar dari kisah ini...

P/S: saya hanya memuatkan 2 part sahaja yg lain boleh dapatkan di you tube..taip je kun fayakun..selamat menonton

6:17 PTG

...BENARKAH MPMUM PENERAJU PERUBAHAN??...


Buku ini adalah hasil analisis setahun MPMUM di bawah pimpinan PRO MAHASISWA sesi 2009/2010..Telah banyak perubahan yg  dilakukan sepanjang sesi kepimpinan MPMUM 09/10.. antaranya perubahan dalam FESKUM, FEMINA '09, dari segi kebajikan mahasiswa, MPMUM di persada nasional, MPMUM dan media dan banyak lagi..


Dan yg paling penting, Universiti Malaya (UM) berjaya meletakkan Malaysia semula dalam senarai 200 universiti terbaik oleh Times Higher Education (THE)-QS World University Rankings 2009 selepas melonjak sebanyak 50 tangga  ke tangga 180 tahun lepas merupakan perubahan yg paling memberi kesan  kepada kita selaku warga UM..


Tahniah MPMUM 09/10..
" MAHASISWA AGEN PERUBAHAN"


P/S: nak tahu lebih lanjut bolehlah dapatkan buku ni..