6:10 PG

...HARI-HARI DALAM HIDUPKU..

hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2009..beberapa minit sahaja lagi akan bermulanya tahun baru..hurm tiba-tiba saya mengeluh sendirian memikirkan hari-hari yang telah berlalu..sepanjang berada dalam tahun 2009, sejauh manakah gerak kerja Islam yang telah saya lakukan??? aduuuuh, sukar untuk saya luahkan..


sejak akhir-akhir ini, saya telah didatangi penyakit malas..malas nak pergi meeting, malas nak buat usrah, malas nak buat gerak kerja untuk pilihanraya kampus sedangkan pilihanraya akan berlangsung tidak lama lagi, malas nak bangun tahajud, makna kata malas nak buat gerak kerja Islam ...semuanya menyebabkan fikiran saya terganggu dek perasaan bersalah kerana meremehkan perkara-perkara tersebut..di sini saya mula berfikir adakah semangat saya ini semakin luntur sepertimana yang dikatakan orang iman manusia ini akan bertambah dan berkurang????


Ya Allah, ampunilah dosa hambaMu ini, sesungguhnya hambaMu ini adalah insan yang amat lemah..kuatkanlah semangat hambaMU ini supaya sentiasa istiqamah dalam menegakkan agama yang diredhaiMU..Ya Allah ikatkanlah hati ini di jalan dakwahMu..penuhkan hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap..lapangkan hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu..suburkan hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar tentangMu)..jika Engkau mentakdirkan diri ini mati, maka matikanlah pemilik hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu..sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong..


Ya Allah perkenankanlah permintaan hambaMU ini..amin ya Robb al- a'lamin




P/S: mengharapkan bantuan dari sahabat2 juga

0 ulasan: