7:17 PG

...DUNIA YG BERBEZA...



Bismillah walhamdulillah..

Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang juga untuk meng'update' blog setelah seminggu ianya dibiarkan sepi tanpa perubahan..Tp mungkin entry kali ini sekadar perkongsian shj..


Berada dlm situasi bekerja amat meletihkan...Sungguh!! Berada dlm dunia yg berbeza dr sebelum ini...Saya cuba untuk menyesuaikan diri dgn keadaan itu..Namun hati ini tetap mengatakan berada dlm suasana belajar @ universiti lebih menyeronokkan...Patutla senior2 saya yg sudah bekerja seringkali memberi peringatan.."Hargailah waktu di Universiti"..hurm, nasib baik saya ni hanyalah praktikal, jd masih ada waktu sy menghabiskan sisa-sisa waktu di universiti..


Kalau di universiti, kita akan bergaul dengan shbt2 yg kebanyakannya sebaya dan tahap pemikiran yg hampir sama..


Berbeza pula dlm situasi kerja..Bergaul dengan pekerja2 yg kebanyakannya mempunyai pengalaman yg lebih berbanding diri ini...Bila perkara ini terjadi, maka yg kurang pengalaman ini pun terpaksalah mengikut rentak mereka walaupun kdg2 agak payah juga..


Ketika di universiti, perkara yg seringkali dibual dan dibincangkan berkisar tentang persatuan, pelajaran..


Tp, perkara-perkara itu tidak lg dibincangkan ketika bekerja..


Rumahtangga, jiran tetangga, anak-anak..itu yg seringkali diperdebatkan..maklumlah, kebanyakannya sudah berkahwin..Kita yg muda dan belum berkahwin ini pula dijadikan bahan gurauan dengan menggandingkan dengan pekerja-pekerja yg masih lg belum berkahwin...hurm, terpaksalah bersabar melayannya demi menjaga hati-hati mereka..


Namun, sy sedar itu semua adalah sesuatu yg berharga..Suatu pengalaman yg akan mematangkan diri...Nak tak nak terpaksa juga sy lalui..


Terasa seperti mahu putarkan masa..huhu..





~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

0 ulasan: