1:05 PG

...HATI KERING...

Bismillah walhamdulillah

Ahli gerakan Islam perlulah berhati kering!!! Itulah ungkapan yg sering didengari di kalangan ahli gerakan..Dan boleh dikatakan ungkapan itulah yg sering didoktrinkan kepada ahli2 selaku yg bergelar penggerak kepada perjuangan Islam..

Mungkin ada di kalangan sahabat2 yg tidak bersetuju dan mungkin ada yg bersetuju..Namun bagi saya selagimana ianya memberi kesan yg baik maka itulah yg terbaik..Cuba kita pandang dari sudut yg positif, sifat berhati kering ini perlu ada pada ahli gerakan agar segala gerak kerja Islam berjalan dengan baik agar tidak terganggu dek perasaan2 kecil hati, sakit hati, tidak berpuas hati, terasa hati, sensitif dan sebagainya...

Sifat berhati kering ini boleh dikatakan seolah2 seseorang itu tidak berperasaan sehinggakan walau ditohmah, dicaci, dikeji, dikata dan dihina oleh orang2 yg tidak sukakan kepada gerak kerja Islam pun masih tetap istiqamah dalam perjuangan..sedikit pun tidak merancang untuk futur..itu dari sudut ahli gerakan dengan orang yg sentiasa menentang Islam..

Bagaimana pula ahli gerakan sesama ahli gerakan???

Ya, itu lagi penting..Kita perlu ingat,  dengan hati, ahli gerakan boleh kecundang..Disebabkan tidak berpuas hati dgn seseorang dlm bergerak kerja membawa kpd bermasam muka yg berpanjangan sesama ahli..dengan rasa yg tidak berpuas hati sesama ahli boleh menyebabkan masing2 membawa haluan sendiri..tidak mahu lagi terlibat dengan jemaah..

Saya tidak nafikan perkara itu akan berlaku sesama ahli..Kadang-kadang perasaan tidak puas hati itu memang akan wujud..muslimin tidak berpuas hati dengan muslimat, muslimat tidak berpuas hati dengan muslimin, ahli tidak berpuas hati dengan pimpinan..tapi sejauh mana kita mengawal ketidakpuasan hati,  itu yang penting...

Jika ketidakpuasan hati kita itu adalah disebabkan perkara kecil, maka haruslah dielakkan..Tidak perlu diperbesar-besarkan..Jika ketidakpuasan itu adalah disebabkan perkara-perkara yg boleh memberi kesan kepada gerak kerja, cuba berbincang..bukannya masing2 membuat haluan dan kepala sendiri..
 itu lagi baik..

Tapi harus diingat, bila dinamakan hati maka ianya masih lagi berperasaan..Jadi seharusnya kita sentiasa menjaga hati dan perasaan sesama kita..mungkin sekali kita melukakan hati sahabat seperjuangan masih lagi boleh dimaafkan..tp jika banyak2 kali, tidakkah hati seseorang itu boleh terluka???

0 ulasan: