7:28 PTG

..LAGU OH LAGU..

TOMAT-(TOBAT MAKSIAT-WALI BAND)

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buatKau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat

Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim

Reff:Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim

Repeat Reff

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim


lagu ni cukup menginsafkan saya..cuba kita teliti betul-betul lirik lagu ni..kalau kita nak buat maksiat, disuruh kita untuk ingat bahawa kita ini semakin dekat dengan mati..memang kita tidak tahu bila kita akan mati tapi mati itu adalah sesuatu yg pasti, nak tak nak nyawa kita akan dicabut oleh malaikat Izrail..

firman Allah
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. dan Sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, Maka sungguh ia Telah beruntung. kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan."
surah al-Imran ayat 185


dan satu benda yang kita perlu ingat bahawa walau dimana kita berada, tidak kira tempat itu kita rasakan ianya selamat atau pun tidak, kalau ajal kita memang dah sampai maka kita akan mati..



saya beri contoh di sini seperti mana peristiwa KB MALL runtuh di sebabkan sebuah kereta terjunam dari tempat parking dalam pasaraya tersebut sehingga menyebabkan kematian 2 orang pelajar sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu manakala seorang lagi parah yang pada ketika itu mereka berada di dalam pasaraya tersebut..




daripada peristiwa tu, apa yang saya nak sampaikan di sini bahawa, bila berada dalam pasaraya tersebut mestilah kita akan merasakan bahawa kita berada di tempat yang selamat dari dilanggar oleh mana- mana kenderaan berbanding berada di tepi jalanraya yang berkemungkinan besar untuk berlakunya kemalangan..tetapi berdasarkan peristiwa ini telah membuktikan bahawa sekiranya Allah menakdirkan kita mati disebabkan dilanggar kereta, maka dimana-mana pun Allah berkuasa untuk melakukannya..



jadi, sekiranya Allah takdirkan kita mati beberapa saat sahaja lagi dan pada ketika itu kita sedang melakukan maksiat (na'uzubillah), alangkah ruginya kita kerana tidak sempat untuk bertaubat..kesimpulannya, kalau kita ingat mati sebelum buat maksiat maka kita akan rasa takut untuk buat maksiat tersebut...maka maksiat itu tidak akan berlaku..

6 cara mencapai kematian yang khusnul khotimah.

1. Menjaga iman dan shaleh
firman Allah yg bermaksud:-
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan” (Q.S An Nahl 97)


2. Selalu bertaubat
firman Allah yg bermaksud:-
“Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah” (Q.S Ar rum ayat 31)


3. Menghindari kemaksiatan

4. Memiliki lingkungan dan teman yang baik

“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.”

5. Istiqamah

firman Allah yg bermaksud:-
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: “Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” (Q.S Fushshilat ayat 30)


6. Menjadikan syaitan sebagai musuh yang abadi


firman Allah yg bermaksud:-
“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” (Q.S Fathir ayat 6)

0 ulasan: