2:35 PG

...CUTI MID SEM...


Hari Sabtu ini bermulanya cuti mid sem..argh, tak sabar rasanya nak balik..walaupun jasad masih lg berada di KL tp hati dah jauh menerawang di rumah...Alhamdulillah, cuti ni bolehla saya balik kampung memandangkan tiada apa2 program sepanjang cuti..itu berdasarkan pemerhatian saya, tp tak taulah...huhu

Doh, raye cina ni balik ghumoh ke dok??? cuti 9 hr kang, dok kang dok balik???

Jawapan yg saya berikan kepada persoalan ayah saya itu amat2 mengembirakannya..saya akan balik cuti ni..

Sebelum balik, byk perkara yg  perlu saya 'settle'kan..assgment, lab report, slide pembentgn, surat dan borang permohonan untuk latihan industri...semuanya boleh memeningkan kepala kalau tak di'settle'kan dgn baik..

Masa nilah saya perlu mempraktikkan segala apa yg telah saya dapat dalam proses tarbiyah...iaitu belajar tuk serap tekanan..Bila dah berlaku begini, ianya bukan lg retorik semata-mata, tp benar2 berlaku..hurm, begitu bermaknanya tarbiyah rohaniah dan jasadiah bg saya..tp bukan semua org yg boleh menerima pertarbiyahan yg 'syadid' sebegitu..

Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih lagi mampu berpijak di bumi nyata..menikmati keindahan alam ciptaan Allah..Malah  pentarbiyahan itu banyak mematangkan saya...

Setakat ini saya tidak merancang apa2 aktiviti untuk mengisi ruang cuti saya..Biarlah cuti ini saya penuhi dengan berkhidmat kepada kedua ibu bapa saya dan keluarga selain menyiapkan segala assigment yg tidak sempat disiapkan...

Buat sahabat2 yg tidak pulang ke kampung cuti ni, teruskan perjuangan kalian...Semoga Allah memberkati di atas segala pengorbanan kalian..

P/S : terlalu excited nak balik rumah sampaikan penulisan kali ni diselitkan  sedikit dgn loghat terengganu..maaf kalau ada yg x paham..huhu

0 ulasan: