4:05 PG

...ZAHIRKAN SENYUMANMU...

Senyum seindah suria

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
senyum umpama titian dalam kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum
senyum…kepada semua
senyumanmu amat la berharga
senyum…membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah
ikatan….
Hati saya sering berbunga-bunga saat mendengar lagu ini didendangkan di corong-corong radio..Masakan tidak, lirik lagu ini benar2 menambat hati saya..Lagu yg sering membuatkan saya tersenyum..Kadang2 membuatkan saya tersenyum seorang diri seperti orang tengah angau..hehehe


Kalau dulu, setiap kali mengikuti program motivasi, motivator selalu mengingatkan supaya bangkit sahaja dari tidur, lihat cermin sambil tersenyum..dengan ini kita akan sentiasa ceria sepanjang hari..Itu berdasarkan kepada pengkajian dan pengamalan barat yg percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup bahkan memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. .
bukan susah untuk senyum

Dari sudut SAINS, para saintis mendapati senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Selain itu, senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

Menurut ilmu medik, hormon ini memiliki khasiat yang boleh mengurangi rasa sakit secara fizik dan secara psikis. Begitu pula, otot yang berkontraksi ketika kita tersenyum jauh lebih sedikit daripada otot yang berkontraksi kita marah. Jadi elakkan marah, nanti cepat tua pula..


Bukan itu sahaja, kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik  dan yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan berlakunya sakit jantung.

comel dop?? kalau manusia senyum lagi comel.....


Senyum yang dianjurkan Nabi adalah senyum yang tulus dan ikhlas. Ketulusan dan ikhlas itu penting kerana di situlah nilai pahala itu tersimpan. Senyum yang tulus hukumnya sunnah namun jika senyum itu diungkapkan secara terpaksa, maka  nilainya adalah tidak sama sepertimana senyuman yg tulus dan ikhlas.

Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu sebagai satu sedekah dan mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Satu senyuman tidak memerlukan modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan yg lain dan mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah ataupun mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu"
(HR. Iman Ahmad)



Satu lagi fakta yg tidak boleh di sangkal lagi iaitu senyum boleh membuatkan kita awet muda..Jadi, senyumlah sokmo...tapi jangan tersalah senyum kepada orang yg bukan sepatutnya pula...hehehe

0 ulasan: