9:20 PTG

...MISI MENCARI JEJAK...

Bismillah walhamdulillah


Sedang asyik saya mengunjungi blog sahabat2, tercetus idea untuk menjejaki blog sahabat2 sekolah lama terutamanya sahabat2 IMTIAZ..rupanya ramai juga sahabat2 exSIM yg mempunyai blog..teringin untuk mengetahui perkembangan semasa mereka...almaklumlah sejak keluar dari IMTIAZ, saya tidak berkesempatan untuk menghadiri program2 yg telah dianjurkan oleh (ex-student IMTIAZ)  eXSIM..jadi melalui bloglah saya dapat mengetahui perkembangan mereka...bukan itu sahaja mungkin melalui blog juga saya boleh mengutip mutiara2 ilmu dari sahabat2..

Pada pandangan saya, ramai di kalangan sahabat2 IMTIAZ yg menjadi semakin hebat..hebat dari segi kepimpinan, hebat dari segi keilmuan dan hebat dalam pelbagai bidang..tapi saya tidaklah..apa2 pun saya doakan sahabat2 sekalian sentiasa berada dalam rahmat Allah s.w.t..

Mungkin ada di kalangan sahabat2 yg tidak mengenali diri ini dan tidak perlu pun untuk mengenali barangkali...Namun, apa yg saya harapkan, sahabat2 semua sudi mengizinkan saya untuk link blog sahabat2 supaya senang untuk saya mengikuti blog dan perkembangan kalian...

Akhir kata semoga kalian sentiasa sukses dalam  apa jua bidang yg diceburi...

p/s: mungkin misi ini mengambil masa yg lama kerana saya terpaksa menjelajah jauh untuk menemui jejak sahabat2...



Crazy Text Generator - MySpace Layouts

0 ulasan: