4:28 PG

..JOM UBAH DUNIA..

Bismillah walhamdulillah


Tabiat Mengubah Dunia

Objektif:
Menjana kreativiti peserta dalam mempelbagaikan cara berbuat kebaikan.

Material:
-tiada-

Perlaksanaan:
Fasilitator bertanya,” Pernahkah anda mendengar tentang dua tabiat yang jika dibuat akan mengubah dunia?”

Minta respons peserta.

Fasilitator menambah, “Antara dua tabiat yang mengubah dunia ialah apabila anda melihat pili air menitiskan air, maka anda menutupnya. Jika anda melihat elektrik yang tidak digunakan, maka anda menutupnya. Kita tidak akan berbincang mengenai tabiat ini. Tetapi anda diberikan satu amanah. Setiap kali anda melihat air menitik dari pili atau elektrik yang tidak digunakan, maka anda perlu lakukan sesuatu.”

Peserta diberi masa seminggu untuk melakukan apa yang diamanahkan kepada mereka.
Selepas seminggu minta pendapat peserta.

Perbincangan:
Adakah anda rasa 2 tabiat yang mula anda lakukan ini akan mengubah dunia?
Jika semua orang di dunia mempunyai sikap seperti ini apa yang akan terjadi pada dunia?

Kesimpulan:
Kadang-kadang kita merasakan menutup pili air itu adalah satu perkara yg kecil sahaja..Namun tanpa kita sedari perkara itu sebenarnya boleh memberi kesan kepada dunia..Begitu juga kebaikan yg kita lakukan...Kita perlu ingat setiap perkara kebaikan dan keburukan itu akan dinilai oleh Allah kelak..Ianya menjadi penentu antara SYURGA dan NERAKA..

Firman Allah:-

(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ﴿99:7

(وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ ﴿99:8


7. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
8. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
(surah al zalzalah ayat 7-8)





0 ulasan: