4:17 PG

...AGM..

Bismillah walhamdulillah

Alhamdulillah...setelah setahun berlalu, semalam telahpun menjadi sejarah  peralihan sesi kepimpinan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) dalam Annual Grand Meeting PMIUM '10(AGM PMIUM'10) atau dalam bahasa melayunya Mesyuarat Agung Tahunan PMIUM '10..setahun juga PMIUM berada di bawah kepimpinan saudara Syazni Munir Mohd Ithnin selaku Presiden PMIUM sesi 09/10 yg bertemakan " Unggul Memimpin Generasi"..

Setiap sesi kepimpinan mempunyai cerita yg tersendiri..Dalam waktu setahun itu, telah banyak perkara yg berlaku..ditekan, ditekan dan ditekan..senantiasa ada sahaja pihak yg tidak akan senang dengan PMIUM..saya kira PMIUM merupakan persatuan yg paling menonjol dan paling diberi perhatian oleh kebanyakan pihak di UM tidak kira pihak HEP, pihak polis, pelajar sendiri dan tidak kurang juga pemimpin-pemimpin negara..Mana tidaknya saban tahun, PMIUM akan melahirkan pemimpin yg mampu menggegarkan Malaysia...

MANTAN PRESIDEN PMIUM

Bagi saya ada sesuatu perkara yg perlu dijadikan iktibar oleh sahabat2 dari apa yg berlaku sepnjang sesi kepimpinan Syazni Munir..

Mohd Syazni Munir merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Pengajian Islam pengkhususan Bioteknologi yg seringkali dilihat sebagai seorang aktivis mahasiswa yg sentiasa lantang bersuara sehinggakan mampu menggugat ketenangan pemimpin negara..beliau begitu berani dalam menyuarakan ketidakadilan yg dilakukan oleh pemimpin2 negara..Sehinggakan berlakunya kes Rosmah yg membawa kepada kes polis..Beliau bersama-sama sahabat2 yg lain dihadapkan ke mahkamah dan sehingga sekarang peguam masih lagi tidak berjaya membuktikan beliau dan yg lain2 bersalah..

Allahuakbar, saya tidak dapat nak membayangkan betapa peritnya mereka ketika melalui saat itu..Alhamdulillah sehingga sekarang, mereka yg terlibat dengan kes Rosmah itu masih lagi berjaya meneruskan pengajian di UM walaupun ada ura-ura mengatakan beliau dan sahabat2 yg lain akan dibuang universiti..kuasa Allah mengatasi segalanya..

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong (agama) Allah, maka Dia akan menolong kamu serta meneguhkan kedudukanmu."

(Surah Muhammad : 7)

Sehingga kini PMIUM masih lagi mampu bertapak di bumi UM walaupun sentiasa diugut oleh pihak pentadbiran universiti untuk membubarkannya..Namun itu hanyalah sekadar ugutan..sekiranya PMIUM dibubarkan sekalipun, darah perjuangan masih lagi mengalir dalam salur darah mahasiswa yg cintakan UM untuk terus menegakkan kebenaran..

ALLAHUAKBAR!!!!!


Disini UCAPAN DASAR PRESIDEN

0 ulasan: