Crazy Text Generator - MySpace Layouts
Crazy Text Generator - MySpace Layouts
Label: IKLAN
Tentera Israel Bina Sistem Maklumat PDRM
Malaysia kini berhadapan dengan risiko bahawa segala maklumat dan rahsia negara kini berada dalam risikan asing yang turut menyusup dalam pentadbiran Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin dalam laman web beliau.
Menurut Badrul, Bekas tentera Israel, Izhak David Naskar dipercayai bertanggungjawab membina sistem komunikasi yang bernilai RM42 juta untuk PDRM.
Izhak merupakan bekas tentera Zionis yang berkhidmat sebagai programmer Israel dan memegang pasport Israel bernomber 10902695. Beliau juga masih merupakan warganegera Israel.
"Paling membimbangkan ialah Izhak bukan sahaja merupakan tentera atau 'programmer' biasa, malah beliau adalah pakar sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel," jelas Badrul.
"Izhak juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987," dakwanya lagi.
SELANJUTNYA..
Umno Gadai Keselamatan Negara Kepada Zionis
Akar umbi Umno dikatakan semakin resah dengan pendedahan terbaru yang menunjukkan hubungan semakin “selesa’ antara kerajaan pimpinan Najib Razak dan rejim Israel.
Selain menggunakan khidmat syarkat perunding APCO Worldwide yang dimiliki oleh orang Yahudi, kerajaan Umno-Barisan Nasional kini dilaporkan mengguna khidmat seorang bekas pegawai tentera Israel untuk merombak sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia.
Pegawai berkenaan yang dipercayai menjalankan tugas itu menerusi syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang mendapat tender berkenaan yang bernilai RM42 juta.
Syarikat itu adalah milik penuh dari syarikat tunggalnya, Asiasoft Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura.
Dakwaan terbaru ini pasti menambah kecurigaan ahli Umno dan rakyat yang selama ini mahukan Malaysia kekal menolak sebarang hubungan diplomatik dan perniagaan dengan Israel atau syarikat-syarikat Yahudi.
Dasar itu sebagai menzahirkan sokongan dunia Islam terhadap penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel sekian lama.
SETERUSNYA..
Crazy Text Generator - MySpace Layouts
Label: BERITA
Didapati tindakbalas jenis darah terhadap/kepada tekanan (stess) mempengaruhi fungsi hormon thyroid pada peringkat selular. Tahap atau amaun hormon ini sangat kritikal bagi mengawal tahap lemak dalam badan.
Struktur protein pengalihlektin, yg terdapat dalam makanan mempunyai tindakbalas spesifik dalam sel-sel,tisu-tisu dan sistem imun yg mana ianya bergantung kepada jenis darah.
Jenis A dan AB adalah dua kumpulan yang tahan dengan diet vegan: vegetarian.
Oleh yg demikian adalah disyorkan bagi sesiapa yg mempunyai darah:-
Jenis O :
mengambil lebih protein dari sumber haiwan
fokus dalam menangani dan menguruskan perasaan marah
mengambil bahagian dalam riadah berat
Jenis A :
mengambil makanan dari sumber sayur dan ulam
menumpukan menguruskan tekanan (stress)
melibatkan riadah ringan bagi menangani stress
rehat antara tugasan harian bagi mendapat tumpuan kerja/tugas.
Anda adalah seorang vegetarian, jadi hendaklah mengambil banyak kabohidrat dan kurangkan lemak. hendaklah sentiasa mengamalkan riadah ringan seperti bermain golf dan berdusun. Risiko kanser dan penyakit kardiovaskular sangat rendah jika anda pandai dalam menjaga nutrisi
Jenis B :
pelbagaikan diet
tumpukan kepada minda yang kreatif
melibatkan dalam meditasi bagi menangani stress
elakkan tindakbalas emosi berlebihan.
Jika anda adalah seorang yg kurus dan bercita-cita untuk menggemukkan badan anda disyorkan untuk memakan:-
Sayur hijau
daging, telur
susu rendah lemak
hati
Jenis AB:
Makan sedikit tetapi lebih kerap
tumpukan dalam membaiki kecenderungan spiritual
riadah ringkas tetapi berulang-ulang dalam sehari bagi mendapatkan tenaga
"JAGALAH KESIHATAN ANDA BAGI MENERUSKAN PERJUANGAN YG BELUM SELESAI"
Crazy Text Generator - MySpace Layouts
Label: KESIHATAN
Tiada apa yg ingin dicoretkan dalam penulisan kali ni.. sekadar nak mengabadikan kenangan sepanjang 2 hari cuti hujung minggu..semalam berziarah mesra ke rumah mak angkat kepada sahabat satu rumah..beruntung dapat berkenal-kenalan dengan Cik Ain yg baik hati..satu pengalaman yg baik..
Kalau nak tahu saya ni memang suka berjalan2 n meronda- ronda..InsyaAllah meronda-ronda untuk kebaikan yakni mengeratkan tali persaudaraan..Dalam Islam sendiri menyuruh kita bersilaturrahim sesama manusia sebagaimana yg diterangkan dalam entri sebelum ini..
Namun, penulisan saya kali ini bukannya berkisar tentang silaturrahim, sebaliknya mengenai nikmat-nikmat yg Allah kurniakan..Alhamdulillah saya panjatkan kepada Allah yg masih lagi memberikan saya nikmat deria rasa dan penglihatan yg sempurna..kalau tidak, maka keenakan makanan2 dan pemandangan yg indah di sekitar KL sepertimana di bawah ini tidak dapat dinikmati dengan sebaiknya..
Label: DIARI
Label: GAME
Label: DIARI
Label: IKLAN
Dalam arus perkembangan dunia yg semakin pesat, kita boleh lihat berapa ramai graduan yg masih lagi mengganggur dan masih lagi dalam fasa2 mencari kerja sedangkan mereka ini adalah golongan yg 'first class' dalam pencapaian akademiknya, seringkali mendapat pointer 3.5 ke atas..Namun pernahkah kita memikirkan kenapa n mengapa berlakunya sedemikian???
Apa yg selalu diperkatakan oleh kebanyakan orang adalah disebabkan terlalu kuatnya persaingan di antara graduan2..zaman telah pun berubah..remaja2 zaman sekarang adalah merupakan cerdik pandai dan amat mementingkan pendidikan bagi mendapatkan kerja yg bagus dan pangkat yg tinggi..
Disebabkan terlalu obses terhadap kecemerlangan dunia ini bagi mendapatkan kerjaya yg diingini sehinggakan ada di kalangan mahasiswa sanggup melakukan apa sahaja.. Sebagai contoh ada di kalangan mereka ini sanggup meniru semasa proses peperiksaan ataupun ujian sedang dijalankan..Memang perkara ini terlalu kecil pada pengamatan kasar kita, namun ianya adalah masalah besar yang perlu kita renungi..SOAL KEBERKATAN..
Sepertimana yang saya jelaskan tadi, memang perkara itu kita lakukan untuk kesenangan pada masa sekarang tetapi kesannya pada masa akan datang.
Kadang-kadang orang yang bukan dari golongan yang 'first class' dalam akademiknya mendapat kerja yang lebih cepat dari golongan yang 'first class' itu tadi..
Kadang2 orang yg kurang cemerlang dalam akademiknya mendapat kerja yg lebih baik dari golongan yg cemerlang dalam akademiknya..
Dan kadang2 orang yg kurang berjaya dalam hidup lebih banyak rezekinya berbanding orang yang berjaya mendapatkan Ph D...
Sudahkah kita sedar mengapa perkara ini berlaku????
Saya tidak bermaksud kita tidak perlu mendapatkan kejayaan dengan cemerlang...tidak sama sekali!!! Apapun kita perlu sentiasa berusaha n terus berusaha..Tapi kita perlu sentiasa beringat dalam melakukan sesuatu..
~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
Label: TAZKIRAH
"MENJANA GERAKAN BARU MAHASISWA"
~http://zahrahdetigris.blogspot.com~
Label: IKLAN
Bukan senang tuk dapatkannya..dah banyak tempat dan kedai yg telah saya kunjungi namun tidak juga saya temui sehinggalah sekarang ini..
Aduuuuhhhh!!! Susah juga bila dah jatuh cinta ni ye..Entah sejak bila pula saya mula mencintai buku ..Kalau dulu bukan main malas nak baca buku..beli bukunya banyak, tp sekadar jadi perhiasan sahaja di atas rak..tapi sekarang pantang tengok buku aje terus nak beli n baca..
Sekarang baru saya mengerti mengapa orang boleh angau bila terkena penangan cinta di antara lelaki dgn perempuan...Mungkin lebih hebat dari cinta saya terhadap buku.. betul ke andaian saya ni??? entahlah saya pun tak pernah pulak bercinta dan berada dalam situasi itu ..itu sekadar andaian saya, mungkin betul dan mungkin tidak..tp kalau tengok kepada realiti, perkara itu yg sering berlaku..Bila dah terkena susah nak hapuskannya..
ubat terbaik adalah KAHWIN!!!! habis cerita!!!!
Label: BUKU
Kalau dulu, setiap kali mengikuti program motivasi, motivator selalu mengingatkan supaya bangkit sahaja dari tidur, lihat cermin sambil tersenyum..dengan ini kita akan sentiasa ceria sepanjang hari..Itu berdasarkan kepada pengkajian dan pengamalan barat yg percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup bahkan memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. .
Menurut ilmu medik, hormon ini memiliki khasiat yang boleh mengurangi rasa sakit secara fizik dan secara psikis. Begitu pula, otot yang berkontraksi ketika kita tersenyum jauh lebih sedikit daripada otot yang berkontraksi kita marah. Jadi elakkan marah, nanti cepat tua pula..
Bukan itu sahaja, kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik dan yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan berlakunya sakit jantung.
Senyum yang dianjurkan Nabi adalah senyum yang tulus dan ikhlas. Ketulusan dan ikhlas itu penting kerana di situlah nilai pahala itu tersimpan. Senyum yang tulus hukumnya sunnah namun jika senyum itu diungkapkan secara terpaksa, maka nilainya adalah tidak sama sepertimana senyuman yg tulus dan ikhlas.
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu sebagai satu sedekah dan mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Satu senyuman tidak memerlukan modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan yg lain dan mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah ataupun mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
Satu lagi fakta yg tidak boleh di sangkal lagi iaitu senyum boleh membuatkan kita awet muda..Jadi, senyumlah sokmo...tapi jangan tersalah senyum kepada orang yg bukan sepatutnya pula...hehehe
Label: PERKONGSIAN
Di sini saya sediakan sedikit info mengenai masalah ini hasil dari pembelajaran dalam kelas Fisiologi pagi tadi..
'Hiccups' atau dalam bahasa Melayunya adalah 'sedu' merupakan satu pergerakan tidak sengaja (kekejangan) pada diafragma di mana kekejangan itu diikuti oleh penutupan pitasuara yg akan mengeluarkan satu bunyi yg tersendiri
penyebab boleh berlakunya sedu:-
- wasap beracun / asap yg berbahaya
- makanan / cecair panas dan pedas
- sebarang penyakit / gangguan saraf yg mengawal diafragma (cth radang paru-paru)
- stroke / ketumbuhan yang mempengaruhi pusat sedu di otak
- pembedahan perut
cadangan penjagaan:-
- menahan nafas
- bernafas secara berulang-ulang ke dalam beg kertas
- minum segelas air sejuk
- makan sesudu gula
Label: FAKTA