8:16 PTG

...MALAYSIA HARI INI...



Tentera Israel Bina Sistem Maklumat PDRM

Malaysia kini berhadapan dengan risiko bahawa segala maklumat dan rahsia negara kini berada dalam risikan asing yang turut menyusup dalam pentadbiran Polis Di Raja Malaysia (PDRM). Perkara itu didedahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Badrul Hisham Shaharin dalam laman web beliau.

Menurut Badrul, Bekas tentera Israel, Izhak David Naskar dipercayai bertanggungjawab membina sistem komunikasi yang bernilai RM42 juta untuk PDRM.

Izhak merupakan bekas tentera Zionis yang berkhidmat sebagai programmer Israel dan memegang pasport Israel bernomber 10902695. Beliau juga masih merupakan warganegera Israel.

"Paling membimbangkan ialah Izhak bukan sahaja merupakan tentera atau 'programmer' biasa, malah beliau adalah pakar sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel," jelas Badrul.

"Izhak juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel pada sekitar 1970 hingga 1987," dakwanya lagi.
SELANJUTNYA..

Umno Gadai Keselamatan Negara Kepada Zionis

Akar umbi Umno dikatakan semakin resah dengan pendedahan terbaru yang menunjukkan hubungan semakin “selesa’ antara kerajaan pimpinan Najib Razak dan rejim Israel.
Selain menggunakan khidmat syarkat perunding APCO Worldwide yang dimiliki oleh orang Yahudi, kerajaan Umno-Barisan Nasional kini dilaporkan mengguna khidmat seorang bekas pegawai tentera Israel untuk merombak sistem komunikasi Polis Diraja Malaysia.

Pegawai berkenaan yang dipercayai menjalankan tugas itu menerusi syarikat Asiasoft (M) Sdn Bhd yang mendapat tender berkenaan yang bernilai RM42 juta.
Syarikat itu adalah milik penuh dari syarikat tunggalnya, Asiasoft Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura.

Dakwaan terbaru ini pasti menambah kecurigaan ahli Umno dan rakyat yang selama ini mahukan Malaysia kekal menolak sebarang hubungan diplomatik dan perniagaan dengan Israel atau syarikat-syarikat Yahudi.

Dasar itu sebagai menzahirkan sokongan dunia Islam terhadap penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel sekian lama.
SETERUSNYA..




Crazy Text Generator - MySpace Layouts

0 ulasan: