10:36 PG

...SEDU...


Pernahkah anda mengalami masalah seperti gambar di atas??? Tersedu dengan tiba2 tanpa henti???

Di sini saya sediakan sedikit info mengenai masalah ini hasil dari pembelajaran dalam kelas Fisiologi pagi tadi..

'Hiccups' atau dalam bahasa Melayunya adalah 'sedu' merupakan satu pergerakan tidak sengaja (kekejangan) pada diafragma di mana kekejangan itu diikuti oleh penutupan pitasuara yg akan mengeluarkan satu bunyi yg tersendiri

penyebab boleh berlakunya sedu:-
  • wasap beracun / asap yg berbahaya  
  • makanan / cecair panas dan pedas 
  • sebarang penyakit / gangguan saraf yg mengawal diafragma (cth radang paru-paru)  
  • stroke / ketumbuhan yang mempengaruhi pusat sedu di otak
  • pembedahan perut



cadangan penjagaan:-
  • menahan nafas
  • bernafas secara berulang-ulang ke dalam beg kertas
  • minum segelas air sejuk
  • makan sesudu gula
 





0 ulasan: