2:32 PG

...LEBAH..


"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia," kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
(QS. An-Nahl: 68-69)


Hampir semua orang mengetahui bahawa madu adalah sumber makanan yg penting bagi tubuh manusia, tetapi sedikit sekali manusia yang menyedari sifat-sifat luar biasa dari penghasilnya, iaitu lebah madu.

Kehidupan lebah di sarang dan penghasilan madunya sangatlah menakjubkan. Lebah mempunyai ciri-ciri "kehidupan sosial" yg mana ianya harus melaksanakan banyak "tugas" dan mereka mengatur semua
ini dengan organisasi yang luar biasa.



Kelembapan sarang untuk penghasilan madu mempunyai kualiti perlindungan yg tinggi yg harus dijaga yg mana kelembapan yg melebihi had atau kurang daripada had yg sesuai akan menyebabkan madu akan rosak serta kehilangan kualiti perlindungan dan gizinya. Suhu sarang yg sesuai haruslah pada 35C selama sepuluh bulan dan untuk menjaga suhu dan kelembapan sarang ini pada had tertentu, terdapat satu kelompok khusus yang bertugas menjaga ventilasi. Satu perkara yg perlu kita tahu bahawa sistem ventilasi ini sangat bermanfaat untuk melindungi sarang dari perubahan cuaca,asap dan pencemaran udara.

Penjagaan kualiti madu tidak hanya pada pengaturan kelembapan dan panas sahaja malahan di dalam sarang terdapat sistem pemeliharaan kesihatan yang sempurna untuk mengendalikan segala peristiwa yang mungkin menimbulkan bakteria. Tujuan utama sistem ini adalah menghilangkan zat-zat yang mungkin menimbulkan bakteria yg mana prinsipnya adalah mencegah zat-zat asing yg memasuki sarang. Jika suatu zat asing atau serangga memasuki sarang, maka lebah ini akan berusaha untuk mengusirnya.


Sarang yang dibangunkan oleh lebah ini dapat menampung sehingga 80 ribu lebah yang hidup dan bekerja bersama-sama, dengan menggunakan sedikit bahagian dari lilin lebah.Sarang tersebut tersusun di atas sarang madu berdinding lilin lebah, dengan ratusan sel-sel kecil pada kedua-dua permukaannya. Semua sel sarang madu berukuran sama saiz dan keajaiban teknik ini dicapai melalui kerja kolektif ribuan lebah.


Selama jutaan tahun, lebah telah menggunakan struktur segi enam untuk membangunkan sarangnya. (Sebuah fosil lebah yang berusia 100 juta tahun telah ditemukan). Ahli matematik memberikan alasannya: "struktur segi enam adalah bentuk geometris yang paling sesuai untuk memanfaatkan setiap bahagian unit secara maksimum". Jika sel-sel sarang madu dibangunkan dalam bentuk yg lain, akan terdapat bahagian yang tidak terpakai, dan menyebabkan lebih sedikit madu yang boleh disimpan dan lebih sedikit manfaatnya.Pada kedalaman yang sama, bentuk sel segi tiga atau segi empat dapat menampung jumlah madu yang sama dengan sel segi enam. Akan tetapi, dari semua bentuk geometris tersebut, segi enam memiliki panjang keliling yang paling pendek. Oleh itu, sel berbentuk segi enam memerlukan jumlah lilin paling sedikit dalam pembangunannya, dan menyimpan madu paling banyak.

Lebah tentu tidak akan mampu menghitung perkara ini, yang mana ianya hanya dapat dilakukan oleh manusia dengan perhitungan geometris yang rumit. Lebah juga tidak memiliki pengetahuan apa pun tentang perkara ini akan tetapi ia menggunakan bentuk segi enam secara fitrah, hanya karena mereka diajari atau "diilhami" oleh Allah yg MAHA berkuasa.
ALLAHUAKBAR betapa hebatnya ALLAH S.W.T..

"Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya, (sebagai rahmat) daripada-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir."
(QS. Al Jatsiyah, 45: 13)




PENGAJARAN:-untuk mendapatkan sesuatu yg manis/ kejayaan dalam sesuatu perkara itu bukannya senang, memerlukan pengorbanan yg besar sepertimana lebah ini yg terpaksa bekerja keras dalam menjaga kualiti madu yg akan dihasilkan..

walau sehebat manapun kita, untuk menjayakan sesuatu itu memerlukan kerjasama di antara satu sama lain dengan mewujudkan satu organisasi supaya sesuatu kerja itu akan lebih teratur dan terancang..

0 ulasan: