7:23 PG

...SALAH SAYA KE???...

Bismillah walhamdulillah..

Cuba anda bayangkan, anda ke sebuah kedai runcit dan setelah selesai memilih barang yang ingin dibeli, anda mengeluarkan not RM 10 dan menghulurkannya kpd jurujual..Tiba-tiba, jurujual itu mengatakan " tak ada duit kecik ke?? RM 2.60 je ni." dalam keadaan suara yg tidak terlalu tinggi tp dalam nada marah dengan mimik muka yg masam mencuka..Anda katakan tidak ada..Kemudian jurujual itu mengeluh, "Alah RM 2.60 sen je pun."perlahan tp masih dapat didengari..

apa perasaan anda?? kecewa bukan??

Peristiwa beberapa hari lalu telah mengubah 180 darjah emosi, minda dan fikiran saya pada hari itu..Terus hilang selera makan..Perut hanya beralaskan roti sahaja..

Saya terfikir2, salah saya ke???

Baik atau buruk perangai seseorang itu akan dinilai pada persepsi awal..Jika perkenalan awal sudah menunjukkan sikap buruk, mana mungkin orang mahu mendekati kita..Berlainan pula dengan orang yg sudah lama kita kenali, mungkin kita sudah tahu dan terbiasa dengan perangainya..

Saya tidak nafikan, kadang2 persepsi awal tidak menentukan segala2nya..Kadang-kadang ianya betul, kadang-kadang ianya hanyalah tekaan sahaja..Dalam erti kata lain, mungkin ianya betul mungkin ianya salah..

Tapi kita harus ingat..

Manusia selalunya berpegang pada persepsi awal..


~http://zahrahdetigris.blogspot.com~

0 ulasan: