12:06 PG

...UNTUKMU BAKAL PEMIMPIN..



Umar Abd Aziz membersihkan kedua-dua tangannya. Dia berdiri di depan makam Sulaiman bin Abdul Malik, khalifah Bani Umayyah sebelumnya. Berdasarkan wasiat almarhum, Umar bin Abdul Aziz memegang tahta khalifah. Baru sahaja Umar bangkit berdiri, tiba-tiba dia mendengar suara riuh.

" Ada apa? "tanya khalifah ke-8 Bani Umayyah itu kehairanan.

" Ini adalah kenderaan tuan, wahai Amirul Mukminin," ujar salah seorang sambil menunjukkan sebuah kenderaan mewah yang khusus disediakan untuk khalifah.

Dengan suara tersekat-sekat dan keletihan, Umar berkata:-

" Apa hubungannya denganku? Jauhkan kenderaan ini. Semoga Allah memberkati kalian." Lalu dia berjalan ke arah seekor keldai yang menjadi tunggangannya selama ini.



Baru sahaja dia duduk di belakang haiwan itu, serombongan pengawal datang berbaris di belakangnya. Di tangan masing-masing tergenggam tombak tajam. Mereka sedia menjaga khalifah dari bahaya. Melihat kehadiran pasukan itu, Umar berasa hairan dan berkata:-

" Aku tidak memerlukan kalian. Aku hanyalah orang biasa daripada kalangan kaum muslimin. Aku berjalan pagi dan petang sama seperti rakyat biasa."

Ketika kelaparan memuncak, Umar pernah dihidangkan roti yang dicampurkan dengan minyak zaitun. Umar memanggil seorang Badwi dan mengajaknya makan bersama. Umar tidak menyuapkan makanan ke mulutnya sebelum Badwi itu melakukannya terlebih dahulu. Orang Badwi itu benar-benar menikmati makanan itu.

" Agaknya kamu tidak pernah menikmati lemak?"tanya Umar

" Benar, aku tidak pernah makan dengan minyak zaitun. aku juga sudah lama tidak menyaksikan orang-orang lain memakannya sehingga sekarang," kata Badwi itu
Mendengar kata-katanya Umar bersumpah tidak akan memakan lemak sehingga semua rakyatnya kembali hidup seperti biasa.

Kata-katanya diabadikan sehingga kini," Kalau rakyatku kelaparan, aku ingin menjadi orang pertama yang merasakannya. Kalau rakyatku kekenyangan, aku ingin menjadi orang terakhir yang merasakannya.

Banyak pengajaran yg boleh di ambil dari kisah ni. Seseorang pemimpin itu perlu merasai sendiri bagaimana penderitaan rakyatnya barulah akan lahirnya sifat kecintaan terhadap rakyat sehingga seseorang pemimpin itu sanggup mengutamakan hak rakyat berbanding peribadi.



Cuba kita imbau kembali kisah Rasulullah, bagaimana mungkin rakyat tidak dekat dengannya kalau menjelang ajal pun masih lagi menyebut Ummati, Ummati, Ummati

Subhanallah, betapa kuatnya kecintaan Rasulullah S.A.W terhadap ummatnya...

P/S: kepada bakal pemimpin, tidak kira negara, mahasiswa atau sesebuah organisasi, ambillah teladan dari kisah ni dan aplikasikan dalam kepimpinan anda kelak

0 ulasan: